twitter
    Find out what I'm doing, Follow Me :)

Friday, August 20, 2010

Jual Obat

"Saya bukan bomoh,saya bukan dukun,saya hanya berusaha.Yang menyembuhkan semua atas kahendak Allah."

Itu situasi biasa penjual obat baik di kaki lima Chow Kit atau di perkarangan masjid sebelum solat Jumaat.

Dialog di bawah diambil sebelum solat Jumaat siang tadi di Masjid as-Salam Puchong.

Sambil memegang cincin,si penjual obat menjual bakat nya.Dia meyakinkan jemaah yang datang untuk solat Jumaat,cincin tu ada khasiat tersendiri.

"Saya datang dari Melaka ingin bantu Tuan semua.Saya bukan nak mintak duit abang.Saya banyak duit.Niat saya hanya nak tolong orang.Kalau abang tak ada RM30,jangan harap abang dapat cincin macam ni kat luar.Hari ini saya bagi untuk abang semua.Siapa yang nak?Mari datang dekat.Abang bagi saya RM1 ,dan duit tu saya akan pulangkan bersama cincin yang abang nak."

Tak lama kemudian.Dia mengeluarkan sebotol ubat berbentuk krim.Dia meyakinkan orang ramai ubat tersebut mampu mengubati pelbagai penyakit termasuk lemah tenaga batin dengan izin-Nya dengan hanya menyapu di pinggang!

"Ini barang,amat berkhasiat.Ramai dukun patah datang ke kedai saya nak beli ubat ni dengan harga RM150.Tapi hari ini bulan puasa,saya niat nak beramal jariah.Sapa beli sebotol,saya bagi sebotol percuma.Dengan dengan harga RM20.Tuan akan dapat cincin tadi bersama wang RM1 saya akan pulangkan semula."

Nah.Aku dah terkena.Sebab tadi aku dah hulur RM1.Perlu diingat,untuk dapatkan cincin beserta RM1,aku kena keluarkan duit RM20 untuk membeli ubat krim sekaligus.Licik bukan perniagaan ni?

Monday, August 16, 2010

BPL Season 2010/2011 - Liverpool vs Arsenal

Nota:Reina ketika audition Raja Lawak musim baru.

Draw di Anfield sudah cukup.1-1

Ngog (atau Ngok?) skor,dibalas oleh Camakh.Sebenarnya Reina buat lawak tadi.

Ini baru permulaan.Permulaann yang baik untuk Joe Cole.Haha.Joe Cole red card.

OH, Koscielny pun tak bernasib baik.

Saturday, August 14, 2010

Para Pencari Tuhan

Aku bukan la peminat sinetron.Lagi-lagi sinetron Indonesia.Tapi tahun ni aku termenonton cerita di atas di Astro Awani 106.Balik je terawih,layan cite ni.Cerita yang ditayangkan di SCTV ini ditayangkan tahun lepas di SCTV Indonesia sepanjang bulan ramadan.

Sapa yang tak pernah tengok,bukak astro Awani jam 1330 atau pukul 1000 mlm.

Sinopsis:Wikipedia

BPL Season 2010/2011




No captain,No RVP,No Ramsey (broken leg),No Bendtner and of course we love to see Camakh.

Remember Arshavin foursome @anfield last season?

Template baru

Eden sajo godek-godek template untuk blog ni.Dah lamo pakai yg lamo.Org kato buang yang keruh,amik yang jernih.

Ok tak template ni?Kalau tak ok,kang eden tukar lain pulak.Eh,den tanyo sapo ni.Macam la den punya blog banyak peminat

Wednesday, August 11, 2010

Ramadan Kareem




Salam ramadan.Ramadan kareem.Kedatangan mu kami nantikan ya ramadan.Semoga ramadan tahun ini mendatangkan kebaikan kepada kami.

Ramadan adalah:

1.Bulan ibadah
2.Bulan rezeki
3.Bulan pahala
4.Bulan amal
5.Bulan sedekah
6.Bulan solat
7.Bulan keampunan
8.Bulan rahmat
9.Bulan kemaafan
10.Bulan pintu syurga dibuka seluas-luasnya

Saturday, August 7, 2010

Zahid Mat Arif

"Bila malaikat Israfil meniup sengkakala,maka akan musnah lah segala apa yang ada di alam ini.Bumi yg kita duduk akan hancur.Bulan,matahari,bintang,segala yang ada akan musnah.Yang tinggal hanyalah DACING untuk menimbang amalan manusia"

Ucapan penutup Zahid Mat Arif,Ceramah Selamatkan Selangor di Ampang 6 Ogos 2010

<>Cuba fikir dan nilai kan ucapan macam ni.Dah habis memaki hamun Nik Aziz kononnya Nik Aziz bukan ulama' sebenar,akhirnya menarik perhatian hadirin bahawa DACING (BN) tak akan musnah walaupun kiamat datang.