twitter
    Find out what I'm doing, Follow Me :)

Monday, January 3, 2011

Khusrin Munawi




Tadi aku tengok buletin utama TV3.Isu SUK Selangor dijadikan tajuk utama berita.Siaran berlangsung hampir 10 minit.Cerita mengenai kekacakan Khairul Fahmi,cerita budak darjah 1 nangis tak nak masuk sekolah menenggelamkan cerita Sultan Selangor yang setuju dengan idea MB Selangor,bahawa Sultan tak berhak menerima atau menolak perlantikan SUK Selangor.Aku malas nak petik mana-mana artikel dalam undang-undang tubuh kerajaan negeri,korang petik la sendiri dalam blog Hafanizam Harun,Zul Nordin atau blog Karpal Singh.

Cukuplah aku katakan Khusrin Munawi memang kesian.Kesian ya amat.Lebih kesian daripada nasib Indonesia yang tak dapat cium piala AFF.Mungkin Khusrin boleh mintak ehsan Najib untuk bertanding dekat DUN Sg Burung.Tak pun ganti Misbun Sidek train Lee Chong Wei.

Notajari:Berita RTM pukul 8 tadi tak ambik kisah Khusrin jadi headline.Tu pun 5 minit je.Mungkin tau fitnah tak menjadi kononnya kerajaan Selangor derhaka,terkena batang hidung.

No comments: