twitter
    Find out what I'm doing, Follow Me :)

Sunday, February 28, 2010

Chile

1.Hari ini Chile di landa gempa bumi sekuat 8.8 SR.

2.Selepas Haiti,giliran Chile dihantar isyarat amaran oleh Tuhan pencipta alam.

3.Semoga ia menjadi pengajaran kepada semua umat untuk mengambil pengajaran.

Sunday, February 21, 2010

Seluar dalam Levi's


Fakta Seluar Dalam:

1.Seluar dalam Levi's diangkat sebagai bahan lawak untuk tahun 2010.

2.Dua seluar dalam Levi's milik Saiful Bukhari ditonton di mahkamah Jalan Duta sebagai "saksi" penting kes Liwat II.

3.Salah satu daripadanya dipakai oleh "mangsa liwat" kes tersebut.

4.Mitos mengatakan,jika tidur dengan memakai seluar dalam boleh menyebabkan seorang lelaki mati pucuk.

Sumber:Kosmo

Saturday, February 20, 2010

Bila Presiden PAS marahkan kangaroo




PAS Bantah campurtangan Australia - Utusan

Saya harap kenyataan TERSALAH LAPOR tak keluar dari mulut Tok Guru Haji Hadi..Itu ayat standard orang politik sekarang.Sikit-sikit tersalah lapor,sikit-sikit tersalah lapor.Apakah ini bermakna PAS (baca:presiden) bersetuju dengan dakwaan fitnah jahat sodomi II???

Nampak semacam Tok Guru Haji Hadi sependapat dengan Din Pagoh dan pemuda UMNO yang turun demontrasi.

TPM:Malaysia tidak tunduk desakan asing - Utusan

Tuesday, February 9, 2010

Bicara Reformasi 98




1.Siang tadi,sepatutnya saya mengikuti keputusan siapa MB Perak yang sah.Nizar kah,atau Zambry kah.

2.Disebabkan kesilapan membaca maklumat atau pun tersalah baca surat kabar,saya menunggu di tempat yang silap.

3.Saya bertanyakan kaunter,di manakah lokasi federal court tempat perbicaraan Kes Perak di kaunter.Makcik kaunter tu menjawab,"Kat sini takde mahkamah Persekutuan"..Aku cakap,"ah sudah".

4.Bila masuk bilik bicara,ternampak OKT Isham,Azmin,Tian Chua,Badrul Amin,Dr Hatta dan 3 org yang saya tak kenali dalam kandang.

5.Rupanya di satu sudut ada juga nama-nama OKT seperti Hanifah Man,Ruslan Kasim,Lokman Nor Adam.Yang kini semua nya UMNO.

6.Tapi ada sorang budak penakut yang nama nya disebut tapi tak datang.

7.Siapa lagi kalau bukan mat kotak Ezam.

5-0

1.Perak mengekalkan status quo MB masih disandang oleh Zambry Abd Kadir (orang perak panggil dia mamak pangkor).

2.Keputusan diumumkan oleh 5 orang hakim.Memihak Zambry(5)-Nizar(0).

3.Tiada apa lagi yang diharapkan melainkan PRU 13.Orang Perak mesti sedar.Ini bukan keputusan rakyat.Ini keputusan mahkamah.

4.Bila kita membaca mana-mana tulisan mengenai krisis Perak,ayat "bubar DUN" merupakan ayat yang paling banyak ditulis.

5.Apakan daya,hakim kangkong.