Tunisia
"After the blood and desolation, there is new hope."
Itu kata-kata Ben Ali selepas menyaksikan 66 nyawa melayang selepas demontrasi rakyat Tunisia.
Di Tunisia,rakyat bangun dan turun di jalan.Mendesak Ben Ali turun dari takhta.Ben Ali menguasai kerusi Presiden selama 23 tahun.Lebih kurang sama usia ketika Maddey pegang Malaysia.Akhirnya Ben Ali mengumumkan tak akan mempertahankan kerusi selepas 2014.
Jordan
Di Amman,Maan,Karak,Slat,Irbid rakyat Jordan berbondong-bondong memenuhi jalan.Mendesak Perdana Menteri Samir Rifai letak jawatan.Orang Arab Jordan bantai polisi kerajaan Rifai.Minyak naik,barang naik,cukai naik.
Arab Jordan marah,inflasi sekitar 6%.Defisit negara USD9billion.Ini boleh mengurangkan mood tarian gelek.
Algeria
Di negara kelahiran Zidane,rakyat pun naik angin.Sebilangan rakyat menjerit "Bagi kami gula!".Hal yang sama.Harga makanan,peluang pekerjaan untuk rakyat,macam-macam hal lagi.Mereka marahkan kerajaan Algeria walaupun negara minyak tapi kebajikan rakyat langsung tak jaga.
Senario di atas berlaku dan sedang berlaku di Afrika Utara.Rakyat marah dengan kerajaan yang tak bertanggungjawab.
Jempol,Negeri Sembilan
Rakyat tengah syok dengan kerajaan Barisan Nasional.Minyak masak kena sorok OK,minyak RON95 naik OK,gula naik OK,teh tarik naik OK,semua OK juga.Hari ini kena tipu dengan bapak dafi,lusa kena tipu dengan Rais Yatim,tulat kena tipu dengan Naina Merican.Janji time pilihanraya BN bagi air mineral.