twitter
    Find out what I'm doing, Follow Me :)

Wednesday, June 11, 2008

Kata mereka lepas minyak naik


Apa kata mereka selepas minyak naik


1.Media
“Salam sejahtera.Paras minyak global menjadi faktor kenaikan harga minyak.Rakyat diminta bertenang”

2.Petronas & Co.

“Keuntungan bersih selepas cukai RM80 billlion.Petanda baik untuk ekonomi negara. Wang akan digunakan untuk membantu kerajaan dalam membangunkan RMK9 untuk kemudahan rakyat juga”

3.Orang gomen

“Minyak naik pun gua ada elaun cola…!”

4.Peniaga

“Ayyaa..minyak naik manyak susah woo..Kita olang pun mau untung juga.Mana ada orang meniaga tak mau untung maa….”

5.Pemandu teksi

“Minyak naik ke tak ke, meter aku rosak gak”.

6.Pengusaha bas sekolah

“Kami tuntut tambang bas naik!”

7.Kedai mamak

“Dey macha,roti sama the tarik RM5.Tambi tarak baca paper ka.Semalam RM3,itu jam minyak belum naik la tambi”.

8.TNB

“Tarif elektrik naik 30peratus tahun ini”.

9.Student

“Gampang punya kerajaan.Tiap tahun naik minyak.Dah abis belaja loan kena bayar gak”.

10.Pak menteri

“Rakyat perlu ubah gaya hidup.Berjimat cermat berbelanja.Bersusah senang bersama kerajaan.Kita sedang menghadapi krisis global.Rakyat perlu faham situasi ini.”


Cuba teka statement mana paling bangang sekali.Jika mau jadi bangang jangan tunjuk bangang.



No comments: