Membandingkan antara Tun Mahathir dgn Pak Lah, jauh terlalu jauh.Dua personaliti berbeda.Sama sekali tak sama.Seorang baru 5tahun menjadi tuan, yang seorang sohor dan terlalu sohor.Boleh termaktub menjadi lagenda dalam senarai pemimpin dunia - 22 tahun lama nya menjadi "tuan besar".
Mahathir dulunya memimpin Malaysia dengan caranya.Abdullah pun ada caranya.Tak mungkin antara satu manusia dengan manusia lain, sama wataknya.Selepas ini Tun Mahathir digelar Chedet dalam tulisan ini.Kerana lagenda nya che det, blog chedet cecah hits sejuta tak sampai berapa bulan pun jadi blogger.Kawan dan lawan mau baca blog chedet.Walau ada yang cerca kata itu bukan dia yang tulis."Ahh..agaknya pembantunya yang tuliskan"...tuduh sekerat-sekerat manusia.
Hari ini lagenda dalam UMNO ini, keluar UMNO.Ceritanya kerana terlalu rengus dengan Abdullah.Bengang dengan sikap Abdullah.Tak suka dengan penggantinya itu.Dulu katanya tersilap percaturan.Salah pilih.Kalau uda salah pilih dara, uda ceraikan dara dengan talak satu sampai tiga.Begitu juga che det, hanya kerana beberapa isu, che det cerai dengan parti kebangsaan melayu bersatu dengan bersyarat.Mengikutinya keluar parti UMNO, orang yang dekat dengannya - isterinya dan seorang anaknya.Lagi seorang mahu lawan dan terus lawan dari dalam parti sendiri.
Apa pun kata che det,Abdullah tetap dengan wataknya.Buat tak tau dan terus jadi Memanda Menteri.Abdullah tak peduli kan che det.Che det nak kuar parti ka, nak buat parti baru ka,nak bertanding jadi presiden parti kebangsaan melayu bersatu balik ka, Abdullah tak peduli.Yang penting baginya - bekerjalah bersama saya.
Dulu zaman che det jadi memanda, tidak semacam zaman Abdullah.Dulu semua tak boleh.Nak buat ini tak boleh,nak buat itu lagi tak boleh.Kalau che det kata A, yang lain mesti angguk kata A.Zaman Abdullah lebih mudah, lebih lembut, lebih terbuka, lebih mesra, lebih boleh bantai-bantai, tak kisah asalkan - bekerja bersama saya.Agaknya sebab itu parti kebangsaan melayu bersatu hari ini, ahlinya lebih terbuka.Boleh bantai ketua nya,sesuka hati.Semua orang baca dan tengok Abdullah dilawan anak-anak buah.Atas sebab itu lah,anak che det tak takut nak sekeh dan sekeh kepala bos nya sendiri.
Bekas orang numero uno dalam parti kebangsaan melayu bersatu kuar parti tu,tapi bekas orang yang kuat tentang parti kebangsaan melayu bersatu masuk semula.Dapat wahyu daripada mana tidak ketahuan.Benar agaknya lepas ini,parti yang katanya mengangkat ketuanan Melayu ini akan reput tahun 2013 (memetik kata-kata Sanusi Junid dengan izin).
No comments:
Post a Comment