twitter
    Find out what I'm doing, Follow Me :)

Sunday, June 29, 2008

Plot after plot

From rockybru site

The following police report was made on 28 June 2008 at 5.45 PM by Mohd Saiful Bukhari bin Azlan, who turns 23 next week (i/c no 850706-01-5687):

Saya Mohd Saiful Bukhari b Azlan ingin melaporkan bahawa saya telah diliwat oleh majikan saya. Perkara ini berlaku tanpa kerelaan saya. Kejadian terakhir berlaku 26/6/08 di Unit 1151, Kondominium Desa Damansara, Jln Setia Kasih, KL. Oleh itu, tujuan laporan ini dibuat untuk mendapat pembelaan dan keadilan keatas diri saya. Saya juga berasa bimbang dengan keselamatan diri dan keluarga saya jika perkara ini tersebar luas di khalayak ramai. Majikan saya Dato Seri Anwar Ibrahim - Ketua Umum PKR.

Membaca laporan polis di atas menimbulkan seribu satu persoalan.Ceritanya lebih kurang sama.Watak yang lebih kurang sama - pekerja anwar ibrahim.Membaca kisah si pelapor kes dalam riwayathayat mengukuhkan lagi fakta bahawa saiful adalah orang yang sangat tidak bermaruah dan tiada etika seorang manusia.

Saiful Bukhari Azlan - Muka tak tau malu



Ini lah muka org yang bertanggung jawab membuat repot polis mengatakan menjadi mangsa sodomi anwar ibrahim.Saiful Bukhari azlan (Berbaju biru).Gambar ini diambil dalam sebuah laman milik blogger yang merupakan rakannya semasa di Uniten.Sebelahnya yang berbaju putih adalahKhairil Annas Jusoh, lulusan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia yang kini berkhidmat sebagai Pegawai Khas kepada Timbalan Presiden UMNO, Najib Razak.Menurut cerita nya,Saiful merupakan bekas pelajar Uniten,memegang jawatan penting dalam MPP uniten (Timbalan 1 MPP) 2006/2007.Bergerak atas kapasiti UMNO atau aspirasi kerajaan semasa penglibatan nya dalam politik kampus.

Atas sebab kegagalannya dalam akademik,beliau berhenti belajar dan dipendekkan cerita, menjadi sukarelawan untuk parti keadilan bagi membantu kempen PRU12.Dilaporkan, Datin Seri Wan Azizah tidah tahu asal usul mamat ni.

Dilaporkan juga,Saiful hilang selama 2 hari dan muncul semula dengan satu laporan polis.Kalau benar ini angkara jahat,mari kita sama-sama turun laungkan Reformasi!!!Reformasi!!!!

[edited]

Dipetik dari sebuah lama blog rakan saiful mengenai komen-komen saiful atau luahan hatinya dalam blog rakannya bernama Najwan sebelum saiful berhenti belajar di Uniten Bangi.

saiful bukhari said...

Terima Kasih saudara Najwan.

Saya juga nak mengucapkan selamat maju jaya kepada saudara.Secara jujur, saya tidak menyimpan apa-apa dendam dengan saudara walaupun saya teruk diaibkan dan dimalukan oleh saudara melalui laman blog ini.


Saya mengaku bahawa saya banyak buat silap. Setahun saya hidup merana,terumbang-ambing dan hidup dalam keadaan tertekan. Saya bagaikan burung yang jatuh kepatahan sayap. Tidak mampu untuk bangun dan terbang kembali.

Tetapi saya anggap ini semua takdir Allah s.w.t. Saya tidak pernah menyalahkan sesiapa tentang hal ini. Saya redha dengan ketentuan ilahi.

Saya berpegang kepada Firman ini.. "Allah s.w.t tidak akan menguji seseorang umat itu jika dia tidak mampu untuk mengharunginya"

Allamdullilah, setelah setahun saya menderita akibat tindakan diri sendiri maka saya insaf, lalu Allah s.w.t telah memberi saya jalan dan kekuatan untuk teruskan hidup ini.

Jadi saudara Najwan, saya ingin memohon maaf jika selama ini saya telah menyingung hati atau buat salah kepada saudara.

Akhir sekali, jika tidak kerana saudara, saya tidak akan dapat kekuatan dan pengajaran sebegini rupa.

Terima kasih.

Februari 27, 2008 6:43 AM
Anonymous Saiful Bukhari said...

Satu lagi,

Untuk pengetahuan semua pelajar-pelajar UNITEN yang saya rindui dan kasihi, semalam saya baru sahaja memohon kepada pihak Uniten untuk membenarkan saya menamatkan pengajian a.k.a berhenti.

Saya membuat keputusan setelah saya berfikir panjang("setahun")dan mendengar nasihat dari pelbagai pihak.

Untuk pengetahuan semua, keputusan peperiksaan saya amat teruk semasa saya berada didalam MPP. Sem 1 06/07 GPA 1.0, Sem 2 GPA 0.8 dan CGPA saya sekarang 1.69.

Secara logiknya, untuk saya menaikkan CGPA saya dan menamatkan pengajian ia akan memakan masa selama 5 semester = 2 1/2 tahun lagi. Jadi bagi saya, ia tidak berbaloi.

Semenjak dari kecil cita-cita saya bukan seperti yang saudara-saudari sangkakan iaitu menjadi seorang ahli Politik. Tetapi cita-cita saya adalah untuk menjadi seorang PILOT(Juruterbang). Saya mengambil bidang ini pon kerana pada ketika itu Allahyarhamah ibu saya sakit tenat, beliau sudah menyimpan wang untuk saya mencapai cita-cita saya tetapi pada ketika itu wang itu terpaksa digunakan untuk menanggung kos perubatan.

Pada ketika itu, yang ada didepan mata hanyalah tawaran pinjaman Yayasan Tenaga Nasional dalam bidang kejuruteraan. Jadi saya tidak mempunyai pilihan dan terpaksalah menerima tawaran itu.

Tetapi jauh disudut hati, memang saya telah tekad, Selepas sahaja saya menamatkan ijazah, saya akan cuba sedaya upaya juga untuk menjadi seorang juruterbang.

Allamdulillah, mungkin berkat doa ibu saya yang kini berada dialam barzakh dikabulkan. Saya telah mendapat tawaran untuk mengikuti kursus dalam bidang penerbangan di Asia Pacific Flight Training di Kota Bharu. Saya akan masuk pada JUN 2008 dan dijangka tamat pada DEC 2009. =)

Kalau nak cerita lagi panjang tapi cukup setakat sini sahajalah. Lagipun ni bukan blog saya, saya menumpang je.. =P

Jadi, adakah impian atau agenda saya selama ini benar seperti yang saudara Najwan war war kan? Anda sahaja lah yg tafsir dan fikirkan.

Sekali lagi, saya tidak menyalahkan saudara Najwan kerana beliau tidak tahu dan tidak rapat dengan saya. Sesiapa pun akan menganggap saya ni mempunyai cita-cita politik.

Bagi saya tak salah berbaik dengan sesiapa pon. Saya adalah jenis orang yang tidak suka bermusuh. Lagi ramai kenalan, tak kiralah Menteri, Pemimpin Pembangkang, gangster atau tukang sapu sampah sekali pon, suatu hari tanpa disangka orang-orang ini lah yang dapat membantu kita.

Kesimpulannya, rapatkan silaturrahim sesama manusia dan elakkan bermusuhan sesama manusia.

Sekian,

Saiful Bukhari.

p/s: Maafkan saya pelajar-pelajar Uniten yang saya kasihi dan rindui.


Anwar accused again??

Jun 28, 08 11:53pm

Satu laporan polis telah dibuat terhadap Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana didakwa telah meliwat seorang pembantunya.

Laporan tersebut dibuat oleh mangsa yang berusia 23 tahun di balai polis Jalan Travers jam 6 petang tadi.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Muhammad Sabtu Osman mengesahkan laporan tersebut dibuat.

Difahamkan Anwar telah menemui beberapa pemimpin parti dalam satu mesyuarat tergempar lewat malam ini.

PKR telah menghantar SMS mengatakan bahawa polis telah menahan pembantu Anwar, Saiful Bahari petang tadi dan memaksanya membuat laporan polis yang dia diliwat oleh Anwar.

Ia menambah, polis dijangka menangkap Anwar tidak lama lagi.

Sementara itu, Anwar dijangka membuat komen mengenai krisis tersebut dalam satu sidang akhbar esok.

Sidang akhbar itu dijangka diadakan selepas Anwar menemui semua ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PKR esok.

Anwar, bekas timbalan perdana menteri dan menteri kewangan, dipecat dari kerajaan pada 1997 kerana didakwa menyalahguna kuasa atau terbabit dalam perbuatan liwat.

Pada 1999, beliau dijatuhkan hukuman penjara enam tahun atas tuduhan salahguna kuasa dan pada tahun 2000, dijatuhkan hukuman sembilan tahun penjara atas tuduhan liwat.

Bagaimanapun, pada 2004, Mahkamah Persekutuan telah membatalkan sabitan hukuman tersebut dan membebaskan Anwar.

Anwar mendakwa tuduhan terhadapnya itu merupakan satu konspirasi politik terhadapnya, tetapi kerajaan menafikannya.

Sunday, June 22, 2008

Friday, June 13, 2008

Geramm...!!

Saya menyeru 22juta rakyat Malaysia menurunkan tandatangan di bawah untuk mendesak kerajaan supaya harga minyak diturunkan!!

Petition ini akan diserahkan kepada PM yang sangat tidak memahami rakyat, DS Abdullah.Tanpa mengira siapa pun ada,fahaman politik anda, atas rasa tanggungjawab seorang rakyat Malaysia.


Sila layari laman web di bawah untuk tandatangan sejuta bagi Gerakan Rakyat Anti Manipulasi Minyak (Geramm)

Tandatangan anda di sini


Wednesday, June 11, 2008

Kata mereka lepas minyak naik


Apa kata mereka selepas minyak naik


1.Media
“Salam sejahtera.Paras minyak global menjadi faktor kenaikan harga minyak.Rakyat diminta bertenang”

2.Petronas & Co.

“Keuntungan bersih selepas cukai RM80 billlion.Petanda baik untuk ekonomi negara. Wang akan digunakan untuk membantu kerajaan dalam membangunkan RMK9 untuk kemudahan rakyat juga”

3.Orang gomen

“Minyak naik pun gua ada elaun cola…!”

4.Peniaga

“Ayyaa..minyak naik manyak susah woo..Kita olang pun mau untung juga.Mana ada orang meniaga tak mau untung maa….”

5.Pemandu teksi

“Minyak naik ke tak ke, meter aku rosak gak”.

6.Pengusaha bas sekolah

“Kami tuntut tambang bas naik!”

7.Kedai mamak

“Dey macha,roti sama the tarik RM5.Tambi tarak baca paper ka.Semalam RM3,itu jam minyak belum naik la tambi”.

8.TNB

“Tarif elektrik naik 30peratus tahun ini”.

9.Student

“Gampang punya kerajaan.Tiap tahun naik minyak.Dah abis belaja loan kena bayar gak”.

10.Pak menteri

“Rakyat perlu ubah gaya hidup.Berjimat cermat berbelanja.Bersusah senang bersama kerajaan.Kita sedang menghadapi krisis global.Rakyat perlu faham situasi ini.”


Cuba teka statement mana paling bangang sekali.Jika mau jadi bangang jangan tunjuk bangang.



10 hot jobs that start USD50k+

The PayScale.com Salary Survey identified an array of exciting jobs that pay a total compensation close to or above an impressive $50,000 per year right from the start.

Here is a list of 10 hot professions that show you the money.

1. Investment Banking Analyst. If you are good with numbers and solving real-world problems, this job pays handsomely in the early years and has strong long-term earning potential.
Typical Starting Salary: $59,084

2. Business Analyst, Computer Software. Data mining is a new and hot field with strong career potential. Normally used by financial institutions such as banks, data miners sort through vast amounts of information that help companies make the best use of the information in their data warehouses. Master's degrees in computer science, physics, or statistics are usually required.
Typical Starting Salary: $50,727

3. Forensic Computer Analyst. Computer forensics is the analysis of information contained within and created with computer systems and computing devices. These analysts investigate causes of computer meltdowns, who has misused a computer system, or how someone committed a crime. These professionals are quite popular in white-collar criminal investigations.
Typical Starting Salary: $51,852

4. Junior Associate Attorney. The financial scales of justice certainly tip toward the side of the average attorney. And just after five years experience the average salary jumps to $89,210. Depending on the field of specialty, the long-term earning potential is almost limitless. Big-shot lawyers like former Sen. John Edwards (malpractice) and celebrity criminal defense attorney Mark Gerago have cleaned up millions in their careers.
Typical Starting Salary: $52,678

5. Physical Therapist. If anatomy is your thing, physical therapy may be your path to greener pastures. PTs can even specialize in areas such as hand or back therapy to boost their marketability -- and salary potential.
Typical Starting Salary: $52,573

6. Nurse Practitioner (ARNP). Nursing opportunities never seem to go out of style, and neither does demand in this area. If a doctor cannot squeeze you in for an appointment, chances are there is a nurse practitioner standing by in his place. While nurse practitioners don't command the big bucks that physicians do, their services certainly don't come cheap.
Typical Starting Salary: $67,166

7. Electrical Engineer. It is easy to do the math on how marketable engineers are. Companies dig deep to lure young electrical engineers and other subspecialties across the board. Electrical engineers focus on using electricity to transmit energy. Payscale.com shows that experienced electrical engineers earn an average of $81,078.
Typical Starting Salary: $54,401

8. Software Engineer. Software engineers design, write, and test computer programs. Computer networking and information technology are hot fields that are here to stay.
Typical Starting Salary: $56,795

9. Pharmaceutical Sales Representative. You don't have to be a physician or even science major to make big bucks in medicine. Just about anyone with a college degree and a killer personality can be trained in pharmaceutical sales. These professionals make sales calls to doctors' offices hoping to convince the doctors to prescribe the latest drugs made by the pharmaceutical company they represent. Seasoned pros can make six-figure salaries in this field.
Typical Starting Salary: $51,104

10. Veterinarian. Do you love animals? Veterinarians can combine a passion for their warm, furry friends with great earning power. With growing animal research and interest in pet care, veterinarian medicine is bound to be a popular profession for years to come.
Typical Starting Salary: $59,084

No matter what your skill, passion, or personality, the job market offers numerous professions that also have above-average starting salaries. Just keep your eyes open and reach for the green.

[Saya mengulas]

Kayo pakcik!


Tuesday, June 10, 2008

Pizza italy kena gigit

3-0 kena teow askar belanda.Team ayam pulak seri dengan orang kampung romania.Malam ni group last lawan utk match day one.chiow.

Monday, June 9, 2008

Antara dua wira

Membandingkan antara Tun Mahathir dgn Pak Lah, jauh terlalu jauh.Dua personaliti berbeda.Sama sekali tak sama.Seorang baru 5tahun menjadi tuan, yang seorang sohor dan terlalu sohor.Boleh termaktub menjadi lagenda dalam senarai pemimpin dunia - 22 tahun lama nya menjadi "tuan besar".

Mahathir dulunya memimpin Malaysia dengan caranya.Abdullah pun ada caranya.Tak mungkin antara satu manusia dengan manusia lain, sama wataknya.Selepas ini Tun Mahathir digelar Chedet dalam tulisan ini.Kerana lagenda nya che det, blog chedet cecah hits sejuta tak sampai berapa bulan pun jadi blogger.Kawan dan lawan mau baca blog chedet.Walau ada yang cerca kata itu bukan dia yang tulis."Ahh..agaknya pembantunya yang tuliskan"...tuduh sekerat-sekerat manusia.

Hari ini lagenda dalam UMNO ini, keluar UMNO.Ceritanya kerana terlalu rengus dengan Abdullah.Bengang dengan sikap Abdullah.Tak suka dengan penggantinya itu.Dulu katanya tersilap percaturan.Salah pilih.Kalau uda salah pilih dara, uda ceraikan dara dengan talak satu sampai tiga.Begitu juga che det, hanya kerana beberapa isu, che det cerai dengan parti kebangsaan melayu bersatu dengan bersyarat.Mengikutinya keluar parti UMNO, orang yang dekat dengannya - isterinya dan seorang anaknya.Lagi seorang mahu lawan dan terus lawan dari dalam parti sendiri.

Apa pun kata che det,Abdullah tetap dengan wataknya.Buat tak tau dan terus jadi Memanda Menteri.Abdullah tak peduli kan che det.Che det nak kuar parti ka, nak buat parti baru ka,nak bertanding jadi presiden parti kebangsaan melayu bersatu balik ka, Abdullah tak peduli.Yang penting baginya - bekerjalah bersama saya.

Dulu zaman che det jadi memanda, tidak semacam zaman Abdullah.Dulu semua tak boleh.Nak buat ini tak boleh,nak buat itu lagi tak boleh.Kalau che det kata A, yang lain mesti angguk kata A.Zaman Abdullah lebih mudah, lebih lembut, lebih terbuka, lebih mesra, lebih boleh bantai-bantai, tak kisah asalkan - bekerja bersama saya.Agaknya sebab itu parti kebangsaan melayu bersatu hari ini, ahlinya lebih terbuka.Boleh bantai ketua nya,sesuka hati.Semua orang baca dan tengok Abdullah dilawan anak-anak buah.Atas sebab itu lah,anak che det tak takut nak sekeh dan sekeh kepala bos nya sendiri.

Bekas orang numero uno dalam parti kebangsaan melayu bersatu kuar parti tu,tapi bekas orang yang kuat tentang parti kebangsaan melayu bersatu masuk semula.Dapat wahyu daripada mana tidak ketahuan.Benar agaknya lepas ini,parti yang katanya mengangkat ketuanan Melayu ini akan reput tahun 2013 (memetik kata-kata Sanusi Junid dengan izin).

Sunday, June 8, 2008

Bola bola bola!

Euro08 start harini.Opening game swiss-czech & turkey-portugal.Swiss kalah single goal dengan czech, portugal menang 2 bijik.Tak tgk pun game malam tadi.At least dapat tgk ulangan game czech.

Harapan saya, dalam leka tengok bola, jangan lupa dengan dosa pak lah yang naikkan minyak.Dosa tetap dosa.

Thursday, June 5, 2008

Minyak naik 78sen

Rekod baru tercipta buat rakyat Malaysia.Hadiah terbaik untuk rakyat dari kerajaan, Pak lah khasnya.Apa lagi kalau bukan kenaikan minyak melambung tinggi sehingga 41-63 persen untuk kedua bahan bakar itu.Memang rutin nya begitu.Pilihanraya habis mesti dapat hadiah baru.

Ubah gaya hidup,kenaikan harga minyak global,mengurangkan subsidi kerajaan,menampung subsidi makanan - antara alasan baik mereka untuk menutup kelemahan yang sedia ada.Khabar angin itu betul.Minyak naik letuskan naik minyak.Bukan lembu yang naik minyak tapi yang pasti bukan orang minyak.

Bukan nya sedikit 78sen itu.Cukup untuk belanja saya seharian di zaman waktu jadi budak sekolah kampung.Pagi dapat belanja 30sen,petang pulak dapat lagi belanja 20sen.Boleh simpan 28senbakinya dalam tabung ayam.

Inilah akibatnya punyai ketua yang tak pandai urus kampung.Punya ketua yang tahu tidur.Punya ketua yang lemah.Hasilnya rakyat mendapat.Ambik ubat!