1.Kilang carlsberg letaknya kurang 2km daripada tempat saya duduk.
2.Hampir setiap hari saya melalui 2 kilang arak di tepi federal Highway.Ya,setiap hari!Setiap kali pergi-balik kerja.
3.Setiap hari juga saya terpandang tulisan gah Carlsberg sebelum Batu 3, tak lama sampai bandar Sunway saya terpandang kilang Guiness Anchor Beer (GAB).Itu kalau dikira masa pergi kerja.
4.Setiap hari juga saya terhidu aroma kilang arak (sedap juga bau tu).Ya,hampir setiap hari.
5.Itu bukan persoalan pokok.Soalnya siapa yang bodoh?Siapa yang sombong?Siapa yang gedebe?Siapa yang jahanam?
6.Dulu masa saya kecik - selalu jugak dengar kaset ceramah Mat Sabu,Haji Hadi,al-Marhum Fadzil Noor.Tokoh-tokoh ini kerap kali memainkan isu jangan sokong UMNO sebab UMNO suka beer!UMNO tak boleh hidup kalau industri judi dan arak tutup.
7.Ketika itu susuk tubuh bernama Hassan Ali,susuk tubuh bernama Ronnie Liu belum saya kenal.Saya hanya tau Hassan Ali kerap buat camping motivasi.Saya hanya tau dia bukan penceramah PAS.
8.Saya juga masih ingat ketika mana PAS kahwin kejap dengan DAP.Itu tahun 1999.
9.Itu cerita 10-15tahun dulu.Ketika mana PAS hanya layak digelar parti tok lebai.Masa tu pun UMNO tengah gah.Maklumla,Maddey masih lagi jadi sang penguasa.
10.Perobahan pasca PRU12,saya tak pernah terbayang PAS boleh rujuk kembali dengan DAP.Ya,DAP bukan parti yang berteraskan jemaah Islam tetapi DAP langsung memang tak ada kena mengena dengan Islam.Selangor - negeri tanah tumpah darahku UMNO ditelanjangkan termasuk MB yang agak sombong juga - Wak Botox.Katanya sebelum tu mau "Pembangkang Sifar" - itu matlamat Wak Botox untuk PRU12.
11.Tup tup, Pak Khalid - seorang yang dulunya bos Guthrie jadi MB.Seorang yang zero dalam politik tapi dalam ekonomi dia 1st class.
12.Kalau lah ditakdirkan PAS menang banyak kerusi DUN Selangor - saya yakin orang yang akan naik ganti Wak Botox mestilah pesuruhjaya PAS Selangor ketika ini.Dia berpengalaman,punya jawatan penting dalam parti,punya pendidikan,profesional,punya sahsiah,punya watak dan sosok yang sesuai jadi ketua.
13.Rupanya di sebalik tanggapan awal saya, Hassan Ali membuat saya sedikit curiga.Curiga sebab jumpa "kekasih gelap" dalam gelap.Mujur la gelap tu dah kena polish dengan tempe.Nampak la sedikit cerah di dahi.Ada orang kata Hassan Ali mau jadi MB ketika itu.Bimbang dengan pengaruh DAP.Itu cerita tak lama selepas PR memerintah Selangor.Maklumat itu bocor juga di tangan-tangan kaki blogger.
14.Tapi, saya hanya curiga dengan gerak laku Hassan Ali sebab "dating" dalam gelap dengan penjual tempe.Bab lain - aku sokong.Bab dia pertahankan Islam aku sokong.Bab dia pertahankan MBSA - gua sokong angkat sepanduk untuk Hassan Ali.
15.Bab yang paling aku tak berkenan - kamu bantai Ronnie dalam media apa perlunya?Kalau betul nak nasihat kan Ronnie - bawak bincang dalam mesyuarat Exco.Depan-depan Pak Khalid kamu bantai Ronnie sampai dia menangis pun takpe.
16.Masa tu nak berpencak silat dengan Teressa Kok,Ronnie Liu,Manoharan pun takpe - sebab kamu exco.Kamu ada hak untuk menegur mana yang silap.
17.Saya setuju dengan gesaan Hassan Ali.Tapi bab dia panggil sidang media (wah,hebat) tu yang buat nampak kebodohan exco sorang ni.Dah nampak macam PAS ni pun sama bodoh.
18.Untuk Ronnie Liu - kamu jangan sombong.Betul DAP lebih banyak kerusi.Kalau PAS perlukan undi Non Muslim - DAP pun jangan sombong!DAP pun perlukan undi Muslim.
19.PKR gedebe?Gedebe tu ada.Siapa tak gedebe kalau dah pegang majoriti DUN.Kalau tak ada sekelumit gedebe, tentu Pak Khalid ada pikir sikit gesaan PAS.
20.Tak sempat pikir, awal-awal idea Hassan Ali ditolak mentah-mentah.
21.Kalau nak terus bertahan macam kerajaan kat Kelantan - teruskan la jadi sombong,bodoh,gedebe.
22.Saya tertinggal satu ayat.JAHANAM untuk UMNO.