twitter
    Find out what I'm doing, Follow Me :)

Thursday, August 7, 2008

Awas Blogger Politik

Ketika blog ini ditulis,saya tertarik untuk mengisahkan betapa bahayanya menulis blog di Malaysia.Sebuah negara yang di katakan meletakkan kebebasan bersuara untuk rakyat Malaysia.Bersuara bukan hanya bermaksud bercakap tapi bersuara dalam ruang lingkup yang luas seperti menulis blog.

Raja Petra atau Pet banyak kali ditahan polis sebab tulisan nya dikatakan kononnya menabur fitnah atau lebih mudah memberi ancaman kepada sang penguasa.Penguasa mungkin boleh diertikan si pemerintah.Siapa lagi kalau bukan kerajaan United Malay National Organization.Tida kisah kalau blog itu bercerita mengenai gosip artis,cerita peribadi sendiri,hal masak-masak tetapi bab politik selalunya lebih mudah bawak bahaya.

Jadi kepada sesiapa yang menulis blog politik anda bebas untuk bersuara.Jangan gentar dan jangan takut.Telanjangkan semua kebobrokan yang ada pada sang penguasa.Kebenaran di belakang kita.Di bawah saya sertakan artikel yang dipetik dari Malaysiakini mengenai tangkapan terhadap seorang blogger politik iaitu penarikbeca.


Abu Bakar, seorang wartawan sambilan, ditahan di rumahnya di Gombak menjelang tengah malam tadi oleh sekumpulan anggota polis, kata peguamnya Mohamed Hanipa Maidin.

Penulis itu, yang juga dikenali Bakar Haq, kemudian dibawa dan disiasat di ibu pejabat polis bahagian jenayah perdagangan, Kuala Lumpur hingga saat ini.

"Saya cuba menemui Abu Bakar tetapi tidak berjaya kerana pegawai penyiasat tidak membenarkan atas alasan masih dalam siasatan,” kata Mohamed Hanipa kepada Malaysiakini.

"Berikutan itu saya tidak tahu apakah tunduhan yang akan dikenakan ke atas Abu Bakar.

"Saya tidak tahu artikel mana yang didakwa mempunyai unsur hasutan itu dan siapa yang membuat laporan polis terhadap Abu Bakar."

Polis sebelum ini pernah menahan beberapa penulis blog termasuk pengendali Malaysia Today Raja Petra Kamarudin bagi siasatan bawah akta yang sama.

Mohamed Hanipa yang juga ahli jawatankuasa pusat PAS menambah, beliau juga tidak tahu sama ada Abu Bakar akan ditahan reman atau dibebaskan hari ini.

Peguam itu berkata lagi, penahanan Abu Bakar mungkin bermotifkan politik dan untuk menakut-nakutkan penulis blog.

"Tidak manis polis melakukan tangkapan waktu malam dan di rumah beliau pula.

"Sepatutnya polis memberi notis terlebih dahulu kepada Abu Bakar sebelum menahannya," katanya lagi.

Mohamed Hanipa berkata, penahanan tersebut bertentangan dengan janji perdana menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi untuk mewujudkan kebebasan bersuara di kalangan rakyat.

No comments: