twitter
    Find out what I'm doing, Follow Me :)

Sunday, June 28, 2009

Biasiswa Nasional

1.Setelah menimbang kira sokongan undi Cina,India Najib membaling dadu meramalkan tak ada cara lain uttuk menarik kembali undi mereka selain memberi janji-janji enak pasca PRU 12.

2.Bunyinya lain tapi sebenarnya sama je.

3.Diberitakan setelah makan-makan dengan MCA dan persatuan-persatuan Cina di PICC semalam, Najib menjanjikan sesuatu yang baru.

4.Janji itu ialah memberikan satu biasiswa Nasional (BN).

5.Biasiswa Nasional - untuk mereka yang benar-benar layak,terbaik,tanpa mengira ras,berasaskan merit.

6.Ketika ini . JPA menyediakan Biasiswa Persekutuan.

7.Ini baru la ketuanan Nasional.

Wednesday, June 17, 2009

Accessories Camcoder Sony Missing

Sesiapa yang ada kehilangan item ini sila PM saya dalam shoutbox.Saya terjumpa dan ingin memulangkan nya segera:

1.Memory Stick Duo Adapter MSAC-M2
2.Wide end Conversion Lens x0.7 VCL-E07A

Lokasi: Luar masjid negara
Tarikh:7 Mac 2009
Hint kejadian:Ketika demo PPSMI (dah lama dah....)

Multi Lane Free Flow (MLFF) in town

This is how the system works..

tech,etc

Sini tol,sana tol,situ tol,atas tol,bawah tol juga.Isu nya bukan tol.Isu nya bukan tol naik.Isu nya macam mana nak mengurangkan kesesakan lebuh raya yang bertol.

Sebut saja LDP.Sebut saja Federal Highway,sebut saja Sungai Besi dan plaza tol mana pun.Semuanya sesak teruk terutama hari perayaan!

Adakah sebab awek tol yang cun??Adakah sebab si pembayar yang bingai bagi RM50 untuk tol bukit Raja RM0.60??

Kita telah mendengar pada tahun 2008, kerajaan yang ketika itu kementerian yang bertanggung jawab mengurus di bawah Ir Mat Zain - mengumumkan cadangan menggantikan sistem lama(manned) dengan istem Aliran Bebas Pelbagai Lorong (MLFF) - unmanned.


Yang pasti adakah apabila sistem itu diguna pakai akan menyebabkan syarikat kapitalis yang menguasai konsesi lebuhraya akan terus menaikkan tol??

More news:

MHI Begins Trial Operation of Global ETC in Malaysia - bloomberg

MHI Begins Trial Operation of Global ETC in Malaysia.First overseas project of current Japanese ETC system - MHI website

MHI Begins Trial Operation of Global ETC in Malaysia - Japan's Corp News

Monday, June 15, 2009

Nizar Angkat Sumpah di Parlimen

Dato Seri IR Nizar jamaluddin yang memenangi kerusi Parlimen Bukit Gantang akan mengangkat sumpah esok di parlimen.

Dalam masa yang sama kita akan menyaksikan Najib dan menteri kabinet yang baru di parlimen selepas mengangkat sumpah sebagai PM 2 bulan lepas.

Agenda esok akan dimulakan dengan soalan daripada Tenggara (BN) berkaitan konsep 1Malaysia kepada bapak 1Malaysia.

Kita juga pasti tertunggu kelibat bekas PM yang dikatakan paling lemah dalam sejarah politik Malaysia - Tun Abdullah Badawi duduk di blok E di dalam Dewan Rakyat.Kali ini sebagai ahli parlimen biasa.

Friday, June 12, 2009

Wednesday, June 10, 2009

Perempuan Puaka

Puaka Nyiang Rapik,Pontianak harum sundal malam,Keliwoon,syaitan - itu antara nama-nama drama Melayu seram yang ditayangkan di sinema dan kaca TV Malaysia.

Terbaru satu drama Melayu yang seram tapi menghiburkan bakal mengisi ruang di malam Jumaat yang berkat.

Saksikan Di Sini

UMNO terhegeh-hegeh jugak!

Isu kerajaan perpaduan meresahkan pendukung Pakatan Rakyat - pro muqabalah tentu suka.Tapi untuk menyedapkan halwa telinga - ayat "tahaluf siasi" digunakan untuk menggambarkan tiada apa-apa yang berlaku dalam gelap antara UMNO -PAS.Apa itu tahaluf siasi??Sila tanya Tan Sri Google.

Untuk memudahkan cerita - kononnya ada musuh dalam selimut (baca Malaysiakini).Untuk lebih ringkas - orang akan bercakap ini semua angakara Hj hadi dgn Ustad bukan rock yang jadi MP Bachok.

Biar semua orang tau - mantan PM yang berdarah UMNO pun pernah terhegeh-hegeh nak peluk PAS.Sila Baca Artikel di bawah.

Sumber:Bernama
Date:Expired

DR MAHATHIR HARAP PERTEMUAN UMNO-PAS JADI KENYATAAN
71 71


JITRA, 4 Mac (Bernama) -- Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad berharap Presiden PAS Datuk Fadzil Noor sedia menemuinya bagi membincangkan perpaduan orang Melayu sekembali daripada menunaikan ibadah haji nanti.

"Saya harap Fadzil apabila di hadapan Kaabah nanti membuka hatinya supaya menyertai pertemuan itu," kata Perdana Menteri.

Dr Mahathir yang juga presiden Umno dan Ketua Umno bahagian Kubang Pasu berkata demikian ketika merasmikan serentak mesyuarat agung 135 cawangan Umno termasuk pergerakan Pemuda dan Wanita di bawah bahagian itu di Dewan Jitra di sini.

"Lawan lawanlah.

Tapi apa salah duduk sama dan berbincang.

Ada (perkara) yang setuju.

Ada (perkara) yang tidak setuju.

Biasalah," katanya.

Fadzil dijangka pulang ke tanah air pada pertengahan bulan ini.

Perdana Menteri berkata orang Melayu sekarang menghadapi masalah perpecahan disebabkan kewujudan PAS. Ini kerana parti pembangkang itu sering mengugut kononnya seseorang itu akan masuk neraka jika tidak mengundi PAS, katanya. PAS, katanya, sering menabur fitnah dan memperalatkan agama untuk kepentingan politik mereka. (Ini semua fitnah Mahathir ~ Webmaster)

"Selepas ini, mungkin ada yang akan berkata kenapa tidak boleh diadakan pertemuan Umno-PAS apabila Umno pula asyik mengecam PAS. Tapi mereka tidak sedar PAS juga asyik hari-hari mengecam Umno.

Lawan lawanlah.

Apa salah duduk sama dan berbincang," katanya.

Dr Mahathir meminta semua pemimpin parti di peringkat cawangan menerangkan kepada orang ramai tentang asal usul penubuhan Umno dan perjuangannya yang berbeza dengan PAS.

Perdana Menteri berkata Umno ditubuhkan untuk menebus maruah bangsa dan negara akibat dijajah lebih 450 tahun dan perjuangannya adalah untuk agama, bangsa dan negara.

Keadaan ini berbeza dengan asal-usul penubuhan PAS oleh kumpulan ulamak yang meninggalkan Umno kerana khuatir tidak berpeluang menjadi calon pilihan raya lalu menubuhkan parti serpihan. (Inii juga fakta yang dilewengkan oleh Mahathir ~webmaster)

"PAS bukan memperjuangkan untuk agama dari awal lagi. Sebab tubuh PAS kerana mereka ingin jadi calon dan dapat duit. Untuk jadi Yang Berhormat dan dapat kereta," kata Dr Mahathir. (sebenarnya 'fitnah' Mahathir ~ webmaster)

Beliau berkata usaha menerangkan kepada orang ramai asal usul dan perjuangan Umno oleh pemimpin di peringkat cawangan penting agar mereka terus menyokong Umno dan kerajaan.

"Apabila Umno kuat dan kerajaan kuat, kedua-dua pihak itu boleh terus berjuang untuk memberi faedah kepada rakyat," katanya.

Dr Mahathir mengulangi kenyataannya mengenai kepentingan perpaduan orang Melayu agar bangsa itu boleh terus berjaya.

Orang Melayu boleh melawan kuasa besar seperti British dahulu walaupun mereka tidak mempunyai senjata moden dan lengkap sewaktu rancangan penubuhan Malayan Union disebabkan oleh perpaduan mereka.

"Akhirnya, British terpaksa iktiraf Umno dan gugurkan rancangan mereka itu.

"Apabila orang Melayu berdiri teguh di belakang pemimpin, pemimpin menjadi lebih kuat dan Umno menjadi lebih kuat untuk terus memperjuangkan nasib bangsa itu," katanya.

Beliau berkata kesan buruk akan wujud sekiranya pemimpin Umno di semua peringkat tidak mengetahui asal usul penubuhan dan perjuangan Umno.

-- BERNAMA

Monday, June 8, 2009

Abang Mat bekas UMNO

Dalam artikel bertajuk Antara Kerajaan Perpaduan dan kemenangan nasharudin,saya memetik apa yang Utusan tulis:-

Sumber:Utusan

"Ternyata sekali usaha pihak tertentu melakukan serangan ke atas Nasharudin dengan hasrat menggugat peluang beliau mengekalkan Timbalan Presiden Pas gagal apabila dalam pemilihan yang berlangsung beliau berjaya menewaskan dua lagi calon ialah Exco Kerajaan Negeri Kelantan, Datuk Husam Musa dan bekas Naib Presiden UMNO, Mohamad Sabu."

Saya menggesa abang Mat saman utusan!

Sunday, June 7, 2009

Muktamar Pas kali ke-55

Saya tak berkesempatan mengikuti Muktamar secara langsung di Stadium Melawati.Keputusan sudah diketahui.Sama ada Husam kalah,Ustaz Nasa menang,Pro-erdogan,Pro-muqabalah semuanya bermain dalam muktamar kali ini.

Berikut saya turunkan pautan ucapan dasar presiden

1.Ucapan dasar bahasa Melayu

2.President Policy Speech in English

3. President Policy Speech In Arabic

Thursday, June 4, 2009

Wednesday, June 3, 2009

Awang Selamat oh selamat

1.Saya memang mengikuti tulisan awang selamat(Selepas ini dipanggil AS).Bukan sekali bahkan berkali-kali.Biasanya hari Ahad.Itupun baca secara free di kedai-kedai mamak.Jangan harap aku nak beli.

2.Tulisan AS saya jadikan dia lelucon atau bahan ketawa.Tiada isi yang bagus.Sekadar mahu menghilangkan bosan.

3.Dalam tulisan AS bertarikh 31 May 2009, saya turunkan artikel AS:

Melayu dikhianati?

Hati Awang semakin hari semakin ditoreh-toreh oleh tuntutan pelbagai pihak bukan Melayu yang bersikap terlalu rasis selepas Pilihan Raya Umum ke-12. Kita boleh tafsir apa sebabnya. Awang tidak mahu mengulas panjang kali ini, cukup sekadar disiarkan semula petikan kenyataan seorang pemimpin MCA, Tun Tan Siew Sin pada 30 April 1969 (dipetik daripada buku Khalid Awang Osman dan pernah diulas Ridhuan Tee Abdullah) untuk renungan kita semua.

''Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''.

Sebelum itu, seorang pemimpin MIC Tun V.T Sambanthan pada 1 Jun 1965 pernah berkata: ''Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian. Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman? Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka.

Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan? ''Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut?

"Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku di Malaya? Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara''. Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara. Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.''

Persoalannya, kini apakah pengorbanan Melayu dikhianati oleh kaum lain?

-Awang Selamat


4.Dangkal sekali pemikiran AS.Racist.Perkauman yang menebal.itulah agaknya kekolotan pemikiran salah seorang penulis kolum bisik-bisik Mingguan ni.

5.Hari ini AS telah di herdik orang No. Dua dalam kerajaan.Siapa lagi kalau Wak Mudin.Wak Mudin dah bagi kata dua.Baca Di Sini (credit Malaysiakini).

6.Ini macam bodek agenda 1malaysia je???

Tuesday, June 2, 2009

Stadium Sultan Mizan Collapse

Source:CNN

Major stadium disasters



NEW YORK (AP) -- Following is a list of major stadium disasters:

April 5, 1902 - Glasgow, Scotland; 25 killed and 517 injured when the West Stand at Ibrox Park collapses during an international between England and Scotland. The game ends in a 1-1 draw but is later stricken from official records.

March 9, 1946 - Bolton, England; 33 people are killed and over 400 injured when a wall collapses at Burden Park before an English FA Cup match between Bolton Wanderers and Stoke City. The collapse crushes fans together and sparks a stampede.

March 30, 1955 - Santiago, Chile; Six died when 70,000 tried to jam into the stadium for the finals of the South American soccer tournament. Argentina beat Chile 1-0.

May 24, 1964 - Lima, Peru; 318 people are killed and another 500 injured in riots at National Stadium after Argentina beats Peru in an Olympic qualifying match. The pandemonium breaks out when the referee disallows a Peruvian goal in the final two minutes.

June 23, 1968 - Buenos Aires, Argentina; 74 peopleare killed and over 150 injured following a first-division game between River Plate and Boca Juniors when fans trying to leave the stadium mistakenly head toward a closed exit and are crushed against the doors by other fans unaware of the closed passageway.

Jan. 2, 1971 - Glasgow, Scotland; 66 people are killed and 140 are injured when brriers in Ibrox Stadium collapse near the end of a match between Celtic and Rangers and fans are crushed. The incident occurs when fans leaving the stadium are met by a group trying to return after hearing that Rangers had scored an equalizer.

March 4, 1971 - Salvador, Brazil; A fight and a wild rush broke out in the grandstands, killing four and injuring 1,500.

Feb. 17, 1974 - Cairo, Egypt; Crowds attempting to enter a club game broke down barriers and 49 people were trampled to death.

Oct. 31, 1976 - Yaounde, Cameroon; After a penalty kick was awarded to Cameroon in a World Cup qualifying match vs. the Congo, the Congolese goalie attacked the Gambian referee. A fight broke out and the president of Cameroon, watching the game at home on television, sent in paratroopers by helicopter. Two bystanders died.

Dec. 6, 1976 - Port-au-Prince, Haiti; At a World Cup qualifier between Haiti and Cuba, the visitors scored and a Haitian fan set off a firecracker. Fans thought it was gunfire and panicked, knocking down a soldier, whose gun went off and killed a small boy and girl in the crowd. Further panic caused two people to be trampled to death, and one man died jumping over a wall. The soldier committed suicide.

Oct. 20, 1982 - Moscow; 340 are reportedly killed at a European Cup match between Soviet club Spartak Moscow and Haarlem of the Netherlands. Police are blamed for pushing fans down a narrow, icy staircase before the end of the match. When a late goal is scored, exiting fans try to re-enter the stadium and create a "human mincer." Moscow officials dispute the claims made in the publication of the Soviet Sports Committee, saying only 61 died and police did not push fans.

May 11, 1985 - Bradford, England; 56 people die when a cigarette stub ingnites a stadium's wooden terrace section and fire engulfs the structure.

May 29, 1985 - Brussels, Belgium; 39 people are killed at the European Champions Cup Final at Heysel Stadium when riots beak out and a wall separating rival fans of England's Liverpool and Italy's Juventus of Turin collapses.

March 10, 1987 - Tripoli, Libya; 20 people are killed when paic-stricken fans flee knife-wielding ruffians and trigger the collapse of a wall. (This report conflicted with those from the Libyan state news agency JANA, which said two people were killed and 16 were hospitalized.)

March 12, 1988 - Katmandu, Nepal; At least 93 peole are killed and more than 100 injured when fans fleeing a hailstorm stampede into locked stadium exits.

April 15, 1989 - Sheffield, England; 95 people are crushed to death at an English FA Cup semifinal game between Liverpool and Nottingham Forest, when police open gates to alleviate crowding outside Hillsborough Stadium. The resulting rush of people onto the already filled terrace sections traps fans against riot control fences ringing the field.

Jan. 13, 1991 - Orkney, South Africa; at least 40 people are killed, most of them trampled or crushed along riot-control fences that surround the field, when fans panic and try to escape brawls that break out in the grandstan.

May 5, 1992 - Bastia, Corsica; 17 people are killed and 1,900 injured when a temporary grandstand, erected to increase the capacity of the stadium from 8,500 to 18,000, collapses before a French Cup semifinal match between four-time defending league champion Olympique Marseille and second-division Bastia.

June 16, 1996 - Lusaka, Zambia; Nine soccer fans were crushed to death and 78 others injured during a stampede following Zambia's victory over Sudan in a World Cup qualifying game.

July 14, 1996 - Tripoli, Libya; A riot at a soccer match involving a team controlled by a son of Libyan leader Moammar Gadhafi killed or injured up to 50 people. No exact figures were reported in the Libyan-controlled press.

Oct. 16, 1996 - Guatemala City; At least 78 people died and about 180 others were injured during a stampede at a stadium before a World Cup qualifying match between Guatemala and Costa Rica.

April 23, 2000 - Monrovia, Liberia; At least three reported dead and others injured as thousands of fans forced their way into an overcrowded stadium for a World Cup qualifier between Liberia and Chad.

July 9, 2000 - Harare, Zimbabwe; Twelve people die after a stampede at World Cup qualifier between South Africa and Zimbabwe.

April 11, 2001 - At least 43 people were killed at a football match between South Africa's two biggest teams. The stampede began as a crowd tried to get into Ellis Park stadium in Johannesburg to watch the match between Kaizer Chiefs and Orlando Pirates.

April 29, 2001 - Another stampede killed eight people in Lubumbashi, Congo.

May 6, 2001 - Several soccer fans were killed and hundreds others injured Sunday when part of the roof of a stadium grandstand caved in during a game in northeastern Iran. Two people died and a third was in critical condition at a local hospital, Asghar Samarbakhsh, deputy sports director for Mazandaran province, said. The number of dead was in dispute.

May 6, 2001 - Fighting broke out among fans at a match in Ivory Coast, killing one person and injuring 39.

May 9, 2001 - A stampede at a packed soccer match between two of Ghana's leading teams killed at least 100 people Wednesday night, hospital officials said. Accra's Hearts of Oak was leading Assante Kotoko 2-1 with five minutes left in the game when Assante supporters began throwing bottles and chairs onto the field, witnesses said. Police then fired tear gas, creating panic in the stands.

June 2,2009 - The frame of the roof of the 20,000-seat stadium, popularly known as the Gong Badak Stadium, came crashing down at 8am. The worst damage was at the east wing.
There were no reported injuries among the 50-odd staff of the RM300mil stadium but a few cars (include kelusa) that were parked underneath it were damaged.
The stadium was completed in the nick of time for the state to host the Malaysia Games in June last year.
71

Monday, June 1, 2009

Tips temuduga

Tips untuk penganggur,budak,orang belaja,kena tendang sebab VSS ada di sini.Tips ini diceduk dari Uzar.