twitter
    Find out what I'm doing, Follow Me :)

Tuesday, July 28, 2009

Pro-ISA pendukung ketuanan Melayu



Gambar atas ehsan malaysiakini


Gambar ehsan PEWARIS

Sampai sekarang saya tertanya apa motif sebenar pendokong ISA.Apakah bermotif politik?Apakah demi survival bangsa?Demi Hidup Melayu,Hidup Islam (Baca:Tak ada langsung bukti tahanan tanpa bicara dibolehkan dalam Islam).

Kurang 3 hari demontrasi MANSUH ISA dan demo Pro-ISA akan bertembung di ibu kota.GMI awal-awal telah menggerakkan kempen mansuh ISA.Pada awalnya perhimpunan ini dirancang akhir tahun 2008 tetapi atas sebab tertentu ditunda beberapa kali.Sejak bila Pewaris merancang demontrasi pada hari yang sama??Ini betul-betul provokasi.

Tiba-tiba hari ini jadual asal Pewaris yang mahu berhimpun bermula pukul 11pagi ditukar pada masa yang sama dengan MANSUH - pukul 2ptg.Kenapa?Takut tak ramai sambutan?Kot-kot nanti kena sembur dengan gas boleh menyelinap masuk celah-celah MANSUH.

Ini tema Pro-ISA:

1Malaysia, Selamatkan Malaysia, Kekalkan ISA dan Pertahankan Hak Keistimewaan Orang Melayu

Apa kena mengena hak istimewa orang Melayu dengan ISA?Kalau mansuh ISA,orang Melayu boleh mati kebulur ke?Kalau mansuh,orang Melayu nanti kena bunuh ramai-ramai ke?

ISA belum dan tak pernah dimansuhkan.Napa ceghdik sangat nak pegi berhimpun mati-matian sokong-ISA???

No comments: