Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim - TIBAI
Itu kata orang TIBAI.Pada aku, Tolak patut diganti dengan TAKUT.Minggu lepas aku turun program tibai.Turun bukan sebab nak cium tangan zahid mat arip.Turun dgn harapan dapat makan bihun sup sama macam aku turun ceramah pakatan.Bukan nak dengar sangat apa anwar cakap.Aku datang nak carik bihun sup bang noor.Tapi hampa,program UMNO mana ada org berjual beli.Kalau ada pun bihun sup tarak.
Berbalik kepada TIBAI.Aku tak pasti apa hala tuju Tibai.Apa yang nak ditibai?Nak dapat sokongan orang melayu?Nak suruh org melayu tibai anwar pakai buluh?Aku tak pasti.Apa halatuju Zahid Mat Arip aku tak tau.Nak jadi Perdana Menteri?Layak ke?Apa kapabiliti dia?Liabiliti UMNO mungkin dan jaga tadika boleh la kot.
Malam itu, penceramah asal seperti berikut:
1.DS Noh Omar, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor,Menteri Kerajaan Persekutuan
2.Zahid Mat Arip, bekas Ketua Pemuda KeAdilan Melaka,bekas naib Ketua Pemuda KeAdilan Nasional, Mursyidul AM TIBAI
3.Datuk Zulkifli Nordin, bekas peguam pembela Anwar Ibrahim,MP bebas Kulim Bandar Baharu,ada jawatan dalam perkasa sila semak dengan Tok Him,orang yang malu mengaku orang UMNO
4.Senator Mohd Ezam - ahli Dewan Negara,bekas Ketua Pemuda Keadilan Nasional (no siri 007 PKN),orang UMNO
Perhatikan empat nama di atas.3/4 memang bekas orang kuat Anwar.NohOmar satu-satu musuh utama sejak Anwar di penjarakan.Ok,maksudnya program mencpai maksud.Nak maki hamun Anwar,nak kutuk Anwar,nak londehkan pekung Anwar,fitnah Anwar.Ok.Objektif dah cukup.
Persoalan penting,UMNO Selangor mendokong TIBAI dengan program Sayangi Selangor.Waris Malaya yang rata-rata dianggotai mat rempit tu aku tak kisah la korang nak anjur kan.Kamu bukan ada kuasa dalam mana-mana badan eksekutif atau legislatif dalam negara.Tapi UMNO Selangor nak lawan Pakatan rakyat Selangor menggunakan platform TIBAI?Begitu lemah UMNO Selangor.Tak mampu berdiri dengan kaki sendiri.Mana ketua pembangkang DUN Datuk Satim Diman?Mana Rahman Palil?Mana pergi Mat Zain?Mana ADUN BN yang lain?Kenapa nak bertenggek dengan Zahid Mat Arip?Kenapa perlu berdempel dengan Ezam?Apa kekuatan kamu?
UMNO Selangor adalah UMNO paling lemah selepas UMNO Kelantan.
Kalau nak tau isi penceramah,boleh buka youtube.Yang pasti aku tak lalu nak taip isi ceramah.Taip panjang-panjang bukan korang baca.
PS:- Zahid tak datang,bini bersalin.Tahniah la zahid.Dalam pada aku mengeji,ada jugak ucapan tahniah pun dah cukup baik.NohOmar pun tak datang ada program.So,misi mencium tangan mursyidul Am gagal.
PS:- Zahid tak datang,bini bersalin.Tahniah la zahid.Dalam pada aku mengeji,ada jugak ucapan tahniah pun dah cukup baik.NohOmar pun tak datang ada program.So,misi mencium tangan mursyidul Am gagal.
No comments:
Post a Comment