twitter
    Find out what I'm doing, Follow Me :)

Sunday, December 6, 2009

Hassan Ali

Saya dah lama tak berposting di sini.Agak sibuk dengan kerja lain.Saya sebenarnya tak tau dengan apa yang terjadi dengan "penghakiman" JK Disiplin PAS terhadap apa yang berlaku pada Hassan Ali.Isu rakaman video yang dah tersebar di ruangan sesawang politik.

Saya cuma mahu menceritakan apa yang saya alami selepas solat sunat aidil adha baru-baru ini.Buat pertama kali nya saya berpeluang untuk solat sunat aidil adha di masjid negeri Shah Alam.Mengambil peluang sekali untuk solat di sini yang biasanya saya solat di kampung.

Saya tertarik dengan petikan khutbah yang dibacakan oleh Dato' Mufti kerajaan negeri.Cukup jelas,terang dan buat pertama kali nya saya mendengar dari awal salam sehingga bacaan doa.Tidak seperti pak khatib di kampung saya yang membaca khutbah macam baca berita ramalan cuaca.Isu nya bukan siapa pak khatib itu.Saya cuma tertarik dengan teks khutbah yang dibacakan sendiri oleh hierarki agama tertinggi selepas Sultan,iaitu Mufti.

"Atas semangat tauhid, kita bersatu berjuang memerangi sebarang bentuk assabiyyah yakni fahaman kebangsaan sempit!
"

Apa makna tu?

Selesai khutbah,saya terpandang dengan satu situasi.Barisan exco kerajaan negeri Selangor berdiri sebaris dengan sultan Selangor untuk bersalam dengan jemaah.Kita lupakan exco yang solat di masjid lain.Tapi ada sorang exco tu berdiri terasing daripada exco lain.Siapa lagi kalau bukan Dr Hassan Ali.

Apa makna tu?