twitter
    Find out what I'm doing, Follow Me :)

Tuesday, January 11, 2011

Van Bronckhorst ingin pulang ke kampung




Disebabkan aku sokong Arsenal,aku nak gak tulis pasal Gio walaupun Gio punya sumbangan kat Arsenal terlalu sikit nak dibandingkan dengan Bergkamp.Untuk rekod,selama 2 musim Gio di Arsenal,hanya 2 gol yang dia bagi.Dapat dua piala FA Charity Shield (tak pernah main pun dalam dua-dua game tu) dan sekali EPL cup.Maknanya satu musim - satu gol.Masuk Barca, hanya 5 gol dia bagi - untuk 4 musim.

Dulu mamat ni AW beli berapa sen,aku pun tak ingat.Malas nak google.Tapi rasa aku bawah 10 juta GBP dari Rangers.Konon nak ganti tempat Petit,partner dengan Viera.Sekali mamat ni tergolong dalam golongan injury prone.Serupa la dengan Van Persie.

Tapi.Se-Gio-Gio dia.Sekurangnya orang Indon ada jugak darah yang boleh dibanggakan (Sori aku orang Malaysia juga pak).Malaysia?Setakat nak bangga dengan Mokhtar Dahari.Bangga dengan Khairul Fahmi.Bangga dengan Subkidin.Itu je.

Bronckhorst aka Gio rupanya mamat Indon.Dah lama aku tau.Mak dia orang Maluku.Kalau mak dia orang Melaka,mungkin Telekom Melaka tiap season sapu Piala Malaysia.Nasib baik.Walaupun dia mat Indon,Irfan Bachdim rasanya lebih cute.

Antara rekod-rekod baik Gio:

1.Pernah jadi kapten Belanda.
2.Pernah main World Cup - 3 kali.
3.Sumbat gol antara tercantik edisi WC 2010 - semi final lawan Uruguay.
4.Pernah main Arsenal - zaman2 invincible.
5.Dapat anugerah Order of Orange -Nassau dari raja belanda

No comments: