Saya mengutuk keras tindakan JAIS yang menangkap bekas mufti Perlis.Tangkap dulu baru bicara.Tindakan gestapo JAIS dan dibantu pihak polis seramai 20-30orang membayangkan betapa bahaya nya manusia bernama Asri.Walau apa pun motif,tindakan ini tak lebih melainkan bermotif politik.
Sama ada A sabotaj B.B sabotaj B.A gunakan C sebab nak sabotaj B.Bergantung kepada selera masing.Kalau saya tak suka B.Tentulah saya akan cakap,B sabotaj A.Begitulah sebaliknya.
Dr Asri yang merupakan lepasan PhD dalam bidang al-Quran & Sunnah.Seorang pensyarah pengajian Islam di USM.Ada org mendakwa dia cuba menyebarkan fahaman wahabi,ajaran sesat.Tapi mana buktinya?
Ini bukan soal wahabi atau hanafi.Ini soal integriti badan agama di Selangor ini.Ia seolah-olah menggambarkan tragedi pemecatan mufti satu masa dulu berulang.Yang telanjang dibiarkan,yang berkain litup pulak digari.
Beberapa kemungkinan kenapa Dr Maza ditangkap:
1.Rentetan cadangan bapak 1Malaysia yang mahu melantik maza menjadi pengerusi YADIM.
2.Rentetan pertemuan Ketua Dewan Ulama PAS yang mahu memancing Maza sign up borang PAS.
3.Rentetan daripada item kehendak bapak 1Malaysia, membawa kepada memorandum yang diserahkan oleh satu pihak kepada YDP Agung yang mengatakan Dr Asri sebagai "sesat".Kenapa dia sesat,boleh tengok kenyataan balas persatuam peguam syarie terhadap sidang media yang dibuat oleh maza.
Patut la jadi lagu tu.JAIS sampai lani tak tau lagi nak bezakan antara halal dan haram.Cuba rujuk link dibawah.JAIS pun pening.Sebab tu siang tadi pertuduhan tak ada.Keterangan Maza pun tak diambil.Apa JAIS ni setaraf dengan JKKK??
Jais tidak kisah dengan balkis yang diketahui Haram(Harakah)
No comments:
Post a Comment