twitter
    Find out what I'm doing, Follow Me :)

Sunday, July 20, 2008

Anwar Ibrahim Saga

Dari dulu sampai sekarang, nama Anwar Ibrahim sentiasa jadi sebutan.Di Malaysia memang acap kali,kat pentas internasional nama Anwar pun lebih gah kalau dibanding dengan nama Abdullah Badawi baik Najib Razak sekalipun.

Dalam blog saya juga,nama Anwar selalu saya taip.Tapi kenapa Anwar??Adakah saya pro Anwar?Adakah saya penyokong PKR?Semuanya bukan.Sejak dari zaman Anwar jadi Timbalan Presiden UMNO,memang saya kagum dengan bakat pidato yang dia ada.Jauh sekali kalau dibandingkan dengan Abdullah Badawi.

Nik Aziz marahkan media kerana suka mensensasikan tuduhan liwat yang Anwar hadapi.Seperti yang disebut awal-awal tadi,media suka mensensasikan kes Anwar bukan sebab tuduhan liwat semata tetapi sebab orang yang dituduh itu bernama Anwar Ibrahim.Sebab itulah,nama Anwar di sebut di mana-mana sehinggakan Anwar sendiri secara sinis mengatakan bulunya ada di mana-mana merujuk kepada tindakan polis yang beriya mahu mencari bukti walaupun bukti itu hanya sehelai bulu.

No comments: