twitter
    Find out what I'm doing, Follow Me :)

Monday, July 27, 2009

Gila talak!




"Hidung tak mancung,pipi tersorong-sorong!"- Nik Aziz on Harakahdaily

Cukup ringkas.Itu ungkapan yang dikeluarkan oleh tok guru Nik Aziz.Sekali lagi UMNO (baca:Timbalan Presiden UMNO) memutar belit atau sengaja merayu-rayu marilah kita bersatu,marilah kita bersatu demi perpaduan melayu.Demi perpaduan Islam.

Nampaknya Timbalan PM ni tak faham beza antara parti dengan kerajaan.Nik Aziz bercakap atas kapasiti beliau selaku Menteri Besar Kelantan.Bukan atas kapasiti Mursyidul Am PAS.Ini soal hubungan federal - kerajaan negeri.Bukan soal UMNO - PAS.Nik Aziz cuma mahu kerajaan persekutuan berlaku adil.Berbelas tahun kerajaan negeri Kelantan dinafikan hak oleh federal.

Apa yang beriya-iya sangat nak dekat dengan PAS??Niat UMNO cuma satu.Mahu merosakkan hubungan PAS dalam PR.Nak rosakkan imej tok guru Nik Aziz agar dia dibenci macam Nasharudin dibenci ahli PAS sendiri!

No comments: