twitter
    Find out what I'm doing, Follow Me :)

Sunday, May 27, 2012

Soladiriti Bebaskan Fadzullah



Fadzullah Ab Razak (sumber wikipedia) telah ditahan 2010 atas tuduhan terlibat dengan aktiviti keganasan menurut kamus Amerika Syarikat pimpinan Barack Obama dan Bush sebelum itu.

Fadzullah Abd Razak adalah anak sulung daripada enam orang adik beradik dan merupakan pelajar pintar satu ketika dulu.Graduan kejuruteraan,seorang yang mempunyai kepimpinan yang bagus dan dihormati ketika sekolah.Fadzullah atau Fad adalah manusia biasa seperti kita.Beza nya, dia sedang berada dalam tahanan ISA dan kita sedang enak di rumah bersama keluarga,anak isteri dan kawan kawan.Dua tahun dipisahkan daripada ibu bapa dan adik beradik tanpa bicara adalah sesuatu yg pedih.

Fad sedang meringkuk di penjara.Fad sedang ditahan di bawah undang-undang zalim ISA.Menurut laporan berita tempatan, Menteri Dalam Negeri Hishamudin berkata Fad dan beberapa tahanan ISA yang ditahan sebelum pembentangan  Rang Undang-undang Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012., akan terus ditahan  menurut budi bicara kerajaan.

Sama-sama kita berdoa saudara Fad akan dibebaskan dengan kadar segera.Tunjukkan profile picture di laman sosial anda.Sokong.Please. 

No comments: