twitter
    Find out what I'm doing, Follow Me :)

Monday, May 14, 2012

Tunku Abdul Aziz keluar DAP


Malaysiakini memetik Naib Pengerusi DAP bekas Senator Tunku Abdul Aziz meletak jawatan dalam parti dan keahlian Parti Tindakan Demokratik (Democratic Action Party).

"Saya bukan Katak" jawab beliau ringkas bila dikaitkan dengan khabar angin kemasukan UMNO.

Tuanku Abdul Aziz dilantik pengerusi DAP (sumber Malaysiakini) selepas 5 bulan pakatan menang 5 negeri Mac 2008.

"Tiada wang dalam DAP. Ada yang kata saya dibeli, ada kontrak menunggu. Parti ini disertai kerana prinsip-prinsip asas kita," katanya (sumber Malaysiakini).


Selepas ini mungkin DAP terpaksa bekerja keras bagi menangkis fitnah UMNO dengan isu ini.Ya, DAP perlu susun strategi pancing Melayu (sumber Malaysiakini) untuk menidakkan fitnah TV3 dan Utusan.


Saya pernah sekali terserempak dengan Tuanku di Restoran Sate Kajang Samuri ketika Pilihanraya Negeri Sarawak.Pertama kali mendengar ceramah nya ketika jatuhnya kerajaan pakatan Perak 2009.


More news on:DinMerican blog

No comments: