Atas nama pakatan rakyat,agaknya saya mula bosan dengan beberapa siri pergolakan kecil yang berlaku dalam pakatan rakyat.Harapan rakyat Malaysia yang mahu menggantikan rejim lama yang berkuasa 5 dekad lamanya begitu menggunung tinggi.
Bermula dengan coup de tate di Perak,isu unity government,percakaran antara PKR-DAP di Penang,isu kandang babi di Kedah dan yang terakhir pergolakan politik dalaman PKR di Sabah memungkinkan kepercayaan rakyat bawahan mula curiga adakah pakatan rakyat mampu bertahan sehingga PRU13.
Semestinya perkara-perkara begini menjadi peluru hidup yang sedia dimuntahkan dalam media perdana.Kematangan politik perlu diperhebatkan dalam diri setiap ahli politik dalam pakatan.Apa beza UMNO dengan pakatan kalau masing-masing berebut kuasa,gilakan kedudukan,bernafsukan projek?
Ini bukan masa nya untuk menunjukkan siapa hebat,siapa yang pandai bercakap.Ini masanya untuk pakatan bekerja.Tunaikan janji.Tingkatkan prestasi.Mana-mana manifesto sebelum Plihanraya ditunaikan untuk rakyat.Bukaannya bertumbuk di media lawan,menggodam kawan sendiri seperti isu Selcat.
Kalau ini lah keadaannya,jangan terkejut bukannya setakat nak tawan Sabah,nak tawan Bagan Pinang pun tak dapek!
No comments:
Post a Comment