twitter
    Find out what I'm doing, Follow Me :)

Wednesday, March 18, 2009

Politik wang atau politik durjana?

Bila saya meyebut beberapa nama dikaitkan dengan tindakan Lembaga Disiplin UMNO - 3 daripadanya betul.Ali Rustam,Khairy Jamaludin dan bekas MB saya dulu - ketua pembangkang DUN Selangor sekarang.

Ali Rustam dan KJ didapati bersalah tetapi Pak Ali sahaja yang menghadapi tindakan keras - dilarang bertanding jawatan Timbalan Presiden UMNO.KJ hanya mendapat kad kuning.Manakala Khir Toyo mungkin diberi gula-gula oleh Tengku Ahmad Rithauddeen.

Datuk Norza yang menghadapi tuduhan politik wang di mahkamah Temerloh tidak diambil sebarang tindakan.Selamat juga untuk Azalina.

Senarai yang menghadapi tuduhan dan didapati bersalah ialah:

1.Ketua Umno bahagian Bandar Tun Razak, Datuk Mokhtar Samad dan Ketua Wanitanya, Salmah Pin.Mokhtar digantung keahlian selama setahun manakala Salmah digantung keahlian selama tiga tahun, berkuatkuasa 12 Mac lalu.

2.Empat pemimpin dan ahli Umno Umno bahagian Paya Besar, Pahang. Mereka ialah ahli biasa Datuk Abdul Manan Ismail yang digantung keahlian selama setahun,kerana mengadakan majlis dan pertemuan serta membuat kenyataan akhbar.Manakala tiga lagi pemimpin bahagian tersebut diberi amaran atas kesalahan yang sama, iaitu Timbalan Ketuanya, Datuk Md Sohaimi Mohamed Shah; Naib Ketua bahagian, Mohd Shohaimi Jusoh dan AJK bahagian, Mohd Zaili Besar.

3.Turut digantung keahlian Ketua Pemuda bahagian Maran, Pahang, Mohamad Najuib Mohamad Shahaimi (digantung tiga tahun mulai 13 Mac); Timbalan Ketua bahagian Kuala Krai, Kelantan, Amran Mat (digantung setahun mulai 12 Mac) dan ketua cawangan di Gua Musang, Mohd Zuki Mohd Zain (digantung setahun mulai 12 Mac).

Bagi penyokong Ali Rustam - dia adalah hero,dia boleh merubah UMNO,Ali boleh bawak reform untuk UMNO.Anda boleh rujuk dalam Malaysiakini.Silapnya hanya 15penyokong yang datang berhimpun di depan pejabat UMNO.Lain kali buat la macam himpunan BERSIH atau himpunan PPSMI.Himpunkan seramai yang mungkin penyokong Ali dan buat demo besar-besaran.

Dulu bila Isa Samad disabit dengan politik durjana pada pemilihan UMNO 2004, dia digantung keahlian selama 6tahun tetapi dikurangkan selama 3tahun sahaja selepas membuat rayuan.Bezanya Isa Samad telah memenangi jawatan Naib Presiden UMNO dan kemudian memegang jawatan Menteri Wilayah Persekutuan.Berbanding Ali yang mahu mencuba nasib bertanding.Tekanan yang kuat menyebabkan Isa Samad meletak jawatan sebagai Menteri.

Begitulah politik durjana.Bila si politikus itu menang dalam pemilihan sebab politik durjana hasilnya orang bawahan mendapat pemimpin durjana.Di andaikan seorang itu menang kerusi Timbalan Presiden UMNO sebab menghulur duit,merasuah,menyogok,memberi hadiah kepada perwakilan.Tak lama kemudian kerusi Timbalan Perdana Menteri kosong.Secara tradisi kerusi itu milik orang nombor dua dalam parti. Begitulah seterusnya,menang lagi dan akhirnya menjadi PM Malaysia.Apa akan jadi dengan Malaysia?Dapatlah PM Durjana.

Benarlah kata seorang Cina Muslim - Ann wan Seng - Rasuah menjadi punca kekayaan negara tidak akan teragih sebagai contoh Indonesia yang kaya dengan sumber dan hasil bumi tidak maju kerana mempunyai sejarah pemimpin yang korup.

No comments: