twitter
    Find out what I'm doing, Follow Me :)

Tuesday, May 19, 2009

Berita Buruk Untuk Penggemar Tempe

Setelah mengalami kekalahan demi kekalahan.Pertama - kekalahan kerajaan BN mempertahankan kerajaan negeri Mac 2008 walaupun dia menang di DUN dan kedua - kekalahan dan kemaluan perebutan jawatan ketua pemuda.Hari ini Dato' Seri Dr Mohd Khir Toyo (masih hormat) digantung selama setahun oleh SELCAT.Ia berhubung kegagalan wak botox datang siasatan SELCAT ttg perbelanjaan dana kerajaan negeri.

Adakah tindakan ini bermotif politik?Adakah Wak Botox akan naik mahkamah dan mengatakan SELCAT menyalahgunakan kuasa lantas mahkamah persekutuan mengatakan tindakan SELCAT tidak sah seperti yang berlaku di Perak??

Jawatankuasa itu - di bawah Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor - juga mendapati beliau bersalah terhadap tiga tuduhan membuat kenyataan yang menghina legitimasi Selcat, dalam media dalam dalam blognya.

Semua elaun turut digantung seperti yang berlaku terhadap Gobind.

Jawatankuasa itu juga menggantung empat lagi ADUN BN Warno Dogol (Sabak), Isa Abdul Kasim (Batang Kali), Marsum Paing (Dengkil) dan Mohamad Idris Abu Bakar (Hulu Bernam) selama enam bulan kerana mempersoalkan integriti Selcat.

Tapi.Untuk Wak botox.Kamu diberi peluang membahaskan syor ini Julai depan dalam sidang DUN.

No comments: