twitter
    Find out what I'm doing, Follow Me :)

Tuesday, February 5, 2008

Free & Freedom (copy from www.anwaribrahimblog)

Elias Hj Idris Feb 5th, 2008 at 10:36 am

Polis kacauuuu! Orang beribu, tapi polis suruh juga masuk ke dalam premis kesemuanya. Bayangkan, premisnya terletak di lot kedai bawah flet!

Kemudian, UMNO jakun di blok flet yang lain main futsal tengah malam siap dengan speaker ‘full blast’nya. Ooo, tak cukup lagi ada satu kumpulan lain tiup serunai pep-pep yang menyakitkan telinga berbaris di sepanjang pagar. Haa, yang ni polis tak kacau.

Sementara menunggu ketibaan DSAI, ada seorang lelaki botak siap dengan buku catatannya. Menurut katanya, dia dari The Straits Times Singapore. Namun bila ditanya sama ‘base’nya di sini, dia gelabah. “Saya tinggal kat sini,” katanya.

Lebih gelabah lagi, apabila penulis memberitahunya bahawa penulis ni pun seorang penulis….

Dia bertanyakan senario begini apabila ribuan orang sudah membanjiri tempat ceramah. Laluan penuh sesak hingga melimpah ke padang permainan kanka-kanak.

Jawab penulis mudah sahaja; Rakyat dah naik jelas dan meluat!

“Kenapa?” soalnya.

“Himpitan kehidupan… dengan harga barangnya serta kenaikan harga bahanapi,” jawab penulis. “Kemudian, PM nampaknya tidak berupaya memantau menteri kabinetnya sendiri.”

“Hasilnya?” tanya beliau lagi.

“Menteri buat kementerian masing-masing bagaikan harta mak bapak mereka,” jelas penulis. “Tehn, siapa yang akan percaya bahawa Shafie Afdal tidak ada ‘apa-apa’ dengan tauke barangan keperluan? Dia main wayang aje bila depan media.”

Siapa cakap dia tidak ada syer dalam sebarang kenaikan harga barang? Nakkan bukti, memang takde… sebab menteri ni orang bijak pandai; Kelentong nombor satu!

Tapi… pendapat umum mengatakan begitu. Sama seperti kata Dr M dulu, “Kita mau keadaan nampak bersih, walaupun ia sebaliknya.”

Kemudian apabila DSAI tiba dengan sambutan yang meriah sekali, si botak ini pergi begitu sahaja tanpa mengucapkan apa-apa.

Oleh kerana speaker luar dimatikan (atas arahan polis), maka terpaksalah DSAI berucap agak memekik. Sebab ribuan orang atas jalan dan di padang mahu mendengar ceramahnya itu.

Itulah tahap budi bicara polis kita. Mereka sibuk dengan Akta Polis, tetapi lupakan Artikel 10 Perlembagaan negara. Sedangkan rumusan akhir perlembagaan ada menyatakan, “… bahawa setiap apa jua peraturan atau ketetapan atau pendapat yang bertentangan dengan semangat perlembagaan ini akan terbatal dengan sendirinya.”

Kalau gitu, baik sahaja diambil mereka yang lulusan SRP buat jadi Ketua Polis Daerah atau KPN sendiri. Rasionalnya takde. Bak kata orang kampung, “Takde akai….”


Video ini aku rakam sendiri dekat tempat ceramah...


No comments: