twitter
    Find out what I'm doing, Follow Me :)

Thursday, October 22, 2009

Kepimpinan PAS wajib dirombak

Pilihanraya Bagan Pinang berakhir dan menjadi titik tolak kebangkitan UMNO untuk bangun.Staus quo tetap milik BN.Dua hari selepas PRK Bagan Pinang,kita menyaksikan perhimpunan agung UMNO,di mana Najib membuat beberapa [s]reform[/s] dalam perlembagaan UMNO.Di situ juga kita dikejutkan dengan kekalahan teruk PAS.Kekalahan pertama di semenanjung untuk edisi By Election.Dengan faktor Doraemon,PAS memang dijangka kalah tapi bukan kalah teruk sehingga terlepas beberapa kotak undi.

Apakah ini tanda UMNO semakin mendapat tempat?Apakah UMNO yang dikatakan bakal karam berjaya timbul semula?Apakah sikap dan peel sesetengah pimpinan PAS dalam beberapa isu menyebabkan undi daripada non Muslim hilang?

Terbaru,Nik Aziz dalam tulisannya menggesa satu Muktamar Khas dibuat sebagaimana EGM MCA.Tak dapat tidak,kalau betul ada Muktamar Khas nama-nama yang dikatakan pro-Muqabalah wajib ditukar.

No comments: