1.Menteri Pelajaran - Muhyiddin Yassin membuat keputusan membatalkan PPSMI.(source BERNAMA)
2.Tetapi ia hanya akan berkuat kuasa sepenuhnya pada tahun 2012.
3.Adakah ini dinamakan motif politik (baca:menarik kembali sokongan rakyat yang menolak dasar PPSMI).Adakah ini strategi baru Muhyiddin?Adakah ini satu cubaan menderhaka Mahathir?
4.Itu semua tak penting.Yang paling penting Muhyidin telah membuat satu keputusan yang terbaik untuk anak cucu saya.
5.Bayangkan sekiranya dasar bodoh ini diteruskan - apakah kita yakin Siti tahu sifir 12 dengan betul?Apakah kita yakin Mamat boleh membuat hipotesis Biologi dengan betul?
6.Selepas ini mesti anak-anak kita akan biasa dengan pendaraban,punca kuasa dua,persenyawaan,habitat,kamiran dan ayat-ayat yang sesuai dengan bahasa ibunda mereka.
7.Yang sangat penting - perjuangan rakyat yang menuntut Dasar PPSMI dihapuskan pada 7 Mac 2008 diterjemahkan dengan keputusan ini.Anda semua adalah pejuang bahasa!
8.Ingat Michael Jackson mati - ingatlah PPSMI yang terhapus.
No comments:
Post a Comment