Ini sinopis aku dalam GMI hari ini 1 Ogos 2009...
1130
Aku plan gerak naik komuter 4 orang.Destinasi utama kat Masjid Negara.Dengan harapan dekat nak jalan pegi Istana Negara.
1230
Sampai stesen api Kuala Lumpur.Bila sampai je tengok banyak gila mamat saya anti rasuah.Baju putih,baju biru,baju renoma,spender kaler apa je aku tak tau.Masa tu nampak ada sorang dua kena tangkap.Kesalahan - memilikki baju,topi atau apa-apa yang ada kaitan dengan ISA.Sorang-sorang kena cek.
1245
Tiba-tiba aku perasan sorang takde.Adik aku tiba-tiba hilang.Bila call dia dah dalam black maria.Polis syak dia nak gi demo dengan bukti jumpa t-shirt demo.Tapi bukan ada tulisan ISA pun.T-shirt protes minyak.
1300
Aku bertiga terus pegi CM.Nak makan dulu.Lagipun masa tu abang saya anti rasuah suh kosongkan kawasan stesen.Bingai tak bingai.Akai ada ka...Nampak kelibat Zaid Ibrahim jalan sorang-sorang mungkin nak gi demo.Ada jugak kelibat budak-budak Pukida yang kononnya menjulang akta zalim ISA.Padahal datang dapat nasik bungkus.
1330
Bergerak pegi Masjid Negara.Keliling Masjid Negara kena kepung dengan polis.Aku rasa macam dekat Israel pulak.Nak gi solat pun kena kepung la bagai.Kat sana puluhan ribu manusia.Alih-alih beg aku kena cek dengan sorang abg saya anti rasuah tu.Aku cakap dia apa hak abg nak cek beg saya.Dia cakap,"Saya ada hak.saya anggota polis."..aku tanya dia balik, "akta apa yang tuan pakai?"..Dia balas balik,"Akta 133" - dengan muka bangga dia jawap.Aku pulak muka blur tak tau nak balas balik.Aku tunjuk macam tu je.Dia tak perasan.Kalau nampak,memang konpem kena tahan.
1400
Dr Hatta memberi satu arahan kepada peserta supaya ikut arahan untuk berkumpul di dataran merdeka sahaja setelah bincang dengan abang saya anti rasuah.Nampaknya ada tanda-tanda ini riot berjalan dengan aman tanpa tembakan abang saya anti rasuah.Aku bergerak dengan lautan manusia melalui jalan hishamudin dengan aman sekali tanpa apa-apa gangguan.Rupanya sampai depan abang saya anti rasuah dah blok kat depan.Patah balik masuk jalan kinabalu pulak.
1430
Dalam perjalan pegi dataran merdeka - tetiba tembakan pertama dilepaskan.Kawan aku yg baru cuba-cuba nak ikut demo - tumbang kena bom asap.Kawan aku sorg lagi terlepas ikut gerombolan pegi sogo.
Time ni dah betul2 kelam kabut.Kumpulan yg besar dah berpecah tak tau kemana.Time tu sume undur pegi bulatan dekat bank negara.
1500
*tut* sekali...abang saya anti rasuah semakin ganas.Pakat2 lari pegi jalan sultan salahuddin.Semburan air pertama dilepaskan.Aku berjaya meloloskan diri naik bukit pegi rel ketapi.Masa tu dah tak ingat apa.Ada la yg jenis hati kering ni jalan atas rel ketapi,sikit lagi ada sorang minah tu nak kena langgar dengan tren.Time ni aku jalan kaki pegi stesen bank negara.Nak dapatkan sumber air.
1530
Aku gerak pi Sogo.Time tu la sapa2 yg provoke polis,kena hambat - kena tangkap macam binatang.Tapi salah diorang jugak.Time2 genting camni tak yah nak provoke.Makcik-makcik,akak-akak,aweks-aweks ada yang merungut sebab demo diorang takleh shopping dengan tenang.Yang bingai sangat shopping time ni apa ke jadahnya.Tak baca paper Utusan ke.Tak tengok berita RTM ke.Sempat aku tukor baju biasa konon2 berlakon nak gi shopping.Masa tu jugak aku nampak R Sivarasa kena gari dengan abang saya anti rasuah.Lepas satu keje nak gi sogo.Aku difahamkan otai-otai sume pegi meeting kat Pejabat PAS Chow Kit.
1600
Salah seorang AJK Pemuda (tak silap aku Ustad Riduan), memaklumkan bagi pihak pemimpin - mission accomplish.Memorandum berjaya dihantar dan menasihatkan public bersurai dengan aman.
1630
Mungkin tak puas ati sebab tak sampai Istana Negara - peserta demo sekali lagi cuba berkumpul dekat jalan tar - cuba bermain api dengan FRU.Kali ini Jalan TAR sekali lagi kena gempur habis-habisan.AKu tengok budak kecik tu punya la kesian.Bukan sorang tapi ramai!Bukan diorang pegi demo.Diorang cuma ikut mak bapak pegi shopping.Menangis2 mak budak.Mana tak,kalau mati budak tu sesak nafas ke apa amacam??
1700
Dapat makluman kawan aku janggut ala taliban, kena pulak pakai baju ISA - kena tarik dalam lori.Dah tinggal dua.4 budak itam tinggal lagi dua.
Ada sorang uncle tu lagi ganaih....pegi sekolahkan polis prebet kot.Muka pun mcm baru konfem je.Tengah gila pangkat.Terus terang dia cakap kat polis tu - "You all ni mmg gengster!"Sempoi.Pakcik tu bukan ikut demo pun tapi dia bengang dengan cara polis selesai masalah dgn cara tu.
Tembakan tear gas dilepaskan secara melulu berterusan sehingga pukul 6 dekat lorong-lorong kecik,kedai-kedai yang dah tutup,dekat pasar malam pun depa tibai habis.Tu yang katanya nya saya rugi beso arini.Yang rugi tu sebab polis bingai gi tembak pasar apahal??Bukan sebab demo.
Fuh..memang havoc kali ni.Aku rasa bersih pun tak teruk macam ni.Segenap penjuru kena serang.Dah macam berlawan dengan Israel pulak.Technically, perhimpunan ni gagal sebab rakyat tak dapat sampai pintu istana negara.Yang sampai mungkin pemimpin je.Itu pun sebab deal dengan abang saya anti rasuah.Tapi dari segi sambutan memang terbaekkk..
Ni aku baru amik 2 tag team aku yg kena tahan tadi...Baru dia tau syok tak syok jadi banduan.Setakat ikan masin tu dah biasa.Sup dengan air paip je..Gila ah.Kawan aku ni baju dia kena koyak!
SEKIAN DULU CERITA SAYA YANG TAK BEST NI....
No comments:
Post a Comment