twitter
    Find out what I'm doing, Follow Me :)

Saturday, December 24, 2011

Khir Toyo bersalah


Berita lambat

Selalu kalau ada berita hangat pasal Wak Khir,aku akan tulis dalam ni.Walaupun lambat aku akan tetap tulis pasal bekas MB yang pernah mengatakan akan menjadikan Selangor negeri pembangkang sifar ketika zaman BN berkuasa di Selangor.

Memetik berita dan gambar ehsan Malaysiakini:

"Mahkamah menjatuhkan hukuman 12 bulan penjara berkuatkuasa hari ini, serta memerintahkan harta terbabit dilucuthak kepada kerajaan Malaysia.

Hukuman penjara itu dibuat mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan berkuat kuasa mulai hari.

Perintah melucuthak harta tersebut pula dibuat mengikut Seksyen 36(1) Akta Pencegahan Rasuah Malaysia 1997."


Monday, November 28, 2011

Ikhwanul Muslimin dan parti agama

"If you want to know what principles guide our party let me tell you - the principles of the Islamic Sharia law and they are included in the Egyptian Constitution. Our party is not a religious party but it's a civil party... that seeks a modern and democratic state but with a 'Islamic reference'. We see the principles of Islamic Sharia as the framework that governs us when we enact laws. We are not against any different reference as long as it does not conflict with our constitution. The important point is not to have parties based on religion and not to have parties with military wings to achieve any goals.

Sometimes we have viewpoints similar to those of the military, and sometimes we both go in different directions. We support the right to demonstrate and the right to express yourself and your anger, but we are definitely against destruction and sabotage, we are against storming embassies regardless of our vision towards Israel … this is a different story.

We need to move quickly into a democratic state, to establish stable institutions and authorities and to put an end to this interim era in which the military is protecting or guarding the revolution because we all know that the country should be governed by an elected civil body and the army should go back to their barracks. This will ensure a balance of power between various authorities."


Mohamed Saad Katatni, secretary general of the Muslim Brotherhood

Pilihanraya Mesir


Hari ini pilihanraya Mesir.Kalau dulu tak kurang 30 simbol atau parti bertanding di zaman Mubarak.Tapi Kini tak kurang 250 simbol digunakan parti bertanding yang antaranya simbol hampagas.Henpon daun aku pun ada beb.Sila layan..















Sumber : Guardian

Sunday, October 9, 2011

Mat Bond

Maaf gua tak ada camera, so tak ada gambar.

Gua baru makan nasi beriani mat bond.Orang cakap sedap jadi gua pun layan.Ambik beriani gam ayam merah.

Untuk 3 orang makan berharga RM35.Satu hidang RM7.Gua tak rasa harga ni boleh dapat kat Bukit Bintang.Gambar karang2 kalau gua beli camera gua beli.

Wednesday, August 31, 2011

Alfatihah Datuk Dr Hassan Ahmad


gambae ehsan:Ajijoi

Seorang pejuang bahasa
seorang tokoh bahasa
seorang pejuang PPSMI
beliau mengepalai gerakan PPSMI
telah pergi menghadap ilahi...

Datuk Dr hassan ahmad

Alfatihah...

Tuesday, August 30, 2011

Hujah lawan Hujah

Ahli Parlimen Hulu Langat (PAS) Dr Che Rosli Che Mat menggemparkan semangat muafakat pakatan rakyat terutama antara PAS-PKR.

Aku tak suka benda macam ni ketika mana UMNO ditentang.Ketika mana UMNO mesti dihumbankan.Tapi ia berlaku ketika rakyat Pahang melawan projek Lynas.Tiba-tiba muncul susuk bernama pakar nuklear ini, membidas Fuziah Salleh,PKR,Harakah termasuk rakan-rakan dalam PAS Pahang.

Dr Che Rosli mesti bertanggungjawab.Kalau mau berhujah, jangan gunakan media fitnah TV3.Hujah lah dalam bahasa yang sopan di belakang UMNO dan bukan di depan UMNO!

Syawal 1432H 2011

Selamat hari raya aidilfitri buat umat islam di Malaysia dan seluruh dunia.Eid mubarak to all muslemen all around the world.

Kullu Amin Wa antum bil Khair.

Tahun ni aku raya AWAY.Main kat away ni,suasana dia lain macam sikit.Tak ada bara'aan.New envi tapi tetap jawa.Jawa tetap jawa.Pasti ada lontong.

Notakecil:Tidak lupa untuk penyokong pakatan rakyat.Penyokong UMNO.DS Najib,Rosmah Mansur.Tahun ni makan le ketupat banyak-banyak.Insha allah ini syawal terakhir kamu wahai UMNO.

Ucapan raya dari Boulahrouz

RT @ khalid boulahrouz

Monday, August 29, 2011

Arsenal kami berdiri

berita gembira:Esok hari raya

berita sedih:Arsenal tewas delapan bijik berbalas dua nentang setan merah di trafford tua.gampang

berita gembira lain:Arsenal ladies menang 3-1 menentang liverpool untuk menjulang trofi FA Women Super League buat pertama kali

Friday, August 26, 2011

UCL 2011/2012

Arsenal diletakkan dalam Grup F bersama:

Olympiakos
Dortmund
Lille

Monday, August 1, 2011

Puasa bukan setakat lapar

Puasa bukan setakat lapar,
Puasa juga lebih daripada membazir

Puasa bukan setakat lapar,
Puasa juga bulan nafsu,

Puasa bukan setakat lapar,
Puasa juga perlu seksi dan cantik,

Puasa bukan setakat lapar,
Puasa juga bulan merosakkan anak mata,

Puasa bukan setakat lapar,
Puasa juga tangan dan kaki menggapai kepada yang haram,

Itulah puasa umat akhir zaman.

Fikir-fikirkan

Monday, July 18, 2011

Lo'Lo


Posting di atas ada gambar Dri Lo'lo ketika meraikan MB Perak yang dijatuhkan. Ketika itu aku follow Nizar dari Jln Duta sampai Kg Baru.Dr Lo'lo meraikan Nizar dengan nasi campur.Aku tak pasti rumah sapa.Yang pasti rumah aktivis PAS.

Pemergian dr Lo'lo' tak boleh tidak,dia tetap akan pergi.Sama macam kita,Tapi ruh perjuangan wanita ini mesti diteruskan terutama di Parlimen Titiwangsa.

Saturday, July 9, 2011

Bersih 2.0 - Satu Harapan Anak Muda

Foto ehsan AFP

Dedikasi buat teman-teman demonstran:

Miskin datang bertongkat,
Kaya datang berkuda,
Lemah datang merangkak,
Kuat datang berlari,
tetapi yang kaya pasti satu hari akan membongkok!

Masjid Jamek - 9 Julai 2011 - 090311



Sunday, July 3, 2011

Astro oh astro

Tadi aku layan buletin utama kejap sementara tunggu Malaysia Taiwan punya game start balik.Masa tu RTM tengah bantai Astro.macam selalu,pandangan orang ramai di ambil kira.Aku tolak sentimen kebencian RTM,sentimen politik dalam hal ini.

Ya,aku bersetuju.Aku setuju dengan pendirian RTM dalam hal ini.

Yang aku tak setuju bila...

Salah seorang pengulas astro yang bekerja untuk game Malaysia Taiwan,mengatakan di akhir minit ,game perlu diteruskan ke extra time.

Sedangkan game dah tak perlu.Dengan mengambil kira away goal rule- Malaysia dah layak.

Pengulas ini memalukan kampeni sendiri.Ini kesian.Pengulas macam ni kena hantar PLKN balik.

Tahniah Malaysia!!

Saturday, June 25, 2011

Highway LATAR

Arini aku balik kampung.Ikut highway ni.Aku memang suka mencuba something new.Ini review aku setakat jam ini:

Masuk ikut Templer Park,Exit Ijok;Tol free (setakat ni);Mileage 30km;Masa 20 minit;Speed 100km/hr.Berbaloi-baloi.

Lain-lain review sama ada gambar atau apa-apa akan aku update dalam next entry.Terima kasih rakyat Malaysia (pakai duit cukai hangpa).Bukan duit BN pun.

Sunday, June 12, 2011

Showcase Amal Shuhada At-taqwa







Orang tengok final FA,aku tengok nasyid.Tiada Maher Zain.Tiada Akil Hay.Al-Fatihah.


Friday, June 3, 2011

Buku Mesti Beli






Buku wajib beli untuk ahli PAS

tajuk:Menegak Agama,Membela Bangsa,Perjuangan PAS 1951-1979
Penulis:Dr Ismail Said
Penerbit:Nufair Street Sdn Bhd
Penerbit:Unit Buku Harakah
Cetakan pertama 2011
Harga:RM30

Gambar Muktamar PAS 57

Kak Wan

Luar Dewan - Pemerhati

Otai

Almarhum

Membangun Negara Berkebajikan

Ucapan Dasar Presiden PAS Datuk Seri Hj Abdul Hadi Awang (seperti yang disalin oleh penulis -mungkin terdapat sebarang perbezaan dengan versi asal)

Muktamar ke-57:Membangun Negara Berkebajikan

1.Mengalu-alukan kehadiran perwakilan,pemerhati,wakil-wakil duta asing dari Pakistan, Sudan, Algeria, Britain,USA,Jerman,Singapura dan Indonesia termasuk speaker parlimen Palestin Dr. Ahmed M.A Bahar.

2.Keyakinan dengan dasar dan matlamat perjuangan perlu ditanam di dalam pemikiran ahli.

3.Perlu dakwah dan politik tanpa mengira ras,agama dan bangsa.

4.PAS mempunyai wawasan dunia dan akhirat.

5.PAS parti paling berpengalaman - pernah tinggal 1 kerusi sahaja, pernah menyertai kerajaan campuran, berpengalaman dalam tahaluf siyasi dengan parti yang berlainan ideologi - contoh:DAP.

6.Tahaluf siyasi wajib dipelajari setiap ahli PAS.

7.UMNO BN menggadai prinsip perjuangan.Semuanya duit.UMNO parti perkauman sempit.

8.Presiden menegaskan PAS sekali-sekali tidak akan menggadai matlamat perjuangan.

9.Meramal GE13 adalah pilihanraya paling sengit.Menggesa negeri yang diperintah membangun negara berkebajikan.

10.Islam adalah agama yang sempurna meliputi semua cara hidup.Walaupun berbeza dasar dan konsep,PAS mampu bekerjasama dengan parti lain dalam pakatan atas semangat menentang kezaliman rejim UMNO.

11.Ahli mesti setia dengan bai'ah.Ulul amri menjadikan politik sebagai amal soleh.Sebab tu agama dan politik mesti seiring.Tidak pisah.UMNO menjadikan agama hanya ketika Solat Jumaat , ketika musabaqah.

12.UMNO terdiri dari pemimpin rasuah dan lawan Islam walupun beragama Islam.

13.Perjuangan yang bukan berlandaskan untuk menang pilihanraya atau pemilihan sahaja bahkan lebih daripada itu - akhirat.

14.Parti lawan memerintah sebagai kerajaan berniaga.Kapitalis.Semuanya nak untung.

15.GLC mengkayakan kroni UMNO BN.Bukan nak bantu rakyat.Harga barang tinggi,cukai tinggi, minyak naik,gula naik,tarif elektrik naik.

16.PAS menekankan keadilan sosial kepada semua,bukan hanya membawa pembangunan atau meningkatkan ekonomi semata malah lebih dari itu - menumpukan aspek spiritual,akhlak dan agama.Kalau tak jiwa masyarakat akan kosong berlaku gejala sosial yang parah dalam umat.

17.PAS membidas saman ekor.Islam ada kaedah.Bicara dulu,baru jatuh hukuman.

18.PAS akan membetulkan salah tadbir ekonomi yang dilakukan UMNO sekarang.

19.Sekali lagi Presiden menegaskan ajaran sesat UMNO bahawa politik perlu dipisahan dengan agama perlu dibasmi.

20.Selama UMNO memerintah,urus tadbir sangat teruk.Masyarakat menghadapi krisis moral yang teruk, lemah jatidiri dan tak faham Islam.

21.UMNO berjaya menjadikan Melayu Islam buta dan pekak.Seolah-olah UMNO sahaja yang boleh mentadbir.Ini adalaah khurafat ciptaan UMNO.

21.Sebab tu Melayu UMNO tetap sokong BN.Macam budak takutkan hantu walaupun sebenarnya tak pernah nampak (yang ni aku tambah garam)

22.Matlamat PAS memakmurkan rakyat sesuai dengan tugas khalifah (pemimpin).

23.Mengambil contoh cadangan pembinaan menara warisan bernilai 5billion.Bukti kerajaan tidak mengambil kira kesusahan rakyat.BN tak ambil kerangka Islam.

24.Kos pembinaan Istana Negara yang diragui,hutang negara bertambah,jenayah meningkat,inflasi menggila tinggi, harga barang naik, kos sara hidup tak mampu dikekang bukti UMNO BN gagal.

25.Pertumbuhan ekonomi lembap 4.6% suku tahun pertama 2011 berbanding 10% suku pertama 2010 disebut Presiden.

26.Sebab itu perlu kepada reformasi politik.Ubah kerajaan.

27.Membidas kerajaan sebab takut nak umumkan tarikh pilihanraya 13 sekarang.Tak macam kerajaan negara lain.

28.Penceramah jangan syok sendiri.Perlu ada ilmu.Beradab.Baru maklumat sampai.

29.Ada ulama' yang tak berpijak dengan feqah politik Islam kerana tak mampu terjemah ilmu dalam memahami politik semasa - merujuk kepada ulama' dalam UMNO dan segelintir mufti yang takut bersuara.Macam syaitan bisu.

30.Ada juga kalangan ulama' yang tak faham kewajipan berjemaah dan sertai jemaah yang memenuhi ciri-ciri parti Islam.

31.Menggesa Dewan Ulama' merekrut ahli.Itu tugas utama mereka.Ulama' juga perlu belajar ilmu lain.

32.UMNO suka membodohkan golongan muda.Contoh;hiburan-hiburan liar yang merosakkan.Golongan muda penentu undi terbesar.

33.Presiden menyebut kebangkitan anak muda di Asia Barat - Arab.

34.PAS juga membantu saudara seIslam di Palestin,selatan Thai,selatan Filipina.

35.Terakhir Presiden menegaskan 8 perkara sebagai penutup:

a.Istiqamah
b.Memahami tema muktamar kali ini.
c.Rapatkan saf ukhwah sesama jemaah.
d.Memahami tahaluf siyasi dengan parti komponen pakatan.
e.Meluaskan muafakat dengan NGO lain.
f.Memantapkan jentera penerangan - sebarkan dan cerita buku jingga dengan orang lain.
g.Bersihkan politik jijik UMNO.
h.Perkukuh prinsip semak timbang.


PAS sudah matang


Aku dah mentekedarah ayam kukus kg padang balang.

Setiausaha Agung PAS Cikgu Pa menegaskan:

1.Mengimbau kenangan terakhir muktamar lkifli di Taman Melewar pada tahun 2003.8tahun sudah.Sekarang ia dikenali sebagai KUIZM (Kolej Universiti Islam Zulkifli Mohammad).

2.PAS genap 60tahun pada 23 Ogos 2011 ini.

3.PAS parti paling berpengalaman,parti politik tertua penuh dengan sejarah.

4.Walaupun setiap kali pilihanraya PAS menghadapi pelbagai taktik jahat pihak lawan, tapi PAS tetap istiqamah.

5.Meramal muktamar terakhir sebelum GE13.

6. Harap jemaah dapat manfaatkan sebagai medan muhasabah.

7. Pemilihan ini untuk sessi 2011-2013.

8.Parti lain menannguhkan pemilihan untuk menghadapi election tapi PAS tidak.Yakin dengan kematangan ahli.

9.Pejabat SU Agung belum menerima sebarang salahlaku negatif dalam pemilihan kali ini.Yakin tidak akan berlaku.

10.Cikgu Pa juga meminta maaf kepada perwakilan dan pemerhati sebab keadaan yang sesak dengan kehadiran luar jangkaan.

Ketika Cikgu Pa minta maaf,awal-awal lagi aku dah tweet macam kat atas.


Live Muktamar Pas 57 - Taman Melewar KL

Laporan tanpa gambar

1.Manusia datang.Tua,muda,Cina,India,Arab,Parsi,suku dayak dan Iban je aku tak nampak.

2.Pengerusi memulakan ucapan disusuli lagu negaraku dan lagu PAS.Petugas PAS menjanjikan pemerhati boleh masuk sementera menunggu perwakilan yang datang tapi malang.Dewan penuh.Perwakilan duduk luar tengok layar.Ada yang marah.Ada yang jerit-jerit.Masa tu Qari tengah baca al-Quran. (Notakaki:Yang jerit tu macam orang Ganu perpaduang).

3.Aku nampak kelibat orang luar parti Nurul Izzah, Kak Wan Presiden PKR, Saifuddin Nasution SU Agong PKR, Lim Kit Siang Supremo DAP berkaca mata hitam (baru lepas operate mata), tanpa kelibat penasihat umum (mungkin ada urusan lain).

4.Kemudian menyusul orang-orang PAS sendiri macam Nizar Bukit Gantang, Mahfuz Omar Pokok Sena, Khalid Samad Shah Alam, abang Mat dan lain-lain (malas nak taip).

5.Ucapan SU Agung PAS dan Presiden PAS Tok Guru Hj Hadi.

6.Bersambung.Aku nak makan ayam goreng kukus wafie kampung padang balang.

Monday, May 16, 2011

Kanggaroooo

Hakim Mat Zabidin menetapkan 6-30 June untuk @anwaribrahim membela diri kes liwat 2.

Sunday, May 15, 2011

Sheikh Wahbah Azzuhaily


Gambar Sheikh Wahbah di Majid Negeri Shah Alam

Aku baru balik dari program ilmu di Stadium Selayang.Bersama Sheikh Wahbah Azzuhaily.Sheikh mengimamkan solat isyak berjemaah seterusnya memimpin solat hajat.Petang tadi pun aku ada dengar kejap syarahan dia dekat masjid negeri.

Pendek kata,Shaikh Wahbah adalah lebih hebat dari Jamil Khir Bahrom.Lebih hebat dari pengarah JAWI.Lebih hebat dari bekas pengarah JAIS Khusrin Munawi.

Aku cilok blog mohamadazhan untuk isi apa yg sheikh sampaikan di masjid negeri shah alam.

PS:

1)Kalau nak tau makna pandikutty jangan tanya as-sheikh.
2)Link buku-buku yang ditulis as-sheikh wahbah:fikr.com

Sunday, May 8, 2011

Lokman adam vs Wardina



Di Twitterjaya,Wardina menempelak Lokman Adam.Wardina tempelak Lokman,Adam tempelak Lokman,Lokman tempelak balik.

Isu di Penang yang membabitkan DAP (Jeff Oi) yang dikatakan terlibat dengan perancangan mahu menjadikan kristian agama persekutuan.Isu ini dimainkan Utusan (baca:UMNO) dan diulas oleh bekas SU Pemuda BA Lokman Adam yang kini Exco Pemuda UMNO.

Tak pasal-pasal wardina dicop pro-pembangkang.Alahai Lokman!


Saturday, May 7, 2011

Majulah Singapura

7 May 2011

Hari ini hari mengundi di Kota Singa.Rakyat telah mengundi.Pusat mengundi telah dibuka.2.35juta pengundi berdaftar akan menentukan politik negara seberang tambak.Mampukah Lee Hsien Loong mempertahankan legasi PAP.

Aku bukan pemilik kertas undi Singapore.Itu terserah kepada pengundi Singapore.

Sekiranya PAP gagal,apa kesan dengan politik Malaysia?Apa kesan dengan pertelingkahan jambatan bengkok?Apa kesan dengan beberapa tuntutan Singapore terhadap Malaysia?

Apa kesan dengan jutaan rakyat Malaysia yang mencari rezeki di sana?Itu perlu dijawab setelah keputusan pilihanraya diketahui.Tapi kalau PAP terus berkuasa,tak ada kesan terhadap politik Malaysia.Kita tunggu je beb.



Monday, May 2, 2011

Rasmi:Obama mengesahkan kematian Usamah Laden


Baru sekejap tadi Obama mengeluarkan statement.

Obama: "at my direction, the US launched a targeted operation…No Americans were harmed…After a firefight, they killed Osama bin Laden”




Usamah Ben Laden meninggal dunia

Semoga ALLAH menempat kan dalam jannah.Ameen.



Friday, April 29, 2011

Bila Eskay Bersumpah

Malam sebelum eskay bersumpah,aku mendapat satu SMS dari salah seorang AMK Batu.Bunyi lebih kurang begini:

"Esok eskay akan bersumpah laknat di Masjid Amru Al-As,Bandar Baru Sentul.Sila datang menunjukkan bantahan".

Kebetulan hari tu aku memang cuti.Ambil peluang solat Jumaat di masjid yang disebutkan.

Seperti yang dijangka,kehadiran penyokong kedua-dua belah pihak.Sama ada penyokong Eskay,penyokong Anwar,penyokong PKR,penyokong UMNO,penyokong Perkasa termasuk penyokong Manchester.

Aku datang dengan satu agenda.Nak tengok apa yang disumpahkan.Dan bukan datang untuk membuat demo.

Nanti la aku upload gambar.Gua malas nak taip banyak-banyak.

Saturday, April 16, 2011

PRU Sarawak

Hari ini hari mengundi di sarawak.Aku tak ikut perkembangan kempen pilihanraya sarawak.Cuma isu video seks,isu RPK di interview TV3 meletup menjelang PRU Sarawak.

Rakyat Sarawak telah keluar mengundi.Keputusan sama ada PBB terus berkuasa atau kerajaan bertukar tangan hanya akan diketahui malam ini.

Cuma mengikut update terbaru daripada MP Gombak Saudara Azmin Ali , secara tak rasmi PKR berjaya menawan kerusi DUN Kerian dengan majoriti 2000 undi.

Saturday, March 19, 2011

Dun Sarawak Bubar


Masa untuk menabur janji.

Pehin Tan Sri Mahmud menyatakan dun bubar isnin ini.Masa untuk BN menabur janji di Sarawak.Org Dayak akan dapat beras,orang Murut akan dapat ikan basikal.

Semua ini akan dijanjikan Rosmah Mansor.

Masa untuk rakyat Sarawak menuntut macam-macam dari Pehin.

Tuesday, March 8, 2011

Lelaki Y

Hari ini perbicaraan anwar ibrahim bersambung.Hari ini , 3 tahun lepas rakyat keluar mengundi.Hari ini,3 tahun lepas BN tumbang di Selangor.Hari ini 3 tahun lepas,PAS mengekalkan status quo di Kelantan.Hari ini,3 tahun lepas banyak pemimpin BN tumbang di parlimen dan DUN.

Hari ini,3 tahun lepas Shahrizat Jalil tumbang dengan anak muda ayu Nurul Izzah.Hari ini, 3 tahun lepas Khir Toyo menyorok di sawah bendang.Hari ini 3 tahun lepas,pemimpin UMNO peringkat cawangan banyak gigit jari tak dapat kontrek.

Hari ini juga hakim zabidin mat diah menolak 3 bahan bukti kes - botol air,berus gigi dan tuala good morning sebagai bahan bukti kes liwat anwar ibrahim.

Wednesday, February 23, 2011

Kelayakan Olimpik Bola

Malam ini.Malaysia pakistan.Malam ini siaran percuma di RTM.

Tak perlu beli dekoder astro.

Tak perlu beli tiket pegi shah alam.

Tak perlu beli tiket RM20.

Tak perlu bagi duit pada ananda.


Calon BN

Calon BN di Kerdau dan Merlimau dah diumumkan oleh Wak Sembab.Biasa nya pakatan dulu yang umum,kali ini BN awal-awal dah umum.Konfiden menang mungkin.

Calon BN DUN N27 Kerdau

Nama:Syed Ibrahim Ahmad
Jawatan:Naib Ketua bahagian UMNO Kuala Krau;Penasihat Agama MB Pahang
Kekuatan:Imej ustaz
Pendidikan:Al-Azhar,Mesir (Bahasa Arab)

Calon BN N25 Merlimau

Nama:Roslan Ahmad
Lain-lain info,belum dapat lagi.nanti gua cari.

Saturday, February 19, 2011

N27 dan N28

Sama ada suratan atau kebetulan.No yang berturutan.N28 mati selepas N27.Alfatihah untuk kedua-dua bekas Adun.

SPR dah pun umumkan tarikh penamaan calon.Dan tarikh pembuangan undi di hari yang sama.Satu advantage untuk BN.BN punyai duit,dana,modal yang banyak.Nak buat 18 pilihanraya serentak pun takda hal.


Sunday, February 6, 2011

Tanjung Leman

Semalam gua berkesempatan menjejak daerah ke-10 di Johor, iaitu Mersing.Mersing satu-satu daerah yang belum gua jejak.Dari Batu Pahat bergerak melalui bandar Kluang,mengikuti Bandar Tenggara,Kg Sayong Pinang,Bandar Kota Tinggi.Perjalanan kira-kira 220km campur sesat.

Dari Kota Tinggi,gua cari signboard Tanjung Leman,Air Papan atau Mersing.Kira-kira 60km dari Kota Tinggi.Buat peminat scuba,boleh la pergi Tanjung Leman.Tapi bukan la nak berscuba kat situ.Kat situ la merupakan jumping off point ke Pulau Sibu atau Pulau Tinggi.TERMINAL JETI TUNJUK LAUT TANJUNG LEMAN.Gua ada nampak satu KFC baru siap kat jeti tu.Sapa nak mintak keje kosong pergi la apply.

Jalan masuk dari main road ke pantai,aku tak expect pun.Sebab kena lalau ladang sawit.Lalu Felda Tenggaroh.Tak nampak langsung pokok bakau.

Kalau nak bercuti,boleh call FELDA RESIDENCE TANJUNG LEMAN.Resort ni baru buka Disember 2010.Baru 2 bulan beb.Tapi alang-alang sampai sini,baik pergi pulau je.Apa kelas tido hotel 4 bintang.

atau nak lebih santai,kat sana banyak resort tepi pantai.

Jemaluang

Dari Tg Leman,gua balik ikut Jemaluang road.Jalan ni sunyi.Tak ada kelibat awek.Tak ada warung roti canai.Yang ada hanyalah lopak-lopak yang dasyat,pokok-pokok yang dah tua,cuma yang aku tak jumpa gajah dengan harimau.Mungkin ada dalam hutan.

Pertama kali aku dengar nama Jemaluang.Mengikut carian google,populasi Jemaluang sekitar 2,000 umat dan hampir 99% adalah cina.Kalau DAP masuk bertanding,boleh menang ni.Dan kebanyakan amoi-amoi dah lari pegi keje kat JB atau Singapore.Sebab tu apek sini banyak kawin dengan Viatnam.Sila rujuk blog MySinChiew.

Friday, February 4, 2011

Antara Mufti Mesir dan Mufti Perak

Ketika blog ini ditulis,rakyat di Malaysia sedang syok bercuti lama raya cina.Rakyat di Singapura sedang syok bershopping di pekan kuah.Aljazeera melaporkan jutaan rakyat Mesir yang tidur di jalanan,turun di jalan.Mahukan mahafiraun mubarak dinyahkan dari kerusi presiden.

Al-jazeera melaporkan dari Mesir,pro-demokrasi masih berlawan dengan pro-mubarak.Punyalah jahat geng pekida mesir ni.

Mufti besar Mesir yang sama ilmu nya dengan mufti Perak menyatakan sokongan kepada Mubarak.

Shaykh Ali Gomaa, the Grand Mufti of Egypt, tells all Egyptians to go home: “I greet President Mubarak who offered dialogue and responded to the demands of the people. Going against legitimacy is forbidden (Haram). This is an invitation for chaos. We support stability. What we have now is a blind chaos leading to a civil war. I call on all parents to ask their children to stay home.”

Saturday, January 29, 2011

Saya mau menang motor




Selangor mesti menang,cikgu Mala mesti menang,Jepun mesti menang,arsenal mesti menang

Monday, January 24, 2011

Mengenali susuk tubuh bernama Hamidzun Khairuddin



1.Bekas Ketua Pemuda Keadilan Selangor
2.Anak jawa Kapar (teringat calon PKR Kapar yang lawan Rahman Palil PRU 12 lari tengah malam)
3.Lawyer
4.Menentang Rahman Palil PRU-10 1999 di DUN Sementa -kalah
5.Dua kali keluar keadilan.Dalam masa dah keluar,keluar lagi.

PS:Laaa...ada bank rupanya mamat ni.

Saturday, January 22, 2011

Polis Tunisa pun berdemo




Rasanya sepanjang pengetahuan aku pasal gosip polis kat dunia ni,ni la pertama kali aku dengar polis pun join berdemo.Polis di Tunisia hanya berani berdemo bila Ben Ali dah menyorok bawah ketiak King Abdullah di Saudi.

Kalau la masa Ben Ali tengah duk atas takhta presiden sambil menghisap cerut,silap haribulan KPN Tunisa kena lempang berkali-kali dengan Ben Ali.

Cerita nya bukan sebab polis berdemo sebab tak dapat bawak Evo10 macam polis Msia,tapi sebab gaji rendah,suasana kerja yang tak kondusif dan macam-macam tuntutan.Wpun jumlah 400 org yang turun demo tu boleh dipertikai,tapi sekurang-kurangnya ada la jugak wakil.

Polis kat Malaysia?Buat road block pandai.Dah pencen baru sedar.Tu pun bukan semua.

Boleh baca link al-jazeera

Friday, January 21, 2011

Larass kan harga limau


Gambar limau pun nak cilok dari malaysiakini

BerTenang-tenang ke Labis,
Berakit-rakit ke Port Kelang,
Bersenang-senang dulu,
Makan merLimau kemudian

Kerajaan berjanji akan melaraskan harga limau mandarin.Sempena kedatangan raya cina tak lama lagi,Chua Soi Lek berjanji akan melaraskan harga limau.

Oh,kenapa Chua Soi Lek yang umumkan dan bukannya bapak dafi.Sebab Chua lebih AAA berbanding bapak dafi.Mungkin?

PS:Kalau tak sebab PRK Merlimau yang akan datang,Chua Soi Lek janji nak laraskan harga limau di Tenang Station sahaja

Thursday, January 20, 2011

ADUN Merlimau kembali ke rahmatullah

Al-Fatihah

Kepada keluarga,dan rakyat Melaka yang kehilangan ADUN Merlimau dari Barisan Nasional.Datuk Mohd Hidhir Abu Hassan,54 meninggal dunia dipercayai akibat arteri sumbat.

Semoga Allah menempatkannya di golongan orang beriman.

PS:Lagi election kat Melaka

Saturday, January 15, 2011

Rakyat dilembukan di sini

Tunisia

"After the blood and desolation, there is new hope."

Itu kata-kata Ben Ali selepas menyaksikan 66 nyawa melayang selepas demontrasi rakyat Tunisia.

Di Tunisia,rakyat bangun dan turun di jalan.Mendesak Ben Ali turun dari takhta.Ben Ali menguasai kerusi Presiden selama 23 tahun.Lebih kurang sama usia ketika Maddey pegang Malaysia.Akhirnya Ben Ali mengumumkan tak akan mempertahankan kerusi selepas 2014.

Jordan

Di Amman,Maan,Karak,Slat,Irbid rakyat Jordan berbondong-bondong memenuhi jalan.Mendesak Perdana Menteri Samir Rifai letak jawatan.Orang Arab Jordan bantai polisi kerajaan Rifai.Minyak naik,barang naik,cukai naik.

Arab Jordan marah,inflasi sekitar 6%.Defisit negara USD9billion.Ini boleh mengurangkan mood tarian gelek.

Algeria

Di negara kelahiran Zidane,rakyat pun naik angin.Sebilangan rakyat menjerit "Bagi kami gula!".Hal yang sama.Harga makanan,peluang pekerjaan untuk rakyat,macam-macam hal lagi.Mereka marahkan kerajaan Algeria walaupun negara minyak tapi kebajikan rakyat langsung tak jaga.

Senario di atas berlaku dan sedang berlaku di Afrika Utara.Rakyat marah dengan kerajaan yang tak bertanggungjawab.

Jempol,Negeri Sembilan

Rakyat tengah syok dengan kerajaan Barisan Nasional.Minyak masak kena sorok OK,minyak RON95 naik OK,gula naik OK,teh tarik naik OK,semua OK juga.Hari ini kena tipu dengan bapak dafi,lusa kena tipu dengan Rais Yatim,tulat kena tipu dengan Naina Merican.Janji time pilihanraya BN bagi air mineral.

Zizan kena sekolah dengan Pak Nil

Gara-gara lawak bapak,Pak Nil aka Aznil Hj Nawawi marah di twitter.Ini gara-gara Zizan Rajalawak yg mempermainkan nama Haji Nawawi dalam satu rancangan kendalian Zizan.Zizan dah pun mintak maaf.Lain kali jgn nak melawak nama bapak tok nenek.

PS:Sejak bila gua jadi wartawan melodi

Friday, January 14, 2011

Maddey Nak Bersara




Maddey al-Kutty dah nyanyuk ke?Dia kata nak bersara?Bersara daripada apa?Presiden UMNO?Perdana Menteri?Tulis blog?Penasihat Petronas?Cakap biar terang la der.

Tuesday, January 11, 2011

Van Bronckhorst ingin pulang ke kampung




Disebabkan aku sokong Arsenal,aku nak gak tulis pasal Gio walaupun Gio punya sumbangan kat Arsenal terlalu sikit nak dibandingkan dengan Bergkamp.Untuk rekod,selama 2 musim Gio di Arsenal,hanya 2 gol yang dia bagi.Dapat dua piala FA Charity Shield (tak pernah main pun dalam dua-dua game tu) dan sekali EPL cup.Maknanya satu musim - satu gol.Masuk Barca, hanya 5 gol dia bagi - untuk 4 musim.

Dulu mamat ni AW beli berapa sen,aku pun tak ingat.Malas nak google.Tapi rasa aku bawah 10 juta GBP dari Rangers.Konon nak ganti tempat Petit,partner dengan Viera.Sekali mamat ni tergolong dalam golongan injury prone.Serupa la dengan Van Persie.

Tapi.Se-Gio-Gio dia.Sekurangnya orang Indon ada jugak darah yang boleh dibanggakan (Sori aku orang Malaysia juga pak).Malaysia?Setakat nak bangga dengan Mokhtar Dahari.Bangga dengan Khairul Fahmi.Bangga dengan Subkidin.Itu je.

Bronckhorst aka Gio rupanya mamat Indon.Dah lama aku tau.Mak dia orang Maluku.Kalau mak dia orang Melaka,mungkin Telekom Melaka tiap season sapu Piala Malaysia.Nasib baik.Walaupun dia mat Indon,Irfan Bachdim rasanya lebih cute.

Antara rekod-rekod baik Gio:

1.Pernah jadi kapten Belanda.
2.Pernah main World Cup - 3 kali.
3.Sumbat gol antara tercantik edisi WC 2010 - semi final lawan Uruguay.
4.Pernah main Arsenal - zaman2 invincible.
5.Dapat anugerah Order of Orange -Nassau dari raja belanda

Friday, January 7, 2011

Ted William

Source: Daily mail
Kisah Ted William yang mendapat perhatian 12 juta umat dalam Youtube.Dia bukan artis.Dia bukan superstar.Dia ni mat ganja.Kaki pow.Kalau kat KL,spesis macam ni banyak boleh jumpa kat lorong-lorong Chow Kit,Jalan Mat Taib,Masjid Kg baru.


Monday, January 3, 2011

Khusrin Munawi




Tadi aku tengok buletin utama TV3.Isu SUK Selangor dijadikan tajuk utama berita.Siaran berlangsung hampir 10 minit.Cerita mengenai kekacakan Khairul Fahmi,cerita budak darjah 1 nangis tak nak masuk sekolah menenggelamkan cerita Sultan Selangor yang setuju dengan idea MB Selangor,bahawa Sultan tak berhak menerima atau menolak perlantikan SUK Selangor.Aku malas nak petik mana-mana artikel dalam undang-undang tubuh kerajaan negeri,korang petik la sendiri dalam blog Hafanizam Harun,Zul Nordin atau blog Karpal Singh.

Cukuplah aku katakan Khusrin Munawi memang kesian.Kesian ya amat.Lebih kesian daripada nasib Indonesia yang tak dapat cium piala AFF.Mungkin Khusrin boleh mintak ehsan Najib untuk bertanding dekat DUN Sg Burung.Tak pun ganti Misbun Sidek train Lee Chong Wei.

Notajari:Berita RTM pukul 8 tadi tak ambik kisah Khusrin jadi headline.Tu pun 5 minit je.Mungkin tau fitnah tak menjadi kononnya kerajaan Selangor derhaka,terkena batang hidung.

Saturday, January 1, 2011

Takziah Faizal Yusuf

Al-Fatihah untuk arwah.Arwah merupakan bekas suami Nana.Dikhabarkan arwah meninggal suspek heart attack.Meninggalkan seorang balu yg sedang mengandung.Suka tengok lakonan dia dalam cerita Adamaya.

PS:sekali sekala 2011 ni kena masukkan cerita artis.

1.1.11

"2011 highlight:1.1.11 & 11.1.11 & 1.11.11 & 11.11.11 it will come 1000 yrs once.I'm the 1st person to inform u this matter.Wish u advance happy new year.."

SMS di atas datangnya dari Vijaykumar,kawan baik saya.