twitter
    Find out what I'm doing, Follow Me :)

Saturday, June 25, 2011

Highway LATAR

Arini aku balik kampung.Ikut highway ni.Aku memang suka mencuba something new.Ini review aku setakat jam ini:

Masuk ikut Templer Park,Exit Ijok;Tol free (setakat ni);Mileage 30km;Masa 20 minit;Speed 100km/hr.Berbaloi-baloi.

Lain-lain review sama ada gambar atau apa-apa akan aku update dalam next entry.Terima kasih rakyat Malaysia (pakai duit cukai hangpa).Bukan duit BN pun.

Sunday, June 12, 2011

Showcase Amal Shuhada At-taqwa







Orang tengok final FA,aku tengok nasyid.Tiada Maher Zain.Tiada Akil Hay.Al-Fatihah.


Friday, June 3, 2011

Buku Mesti Beli






Buku wajib beli untuk ahli PAS

tajuk:Menegak Agama,Membela Bangsa,Perjuangan PAS 1951-1979
Penulis:Dr Ismail Said
Penerbit:Nufair Street Sdn Bhd
Penerbit:Unit Buku Harakah
Cetakan pertama 2011
Harga:RM30

Gambar Muktamar PAS 57

Kak Wan

Luar Dewan - Pemerhati

Otai

Almarhum

Membangun Negara Berkebajikan

Ucapan Dasar Presiden PAS Datuk Seri Hj Abdul Hadi Awang (seperti yang disalin oleh penulis -mungkin terdapat sebarang perbezaan dengan versi asal)

Muktamar ke-57:Membangun Negara Berkebajikan

1.Mengalu-alukan kehadiran perwakilan,pemerhati,wakil-wakil duta asing dari Pakistan, Sudan, Algeria, Britain,USA,Jerman,Singapura dan Indonesia termasuk speaker parlimen Palestin Dr. Ahmed M.A Bahar.

2.Keyakinan dengan dasar dan matlamat perjuangan perlu ditanam di dalam pemikiran ahli.

3.Perlu dakwah dan politik tanpa mengira ras,agama dan bangsa.

4.PAS mempunyai wawasan dunia dan akhirat.

5.PAS parti paling berpengalaman - pernah tinggal 1 kerusi sahaja, pernah menyertai kerajaan campuran, berpengalaman dalam tahaluf siyasi dengan parti yang berlainan ideologi - contoh:DAP.

6.Tahaluf siyasi wajib dipelajari setiap ahli PAS.

7.UMNO BN menggadai prinsip perjuangan.Semuanya duit.UMNO parti perkauman sempit.

8.Presiden menegaskan PAS sekali-sekali tidak akan menggadai matlamat perjuangan.

9.Meramal GE13 adalah pilihanraya paling sengit.Menggesa negeri yang diperintah membangun negara berkebajikan.

10.Islam adalah agama yang sempurna meliputi semua cara hidup.Walaupun berbeza dasar dan konsep,PAS mampu bekerjasama dengan parti lain dalam pakatan atas semangat menentang kezaliman rejim UMNO.

11.Ahli mesti setia dengan bai'ah.Ulul amri menjadikan politik sebagai amal soleh.Sebab tu agama dan politik mesti seiring.Tidak pisah.UMNO menjadikan agama hanya ketika Solat Jumaat , ketika musabaqah.

12.UMNO terdiri dari pemimpin rasuah dan lawan Islam walupun beragama Islam.

13.Perjuangan yang bukan berlandaskan untuk menang pilihanraya atau pemilihan sahaja bahkan lebih daripada itu - akhirat.

14.Parti lawan memerintah sebagai kerajaan berniaga.Kapitalis.Semuanya nak untung.

15.GLC mengkayakan kroni UMNO BN.Bukan nak bantu rakyat.Harga barang tinggi,cukai tinggi, minyak naik,gula naik,tarif elektrik naik.

16.PAS menekankan keadilan sosial kepada semua,bukan hanya membawa pembangunan atau meningkatkan ekonomi semata malah lebih dari itu - menumpukan aspek spiritual,akhlak dan agama.Kalau tak jiwa masyarakat akan kosong berlaku gejala sosial yang parah dalam umat.

17.PAS membidas saman ekor.Islam ada kaedah.Bicara dulu,baru jatuh hukuman.

18.PAS akan membetulkan salah tadbir ekonomi yang dilakukan UMNO sekarang.

19.Sekali lagi Presiden menegaskan ajaran sesat UMNO bahawa politik perlu dipisahan dengan agama perlu dibasmi.

20.Selama UMNO memerintah,urus tadbir sangat teruk.Masyarakat menghadapi krisis moral yang teruk, lemah jatidiri dan tak faham Islam.

21.UMNO berjaya menjadikan Melayu Islam buta dan pekak.Seolah-olah UMNO sahaja yang boleh mentadbir.Ini adalaah khurafat ciptaan UMNO.

21.Sebab tu Melayu UMNO tetap sokong BN.Macam budak takutkan hantu walaupun sebenarnya tak pernah nampak (yang ni aku tambah garam)

22.Matlamat PAS memakmurkan rakyat sesuai dengan tugas khalifah (pemimpin).

23.Mengambil contoh cadangan pembinaan menara warisan bernilai 5billion.Bukti kerajaan tidak mengambil kira kesusahan rakyat.BN tak ambil kerangka Islam.

24.Kos pembinaan Istana Negara yang diragui,hutang negara bertambah,jenayah meningkat,inflasi menggila tinggi, harga barang naik, kos sara hidup tak mampu dikekang bukti UMNO BN gagal.

25.Pertumbuhan ekonomi lembap 4.6% suku tahun pertama 2011 berbanding 10% suku pertama 2010 disebut Presiden.

26.Sebab itu perlu kepada reformasi politik.Ubah kerajaan.

27.Membidas kerajaan sebab takut nak umumkan tarikh pilihanraya 13 sekarang.Tak macam kerajaan negara lain.

28.Penceramah jangan syok sendiri.Perlu ada ilmu.Beradab.Baru maklumat sampai.

29.Ada ulama' yang tak berpijak dengan feqah politik Islam kerana tak mampu terjemah ilmu dalam memahami politik semasa - merujuk kepada ulama' dalam UMNO dan segelintir mufti yang takut bersuara.Macam syaitan bisu.

30.Ada juga kalangan ulama' yang tak faham kewajipan berjemaah dan sertai jemaah yang memenuhi ciri-ciri parti Islam.

31.Menggesa Dewan Ulama' merekrut ahli.Itu tugas utama mereka.Ulama' juga perlu belajar ilmu lain.

32.UMNO suka membodohkan golongan muda.Contoh;hiburan-hiburan liar yang merosakkan.Golongan muda penentu undi terbesar.

33.Presiden menyebut kebangkitan anak muda di Asia Barat - Arab.

34.PAS juga membantu saudara seIslam di Palestin,selatan Thai,selatan Filipina.

35.Terakhir Presiden menegaskan 8 perkara sebagai penutup:

a.Istiqamah
b.Memahami tema muktamar kali ini.
c.Rapatkan saf ukhwah sesama jemaah.
d.Memahami tahaluf siyasi dengan parti komponen pakatan.
e.Meluaskan muafakat dengan NGO lain.
f.Memantapkan jentera penerangan - sebarkan dan cerita buku jingga dengan orang lain.
g.Bersihkan politik jijik UMNO.
h.Perkukuh prinsip semak timbang.


PAS sudah matang


Aku dah mentekedarah ayam kukus kg padang balang.

Setiausaha Agung PAS Cikgu Pa menegaskan:

1.Mengimbau kenangan terakhir muktamar lkifli di Taman Melewar pada tahun 2003.8tahun sudah.Sekarang ia dikenali sebagai KUIZM (Kolej Universiti Islam Zulkifli Mohammad).

2.PAS genap 60tahun pada 23 Ogos 2011 ini.

3.PAS parti paling berpengalaman,parti politik tertua penuh dengan sejarah.

4.Walaupun setiap kali pilihanraya PAS menghadapi pelbagai taktik jahat pihak lawan, tapi PAS tetap istiqamah.

5.Meramal muktamar terakhir sebelum GE13.

6. Harap jemaah dapat manfaatkan sebagai medan muhasabah.

7. Pemilihan ini untuk sessi 2011-2013.

8.Parti lain menannguhkan pemilihan untuk menghadapi election tapi PAS tidak.Yakin dengan kematangan ahli.

9.Pejabat SU Agung belum menerima sebarang salahlaku negatif dalam pemilihan kali ini.Yakin tidak akan berlaku.

10.Cikgu Pa juga meminta maaf kepada perwakilan dan pemerhati sebab keadaan yang sesak dengan kehadiran luar jangkaan.

Ketika Cikgu Pa minta maaf,awal-awal lagi aku dah tweet macam kat atas.


Live Muktamar Pas 57 - Taman Melewar KL

Laporan tanpa gambar

1.Manusia datang.Tua,muda,Cina,India,Arab,Parsi,suku dayak dan Iban je aku tak nampak.

2.Pengerusi memulakan ucapan disusuli lagu negaraku dan lagu PAS.Petugas PAS menjanjikan pemerhati boleh masuk sementera menunggu perwakilan yang datang tapi malang.Dewan penuh.Perwakilan duduk luar tengok layar.Ada yang marah.Ada yang jerit-jerit.Masa tu Qari tengah baca al-Quran. (Notakaki:Yang jerit tu macam orang Ganu perpaduang).

3.Aku nampak kelibat orang luar parti Nurul Izzah, Kak Wan Presiden PKR, Saifuddin Nasution SU Agong PKR, Lim Kit Siang Supremo DAP berkaca mata hitam (baru lepas operate mata), tanpa kelibat penasihat umum (mungkin ada urusan lain).

4.Kemudian menyusul orang-orang PAS sendiri macam Nizar Bukit Gantang, Mahfuz Omar Pokok Sena, Khalid Samad Shah Alam, abang Mat dan lain-lain (malas nak taip).

5.Ucapan SU Agung PAS dan Presiden PAS Tok Guru Hj Hadi.

6.Bersambung.Aku nak makan ayam goreng kukus wafie kampung padang balang.