
Beg saya pun sama kena tembak

Ini bukan kurap atau kudis.Ini kesan terkena tembakan peluru bom asap di belakang badan.Bayangkan kalau kena muka atau mata.

Pak Samad @ Masjid Negara after asar
"Rupa-rupanya begini caranya untuk menyelamatkan bahasa," - Pak Samad
(source:Malaysiakini)
1.Saya begitu kagum dengan semnagat dan jiwa yang ada pada Pak Samad.Dan lain-lain pejuang bahasa yang sudah melangakaui zaman saya.Semuanya lewat usia.Mereka bukan ahli politik.
2.Kagum juga dengan semangat yang ada untuk segelintir rakyat Malaysia semalam.
3.Tua,muda,kakak,makcik,budak,orang muda,orang tua,petani,nelayan,doktor,peguam,miskin,kaya,Cina,India,Melayu,Iban,Islam,Kristian,Buddha,berjalan kaki,berkereta besar - semuanya datang dengan satu matlamat yang sama.
4.Saya tidak kisah ditembak-disembur-lebam terkena peluru bom asap - ramai lagi yang lebih teruk - ditangkap,didakwa dan dihadapkan ke mahkamah kerana alasan menyertai perhimpunan haram.
5.Benarlah apa yang Pak Samad luahkan dengan kata-kata di atas.
6.Jika beginilah caranya kamu(Baca:sang penguasa UMNO) melayan kami (Baca:Rakyat),jangan marah kami kalau kamu (Baca:Polis) dibaling dengan batu atau kayu ketika demontrasi.
7.Bahasa Jiwa Bangsa!
No comments:
Post a Comment