twitter
    Find out what I'm doing, Follow Me :)

Sunday, November 8, 2009

Maka terjatuh lah talak tiga...

Tak abis isu UG,kini timbul pulak isu baru.Media utama negara menjadikan isu talak tiga dalam bai'ah PAS,sebagai punching bag untuk membantai PAS habis-habisan.Untuk makluman,sekiranya seseorang itu mau bertanding pilihanraya,dia perlu mengangkat bai'ah yang mungkin bunyinya begini:-

"Wallahi, watallahi, wabillahi. Saya (polan bin polan) calun bagi kerusi (sekian sekian) dalam pilihanraya ke 12 ini dengan ini bersumpah jika saya memenangi kerusi ini dan kemudiannya keluar dan tidak lagi menjadi Ahli PAS atas apa sebab sekalipun maka akan terjatuh talak ketiga ke atas isteri-isteri saya."

Isu ini timbul apabila seorang MP PAS mendedahkan nya kepada media.Adakah orang itu Khalid Samad??Benda ni dh lama di amalkan dan dipersetujui oleh Majlis Syura yang dianggotai ulama-ulama PAS.Amat lah malang sebab MP PAS bertindak kurang bijak bila melaporkannya kepada wartawan Utusan Meloya.

Bagi aku yang mengangkat wanita sebagai tulung rusuk kiri,aku berpandangan soal bai'ah yang mempertaruhkan isteri sendiri bukan soal main-main.Kenapa PAS perlu berbai'ah tapi dalam masa yg sama mengorbankan institusi perkahwinan?Ni macam nak balik zaman Abu Jahal pulak.

PAS perlu melihat isu ini dari sudut pandang astro awani sokongan pengundi wanita.Jangan sampai isu ini berpanjangan,nanti election akan datang org pempuan dah takut nak pangkah PAS dengan menganggap PAS parti yang menggadaikan wanita sebagai bahan politik.Ini bukan soal lompat atau tukar parti.Soalnya kenapa si A perlu mengorbankan bini nya yang cantik untuk survival parti.

No comments: