twitter
    Find out what I'm doing, Follow Me :)

Wednesday, May 28, 2008

Ezam masuk UMNO


Muktamad,confirm - ezam mohd noor bekas ketua pemuda keadilan rakyat menyertai UMNO semula -ahli seumur hidup dengan yuran RM100 siang tadi.Ezam menyerahkan sendiri borang keahlian kepada pak lah.

Tidak tahu apa motif utama ezam di saat UMNO sudah lemah,kepimpinan Pak Lah dianggap sampai ke penghujung, datang Ezam untuk "membantu" Pak Lah.Tun tinggalkan UMNO, Ezam pulak masuk UMNO.Begitulah politik Malaysia penuh dengan warna warni.

.......................

Berikut saya sertakan berita mengenai Ezam dari laman malaysiakini

Bekas ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Ezam Mohd Nor menyerahkan borang keahlian untuk menyertai semula Umno hari ini.

Beliau yang juga bekas setiausaha politik mantan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim itu, menyerahkan borang keahlian tersebut selepas mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di bangunan Parlimen.

Ezam menyerahkan borang itu ketika Abdullah mengadakan sidang media untuk mengumumkan kemasukan semula Ezam ke dalam Umno.

Ezam menemui presiden Umno itu selama kira-kira 30 minit, mulai jam 3.30 petang tadi.

Ezam hadir sama dalam sidang akhbar tersebut tetapi tidak membuat sebarang kenyataan. Beliau akan mengadakan sidang akhbar pagi esok.

Turut hadir dalam sidang media tersebut ialah bekas setiausaha AMK, SD Johari Md Yassin; bekas exco AMK, Abdul Ghani Haron dan bekas setiausaha AMK Selangor, Nazmi Salleh.
Menurut Abdullah, Ezam menyertai semula Umno tanpa sebarang syarat atau keistimewaan.

Sebelum ini, Ezam dilaporkan akan dilantik sebagai senator dan menerajui sebuah syarikat berkaitan kerajaan selepas menyertai semula Umno.

Abdullah berkata, Ezam mahu kembali semula kepada Umno dan parti itu mengalu-alukannya."Bila nak masuk saya terimalah. Boleh terima dah, tak ada syarat apa-apa.

"Dulu dia di luar dan kritikal terhadap parti. Kini sudah ubah fikiran, mungkin kerana merasa Umno adalah landasan lebih baik untuknya.

"Mungkin dia insaf, Umno lebih baik untuk dia," tambah perdana menteri.

Presiden Umno itu berkata, borang penyertaan keahlian Ezam akan diserahkan di cawangan yang beliau mahu sertai.

Perdana menteri berkata, tiada sebarang jawatan yang akan ditawarkan kepada Ezam "dan Ezam sendiri pun tidak meminta jawatan".

Rebut jawatan

"Umno adalah sebuah parti politik, bukan sebuah syarikat," kata Abdullah tanpa mengulas lanjut.Presiden Umno juga berkata, Pemuda Umno tidak menentang kemasukan Ezam ke dalam Umno.

Ketika ditanya mengenai kemasukan ahli-ahli Parti Keadilan (PKR) lain ke dalam Umno, Abdullah berkata,"kita tengoklah."

Abdullah juga ditanya sama ada Ezam boleh bertanding merebut jawatan dalam pemilihan Umno Disember ini.

"(Untuk) Ezam bertanding, kena tengok perlembagaan parti (Umno) dahulu," katanya.


Friday, May 23, 2008

Pulau Batu Puteh



Sahih - Pulau Batu Puteh jadi genggaman singapura.Negara selatan Malaysia itu nampaknya menang dalam isu ini.ICJ memutuskan Malaysia hanya diberi Middle Rock.South Ledge yang duduknya 4km dari pulau yang jadi rebutan itu,akan ditentukan mengikut persempadanan perairan negara yang menguasainya.

Dalam isu ini,banyak sebab dan kemungkinan kenapa hal ini berpihak kepada singapura.Selama 100tahun,Malaysia memang tidak menunjukkan minat atau beriya-iya untuk "menawan" pulau itu.Walhal singapura memang sangat berminat sehingga pada tahun 1977,alat komunikasi tentera dipasang dan bendera Singapura dipacak disitu.Apa Malaysia buat ketika itu??Hanya berdiam diri seolah-olah memang tak ingin berebut.

Tidak mengapa agaknya terlepas pulau batu puteh,tetapi mengapa perlu diambil kira kalau maruah negara terus tergadai untuk Singapura atas sebab lemahnya pemimpin.

Monday, May 19, 2008

Tun Dr Mahathir Umum Keluar Umno Berkuatkuasa Serta Merta

Sumber:Bernama
ALOR STAR, 19 Mei (Bernama) -- Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengumumkan keluar dari Umno berkuatkuasa serta merta.

Dr Mahathir yang juga adalah anggota Umno seumur hidup berkata beliau bertindak demikian kerana hilang keyakinan terhadap kepimpinan Umno sekarang yang gagal membela nasib orang Melayu di negara ini.

"Saya umum saya keluar parti hari ini," katanya di hadapan kira-kira 1,000 hadirin yang kebanyakannya anggota Umno Kedah pada majlis bertajuk "Nasib Kedudukan Bangsa Melayu" di sebuah hotel di sini Isnin.


Bekas Presiden Umno itu juga berkata beliau hanya akan kembali menjadi anggota Umno selepas Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang juga Presiden Umno meletak jawatan atau tidak lagi menjadi pemimpin utama negara.

"Saya akan menulis surat kepada Umno bagi memaklumkan mereka (mengenai keluar dari Umno)," katanya.


Bercakap kepada pemberita selepas majlis anjuran Dewan Perhimpunan Melayu kedah itu, Dr Mahathir dengan wajah kecewa berkata beliau terpaksa mengambil tindakan keluar Umno yang dianggotai sejak 1946 kerana berpendapat parti itu tidak lagi dapat berperanan sebagai sebuah parti politik sebenar untuk membela nasib Melayu, sepertimana hasrat sejarah penubuhannya.

Sambil menyatakan rasa tidak puas hatinya, Dr Mahathir mendakwa Umno kini hanyalah dijadikan parti untuk mengiktiraf Abdullah sebagai Presiden Umno dan mengutamakan kepentingan keluarganya (Abdullah) sehingga membelakangkan negara.

"Saya boleh senaraikan perkara-perkara yang dia (Abdullah) lakukan sehingga merugikan negara kita.

"Umno yang wujud hari ini tidak lagi berpegang kepada hasrat parti yang ditubuhkan 62 tahun lepas. Sebab itu saya tidak teragak-agak untuk keluar dari Umno," katanya.

Dalam sejarah Dr Mahathir dalam Umno, beliau pernah dipecat daripada Umno pada 1969 kerana melanggar disiplin parti apabila mengkritik kepimpinan Umno ketika itu, tetapi diterima kembali ke dalam parti pada 1972.


Dr Mahathir turut mengajak anggota Umno yang sependapat dengannya berhubung dengan kepimpinan untuk mengikuti jejaknya dengan bertindak keluar dari parti itu tetapi bukan untuk menyertai parti lain.

"Saya yakin cara ini berkesan. Saya tidak akan menyuruh orang membuat sesuatu yang saya sendiri tidak berani melakukannya," tambahnya.

Bekas Perdana Menteri turut melahirkan rasa kecewa kerana anggota-anggota Umno masih disekat oleh kepimpinan parti daripada berjumpanya.

"Sampai nak adakan perjumpaan, ahli-ahli Umno dan ketua bahagian tidak dibenar berjumpa saya. Ini apa?," katanya.

Beliau berkata tindakan kepimpinan Umno itu hanya menyebabkan timbul lebih banyak rasa tidak puas hati dan akhirnya melambangkan Umno sebagai tidak demokratik.

Ketika diajukan soalan oleh pemberita mengenai tindakannya itu akan membuat orang lain mengikuti jejaknya, Dr Mahathir berkata: "Saya tidak peduli kerana saya pun disekat daripada berjumpa dengan ahli-ahli Umno."

Beliau juga yakin bahawa tindakannya meninggalkan Umno tidak akan memberi kesan kepada politik orang Melayu.

"Saya pernah dibuang dari Umno, (dan) politik Melayu tidak hilang. Kalau orang Melayu hendak betulkan, bukan kerana (tindakan) saya keluar. Kalau mereka berani hendak pelihara parti dan perjuangan parti mereka harus berani bertindak," katanya.

Dr Mahathir juga sekali lagi menegaskan bahawa Abdullah perlu melepaskan jawatan sebagai Perdana Menteri bagi memastikan survival Umno dan jika perlu anggota Umno boleh membuat undi tidak percaya dalam usaha memaksa Abdullah meletak jawatan.

Ditanya adakah tindakan terbarunya itu (keluar Umno) bertujuan untuk memberi tekanan kepada Abdullah, Dr Mahathir berkata: "Saya tidak tahu mengenai tekanan kerana orang ini tidak faham apa-apa".

Ditanya adakah tindakannya keluar daripada Umno mempunyai kaitan dengan arahan terbaru Kabinet supaya Peguam Negara memulakan siasatan serta merta berhubung segala tuduhan terhadap individu yang dinamakan dalam laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja mengenai klip video peguam Datuk V.K Lingam, Dr Mahathir menafikannya.

"Ini soal mahkamah... dia boleh tuduh dan kalau saya salah masuk jail. Kalau tak salah janganlah tangkap saya juga," katanya sambil ketawa.

Individu yang dinamakan dalam laporan itu terdiri daripada Lingam; bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor; tokoh korporat Tan Sri Vincent Tan; dua bekas Ketua Hakim Negara iaitu Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim dan Tun Mohd Eusoff Chin serta Dr Mahathir.

Pada akhir majlis itu, Dr Mahathir turut melahirkan kekecewaannya terhadap pemimpin Umno sekarang kerana bukan sahaja tidak mempertahankannya sebaliknya turut mengkritiknya.

"Kalau dulu orang kata kononnya saya berkhidmat kepada negara, cium tangan naik asap tapi bila saya kritik Datuk Seri Abdullah pasai tak buat jambatan orang maki saya. Tiada siapa dalam Umno mempertahankan saya," katanya kesal.

Pada majlis itu, Dr Mahathir dalam ucapannya selama sejam turut menjawab beberapa persoalan yang ditimbulkan oleh hadirin antaranya berhubung pengganti Abdullah dan langkah memulihkan kuasa politik Umno.

Dr Mahathir juga mengulangi gesaannya supaya sistem kuota kelayakan untuk bertanding jawatan penting pada perhimpunan agung Umno Disember ini dimansuhkan melalui persidangan mesyuarat khas parti.

-- BERNAMA

Serangan dijawab,kebejatan dibongkar

Melihat posting saya 14th may lepas,laporan dalam berita harian online mengenai kritikan mukriz terhadap anwar di parlimen.Beliau mempersoalkan kredibiliti anwar sebagai calon PM Malaysia.Kedangkalan mukriz dalam kritikan beliau ditangkis.Seperti kata anwar,mukriz beriya agaknya melobi jawatan dalam parti.Mungkin melobi mahu menjadi PM satu hari nanti.

Nah..fitnah sudah terjawap.Mau apa lagi wahai mukriz.Jangan hanya mahu berkokok tanpa taji.Kalau benar kokokan itu kuat,buktikan yang kamu itu betul-betul manusia suci.

Kenyataan penuh boleh di layari dalam anwaribrahimblog.com

Saturday, May 17, 2008

Selamat Pengantin Baru - Kak nisa & Fizi



Selamat pengantin baru utk kak nisa.Semoga berbahagia ke anak cucu.5bulan menganggur satu masa dulu, pusat tuisyen kak nisa la jadi tempat aku mencari sesuap rezeki kat jb.Selamat juga utk jeffeni dann isteri isnin ni.Sorry bro,tak dapat datang.

Friday, May 16, 2008

Mimbar Jumaat by Dr. Hassan Ali @ Subang Jaya

Asal khutbah jumaat,mata jadi lelap.Jadi mengantuk.Jadi lesu.Jadi malas.Banyak yang boleh jadi.Agaknya syaitan iblis bergayut masa ni.Tapi hari ini rasa segar semacam.Hari ini, pertama kali dalam sejarah saya,mendengar khutbah seorang wakil kerajaan (exco negeri) berkhutbah di mimbar Jumaat.Tak lain tak bukan, Dato Dr. Hassan Ali.

Tidak pernah dalam sejarah saya,exco kerajaan atau MB naik atas mimbar masjid,berkhutbah tanpa teks.Khutbah yang biasa nya 10 minit,berjalan hampir sejam lamanya.Walaupun lama tapi memberi kesan.Ini lah agaknya khutbh yang bagus.Jemaah tak mengantuk.Penyampaian yang jelas.

Pak khatib mengingatkan supaya semua masyarakat menjadikan masjid sebagai transit.Sebagai port 'lepak'.Ceritanya dulu masjid darul ehsan subang jaya,berlaku sedikit krisis.Antara AJK kariah dan JAIS.Campur tangan politik langsung majlis agama mati.Semoga Islam mendapat kemenangan satu hari pasti.

Wednesday, May 14, 2008

Mukriz Bantai Anwar di Parlimen

Kewibawaan Anwar dipertikai

Sumber: Berita Harian Online

Mukhriz bangkit tiga perkara dilakukan bekas TPM, termasuk dilaporkan media asing

KUALA LUMPUR: Datuk Mukhriz Mahathir semalam mempertikaikan kewibawaan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menjadi Perdana Menteri.

Mukhriz membangktikan tiga perkara yang dilakukan Anwar, termasuk dua yang dilaporkan media asing tetapi tidak diberi liputan oleh media tempatan.


Beliau berkata, laporan mengenai Anwar dalam majalah TIME, edisi bertajuk 'The 2008 TIME 100' ditulis oleh rakan karib Anwar, bekas Timbalan Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat, Paul Wolfowitz merangkap ketua strategi perang Iraq untuk Presiden George W Bush.

"Mengapa harus Anwar bersekongkol dengan pembunuh lebih sejuta rakyat Iraq ini," katanya ketika membahaskan usul terima kasih titah Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat semalam.

Beliau juga berkata, artikel dalam akhbar Israel, Jerusalem Post menggambarkan Anwar sebagai bakal Perdana Menteri Malaysia, seperti yang disebut oleh Ahli Parlimen Gombak dari PKR, Mohamed Azmin Ali di Dewan Rakyat.

"Adakah ini bukti bahawa Israel juga setuju Anwar menjadi Perdana Menteri negara ini. Kalau setuju, mengapa?," katanya.

Beliau berkata, laporan ketiga ialah mengenai sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Foundation of The Future yang menerima dana AS$35 juta Amerika Syarikat daripada Jabatan Negara Amerika Syarikat.

NGO terbabit, katanya, turut menerima AS$10 juta daripada Bahrain dan AS$11 juta daripada sumber lain yang tidak diketahui.

"Pengerusi Foundation of The Future itu tak lain tak bukan ialah Anwar sendiri, insan yang dikatakan bakal Perdana Menteri Malaysia," katanya.

Beliau berkata di NGO itulah Anwar mengambil teman wanita Wolfowitz, iaitu Shaha Riza bekerja di Foundation of The Future yang mencetuskan kontroversi di Bank Dunia baru-baru ini.

"Soalnya, adakah Anwar yang terbabit secara langsung dalam organisasi yang diragui latar belakangnya dan berkawan rapat dengan pengikut fahaman Neo Conservative yang membunuh rakyat Islam di Iraq, Wolfowitz hendak kita benarkan mengambil alih kepemimpinan negara tercinta ini.

"Sudah tentu tidak. Selagi nyawa dikandung badan, Umno tetap akan mempertahankan kedaulatan negara ini," katanya.

Mukhriz juga berkata, parti pembangkang tidak perlu masuk campur atau menjaga tepi kain Umno kerana ahli Umno tahu menguruskan parti sendiri.

..........................

Melihat isu lapuk ini.Saya masih menunggu jawapan daripada Dato Seri.Baru saya boleh mengulas dengan lebih lanjut.

Beras oh beras



Beras dah naik.Minyak tak naik,beras yang naik.Beras tak naik,minyak naik.Food crisis dirasakan satu dunia.Baik di senegal,baik USA,baik di beijing,baik di mengkibol,semua orang mengeluh dengan harga beras.

Dalam sebuah analisis oleh Dr Zaini Ujang, salah seorang kolumnis di berita harian, juga seorang pemikir utama di UTM, beliau menyatakan krisis makanan berlaku kesan daripada kenafsuan manusia menjadikan bahan sumber makanan ruji ini sebagai bahan api alternatif.Krisis ini menyebabkan permintaan melebihi penawaran, langsung harga nya naik mendadak.

Kata seorang pakar lagi,beliau menyuruh rakyat Malaysia ganti kentang atau keledek.Mula-mula memang terasa janggal, tapi yang janggal boleh jadi biasa.Macam pengantin baru,mula-mula malu lama-lama mahu.Kita tunggu langkah kerajaan selepas ini tentang BERAS!

Friday, May 9, 2008

RPK

Malam semalam,minoel (AIC shah alam) call ajak pegi penjara sg buluh katanya.Aku terpikir,buat apa pulak malam buta pegi penjara sg buluh.Tak kan nak teman dia lawat kawan dia ke apa.Rupanya ada solidariti Raja Petra Kamarudin.Blogger first yg kena penjara dan didakwa bawah Akta Hasutan 1948.

Esoknya bukak forum AIC memang betul ada demo dekat penjara sg buluh siap pegang lilin sorang satu.Dekat news pun ada cite.Setakat skrg,dengar cite RPK dah di ikat jamin.Teruskan menentang!

Sunday, May 4, 2008

CM Lim Guan Eng - great leadership

Lim Guan Eng naik flight economy class??sorang-sorang pulak tu.Selanjutnya dalam

Saturday, May 3, 2008

Jalan baru

Jalan shah alam sekarang dah sedap sikit.Syok la untuk merempit buat kaki rempit.Kalau dulu jalan berlubang sana,berlubang sini, sekarang dah boleh baring dengan selesa.

Seorang pemuda yang namanya osana atau taro mengajukan satu persoalan.Kenapa tak semua jalan shah alam bertar dan masih banyak yang lubang??Atas kapasiti saya sebagai orang biasa,biarkan saya tinggalkan jawapan untuk MP menjawapnya kat parlimen.

Tan sri paren pun memberi pandangan yang sama tetapi agak vokal dalam hal ini.Maklum sahaja,tan sri paren memang mempunyai vokal yang lantang dalam apa jua keadaan.

Al-fatihah - SM Nasimuddin

Al-fatihah untuk pengasas yang juga Pengerusi Kumpulan Naza, Tan Sri SM Nasimuddin SM Amin yang kembali ke rahmatullah semalam.Beliau antara contoh anak Melayu yang berjaya.Berjaya kerana dasar DEB kata Tun Mahathir.Siapa cakap anak melayu tak mampu jadi tokoh konglomerat?

Tetapi tak guna kalau jadi anak Melayu yang bagus, kalau akhlaknya lagi rendah daripada haiwan.Contoh nya macam Sufiah Yusof.Maaf wahai budak yang genius.Bukan mau mengatakannya sama macam haiwan, tetapi tingkah lakunya boleh dikatakan sama macam haiwan.Agak kasar analogi ini.

Tidak ada yang menghalang orang Melayu jadi bagus.Tidak salah mengangkat keris.Salahnya kalau keris dijadikan lambang untuk menakut-nakutkan orang lain.Tidak salah kalau mahu menjadi kaya raya,tapi biarlah kaya yang mempunyai hati yang dermawan.Jangan jadi haji bakhil macam cerita P Ramlee.Biarlah kaya yang membuatkan orang hormat kerana budinya tetapi bukan hartanya.Kerana harta,manusia boleh menjadi seperti firaun.

Thursday, May 1, 2008

Happy labour day

Selamat hari pekerja untuk semua...:-

bos-bos,CEO-CEO,otai-otai,taukey-taukey,manager-manager,engineer,doktor,arkitek,QC,QA,HR,admin,tukang sapu,pak jaga,pilot,senior executive,senior manager,pemandu lori,pemandu teksi,pengutip sampah,pramugara,pramugari,operator kilang,tukang cuci jamban,pembakar roti,cashier,ahli politik,setiusaha,clerk,jurukamera,pemandu treler,welder inspector,fitter,jigger,technician,tuan kedai dobi,penggali kubur,jurukur,penari budaya,pengukir,seniman jalanan,blogger,aktivis,polis,askar,bomba,penguatkuasa,penebar roti canai dan semua yang carik kerja halal untuk anak bini.