twitter
    Find out what I'm doing, Follow Me :)

Monday, February 11, 2013

Najib Kandar Beratur

Bukak buletin utama pagi tadi tunjuk Najib makan nasi kandar beratur.Yang aku tau nak ambik makanan kat kedai ni kena beratur dulu mcm dekat kedai mamak lain. Ini konon-konon beratur la.Gambar dari NST


TV3 pagi tadi tunjuk gambar ni.Sumber berita harian

Ini semua poyo.Ini makan nasi kandar hidang.Bukan nasi kandar beratur.Gambar dicedok dari media UMNO NST dan berita harian dengan kredit.

Blogagal

Posting terakhir aku berkaitan dengan Fadzullah yg kena ISA.Sampai orang tu dah kena bebas.Sampai ada orang pertama yang kena tangkap dengan undang-undang baru yang gantikan ISA - SOSMA.Baru aku berblog lagi.

Aku rasa ini antara faktor-faktor aku jarang menulis.Sekarang dah 11 Februari 2013.

1.Pindah rumah

Kalau dulu aku duduk di kota besar Kuala Lumpur.Jarak kerja kira-kira 20km.Balik rumah sempat buka laptop menaip apa yang aku rasa nak taip.Sekarang jarak tenpat kerja kira-kira 50km.Belum kira masa perjalanan pergi dan balik.Keluar gelap,balik dah gelap.Badan dah penat.Tidur kena awal sebab besoknya aku nak kena bangun pagi buta meredah traffic jam. Ini semua salah UMNO BN yang gagal menyediakan rumah mampu milik di Kuala Lumpur untuk orang seperti aku.Jadi terpaksa mencari rumah yang jauh dari pusat bandar/tempat kerja.

2.Internet

Bila beli rumah dulu,ingatkan jalur lebar dekat kawasan yang aku beli tu ada.Beli samsung S2 dengan harapan boleh berinternet. Rupanya signal hanya menunjukkan Edge.Ini pulak aku salahkan penyedia Telco Celcom yang haramjadah.Untung nak lebih.Tapi servis macam cilaka.

3.Twitter/Facebook

Ya, orang sekarang lebih suka twiiter,facebook. Lambat laun blog ni ke laut juga orang tak layan.


Sunday, May 27, 2012

Soladiriti Bebaskan Fadzullah



Fadzullah Ab Razak (sumber wikipedia) telah ditahan 2010 atas tuduhan terlibat dengan aktiviti keganasan menurut kamus Amerika Syarikat pimpinan Barack Obama dan Bush sebelum itu.

Fadzullah Abd Razak adalah anak sulung daripada enam orang adik beradik dan merupakan pelajar pintar satu ketika dulu.Graduan kejuruteraan,seorang yang mempunyai kepimpinan yang bagus dan dihormati ketika sekolah.Fadzullah atau Fad adalah manusia biasa seperti kita.Beza nya, dia sedang berada dalam tahanan ISA dan kita sedang enak di rumah bersama keluarga,anak isteri dan kawan kawan.Dua tahun dipisahkan daripada ibu bapa dan adik beradik tanpa bicara adalah sesuatu yg pedih.

Fad sedang meringkuk di penjara.Fad sedang ditahan di bawah undang-undang zalim ISA.Menurut laporan berita tempatan, Menteri Dalam Negeri Hishamudin berkata Fad dan beberapa tahanan ISA yang ditahan sebelum pembentangan  Rang Undang-undang Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012., akan terus ditahan  menurut budi bicara kerajaan.

Sama-sama kita berdoa saudara Fad akan dibebaskan dengan kadar segera.Tunjukkan profile picture di laman sosial anda.Sokong.Please. 

Monday, May 14, 2012

Tunku Abdul Aziz keluar DAP


Malaysiakini memetik Naib Pengerusi DAP bekas Senator Tunku Abdul Aziz meletak jawatan dalam parti dan keahlian Parti Tindakan Demokratik (Democratic Action Party).

"Saya bukan Katak" jawab beliau ringkas bila dikaitkan dengan khabar angin kemasukan UMNO.

Tuanku Abdul Aziz dilantik pengerusi DAP (sumber Malaysiakini) selepas 5 bulan pakatan menang 5 negeri Mac 2008.

"Tiada wang dalam DAP. Ada yang kata saya dibeli, ada kontrak menunggu. Parti ini disertai kerana prinsip-prinsip asas kita," katanya (sumber Malaysiakini).


Selepas ini mungkin DAP terpaksa bekerja keras bagi menangkis fitnah UMNO dengan isu ini.Ya, DAP perlu susun strategi pancing Melayu (sumber Malaysiakini) untuk menidakkan fitnah TV3 dan Utusan.


Saya pernah sekali terserempak dengan Tuanku di Restoran Sate Kajang Samuri ketika Pilihanraya Negeri Sarawak.Pertama kali mendengar ceramah nya ketika jatuhnya kerajaan pakatan Perak 2009.


More news on:DinMerican blog

Bila Manchester Kalah lagi


Ucapan ringkas dan padat dari pemilik kelab City

Saturday, May 12, 2012

Antara TIBAI dan UMNO Selangor

Click untuk view gambar hadirin program TIBAI Ampang

Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim - TIBAI

Itu kata orang TIBAI.Pada aku, Tolak patut diganti dengan TAKUT.Minggu lepas aku turun program tibai.Turun bukan sebab nak cium tangan zahid mat arip.Turun dgn harapan dapat makan bihun sup sama macam aku turun ceramah pakatan.Bukan nak dengar sangat apa anwar cakap.Aku datang nak carik bihun sup bang noor.Tapi hampa,program UMNO mana ada org berjual beli.Kalau ada pun bihun sup tarak.

Berbalik kepada TIBAI.Aku tak pasti apa hala tuju Tibai.Apa yang nak ditibai?Nak dapat sokongan orang melayu?Nak suruh org melayu tibai anwar pakai buluh?Aku tak pasti.Apa halatuju Zahid Mat Arip aku tak tau.Nak jadi Perdana Menteri?Layak ke?Apa kapabiliti dia?Liabiliti UMNO mungkin dan jaga tadika boleh la kot.

Malam itu, penceramah asal seperti berikut:

1.DS Noh Omar, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor,Menteri Kerajaan Persekutuan
2.Zahid Mat Arip, bekas Ketua Pemuda KeAdilan Melaka,bekas naib Ketua Pemuda KeAdilan Nasional, Mursyidul AM TIBAI
3.Datuk Zulkifli Nordin, bekas peguam pembela Anwar Ibrahim,MP bebas Kulim Bandar Baharu,ada jawatan dalam perkasa sila semak dengan Tok Him,orang yang malu mengaku orang UMNO
4.Senator Mohd Ezam - ahli Dewan Negara,bekas Ketua Pemuda Keadilan Nasional (no siri 007 PKN),orang UMNO

Perhatikan empat nama di atas.3/4 memang bekas orang kuat Anwar.NohOmar satu-satu musuh utama sejak Anwar di penjarakan.Ok,maksudnya program mencpai maksud.Nak maki hamun Anwar,nak kutuk Anwar,nak londehkan pekung Anwar,fitnah Anwar.Ok.Objektif dah cukup.

Persoalan penting,UMNO Selangor mendokong TIBAI dengan program Sayangi Selangor.Waris Malaya yang rata-rata dianggotai mat rempit tu aku tak kisah la korang nak anjur kan.Kamu bukan ada kuasa dalam mana-mana badan eksekutif atau legislatif dalam negara.Tapi UMNO Selangor nak lawan Pakatan rakyat Selangor menggunakan platform TIBAI?Begitu lemah UMNO Selangor.Tak mampu berdiri dengan kaki sendiri.Mana ketua pembangkang DUN Datuk Satim Diman?Mana Rahman Palil?Mana pergi Mat Zain?Mana ADUN BN yang lain?Kenapa nak bertenggek dengan Zahid Mat Arip?Kenapa perlu berdempel dengan Ezam?Apa kekuatan kamu?

UMNO Selangor adalah UMNO paling lemah selepas UMNO Kelantan.

Kalau nak tau isi penceramah,boleh buka youtube.Yang pasti aku tak lalu nak taip isi ceramah.Taip panjang-panjang bukan korang baca.

PS:- Zahid tak datang,bini bersalin.Tahniah la zahid.Dalam pada aku mengeji,ada jugak ucapan tahniah pun dah cukup baik.NohOmar pun tak datang ada program.So,misi mencium tangan mursyidul Am gagal.

Sunday, April 15, 2012

MP Temerloh akui Presiden PAS sumber inspirasi beliau

Nah! Ahli Majlis Tertinggi UMNO Saifuddin Abdullah mengakui Tuan Guru DS Haji Hadi Awang sebagai Tokoh inspiratif beliau dalam Pakatan.

Soalan ini diajukan oleh saya dalam #AskSaifuddin anjuran @StariPad



Monday, April 2, 2012

Syria - Ringkasan ceramah Sheikh Samir Saqqa & Ustaz Nazmi Karim

-Patung Hafez al-Assad dibina begitu banyak di Syria
-Tiada ulamak berani mengeluarkan hukum atas salah laku keluarga al-assad
-Sempadan negeri di Syria dibezakan dgn patung-patung al-assad
-Hafez al-Assad 30 thn memerintah syria
-Bunuh ulamak dan mati tahun 2000
-Anaknya 3 orang - sulung mati kemalangan, bassar anak kedua
-Mengikut perlembagaan syria, Presiden mesti berumur 40thn. Bassar meminda perlembagaan utk membolehkan dia menjadi presiden ketika berumur 34thn
-95% rakyat syria adalah SB.Hubungan antara keluarga tidak menghalang mereka untuk menjadi spy kepada bassar
- Ketika hafez menjadi presiden, 60 000 rakyat syria dibunuh
- Bassar melatih rakyat yg taat dgn nya dibela dari kecil dan diberi makan minum.Buta huruf.Kerjanya menyiksa mana-mana rakyat yg lawan kerajaan.Merogol perempuan.Mereka serba serbi hitam.Digelar mafia bassar.
-Askar mengatakan bassar sebagai tuhan untuk syria.Mereka kata Allah telah gantikan Bassar di tempat Allah.Ini murtad.
-Bagaimana bukit golan ditakluk israel di zaman hafez dan anwar sadat di mesir.Negara arab,US dan Israel berkomplot.US membayar 1juta USD kepada Hafez al assad laknatullah untuk sebagai galang ganti bukit golan.
-Damsyik adalah kota tertua di dunia
-Tempat lahir Imam Nawawi,tempat lahir dan matinya khalid al-walid,kubur salahuddin al-ayyubi ada di damsyik.
-Khalid al-walid dilahirkan di Damsyik dan mempunyai 40 org anak.
-Sejarah kebangkitan rakyat Syria:
-Di bandar da'a. Di sebuah sekolah, mereka dipertontonkan dgn video kebangkitan arab spring.Mereka melihat tulisan-tulisan dinding - jatuhkan kerajaan.
-Bila mereka melihat - mereka menulis kembali apa yg mereka lihat ke dinding.
-Rejim bassar mengetahui, mengerah askar ke sekolah tersebut. Kanak-kanak ditangkap,dipenjara,disiat kulit dan kuku.Didera.
-Keluarga mereka dtg menuntut pembelaan.Rejim mengatakan ,kalau kamu mau anak kamu, bagi isteri kamu untuk diberanakkan.
-Lantas demo diadakan di da'a.Keluarga kanak-kanak yg terlibat ditangkap dan disembelih.
-Bila rakyat tau, demo besar-besaran bermula.


Monday, February 27, 2012

Dr Badrul Amin

Kisah hangat menimpa PKR khas PKR Selangor.Di saat rakyat berlawan dengan UMNO.Di saat rakyat Kuantan khasnya berlawan dengan Lynas berita tuduhan khalwat menimpa si mangsa benar mengejutkan.Sedikit sebanyak reputasi PR,reputasi lebai dalam PKR dan PAS terjejas walaupun berita ini tidak boleh 100% disahkan benar khalwat telah berlaku.

Apa pun tuduhan,salah atau betul Badrul Amin perlu membuat penafian sekeras-kerasnya.Kalau betul perangkap UMNO,tak pelik.Itu memang kerja UMNO.

Dan kalau betul kesalahan itu sabit,dibawak ke mahkamah sabit, maka wajar PKR melucutkan keanggotaan beliau dalam parti.

Untuk rekod beliau pernah bertanding kerusi parlimen Sabak Bernam.

Monday, February 13, 2012

Post 2012

Sedar tak sedar,

Dua purnama bersamaan dua tahun aku tak ber-blog.Ah,makin hari makin malas.

Orang pun dah malas baca panjang-panjang pasal politik.Hari-hari terhidang dengan cerita politik.Blog yang aku asaskan 2008 memang nak cerita pasal politik semata.

Tapi aku perlukan transformasi,reformasi,perubahan,transisi dalam menulis.Aku akan terus menulis apa pun yang aku suka.

Saturday, December 24, 2011

Khir Toyo bersalah


Berita lambat

Selalu kalau ada berita hangat pasal Wak Khir,aku akan tulis dalam ni.Walaupun lambat aku akan tetap tulis pasal bekas MB yang pernah mengatakan akan menjadikan Selangor negeri pembangkang sifar ketika zaman BN berkuasa di Selangor.

Memetik berita dan gambar ehsan Malaysiakini:

"Mahkamah menjatuhkan hukuman 12 bulan penjara berkuatkuasa hari ini, serta memerintahkan harta terbabit dilucuthak kepada kerajaan Malaysia.

Hukuman penjara itu dibuat mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan berkuat kuasa mulai hari.

Perintah melucuthak harta tersebut pula dibuat mengikut Seksyen 36(1) Akta Pencegahan Rasuah Malaysia 1997."


Monday, November 28, 2011

Ikhwanul Muslimin dan parti agama

"If you want to know what principles guide our party let me tell you - the principles of the Islamic Sharia law and they are included in the Egyptian Constitution. Our party is not a religious party but it's a civil party... that seeks a modern and democratic state but with a 'Islamic reference'. We see the principles of Islamic Sharia as the framework that governs us when we enact laws. We are not against any different reference as long as it does not conflict with our constitution. The important point is not to have parties based on religion and not to have parties with military wings to achieve any goals.

Sometimes we have viewpoints similar to those of the military, and sometimes we both go in different directions. We support the right to demonstrate and the right to express yourself and your anger, but we are definitely against destruction and sabotage, we are against storming embassies regardless of our vision towards Israel … this is a different story.

We need to move quickly into a democratic state, to establish stable institutions and authorities and to put an end to this interim era in which the military is protecting or guarding the revolution because we all know that the country should be governed by an elected civil body and the army should go back to their barracks. This will ensure a balance of power between various authorities."


Mohamed Saad Katatni, secretary general of the Muslim Brotherhood

Pilihanraya Mesir


Hari ini pilihanraya Mesir.Kalau dulu tak kurang 30 simbol atau parti bertanding di zaman Mubarak.Tapi Kini tak kurang 250 simbol digunakan parti bertanding yang antaranya simbol hampagas.Henpon daun aku pun ada beb.Sila layan..















Sumber : Guardian

Sunday, October 9, 2011

Mat Bond

Maaf gua tak ada camera, so tak ada gambar.

Gua baru makan nasi beriani mat bond.Orang cakap sedap jadi gua pun layan.Ambik beriani gam ayam merah.

Untuk 3 orang makan berharga RM35.Satu hidang RM7.Gua tak rasa harga ni boleh dapat kat Bukit Bintang.Gambar karang2 kalau gua beli camera gua beli.

Wednesday, August 31, 2011

Alfatihah Datuk Dr Hassan Ahmad


gambae ehsan:Ajijoi

Seorang pejuang bahasa
seorang tokoh bahasa
seorang pejuang PPSMI
beliau mengepalai gerakan PPSMI
telah pergi menghadap ilahi...

Datuk Dr hassan ahmad

Alfatihah...

Tuesday, August 30, 2011

Hujah lawan Hujah

Ahli Parlimen Hulu Langat (PAS) Dr Che Rosli Che Mat menggemparkan semangat muafakat pakatan rakyat terutama antara PAS-PKR.

Aku tak suka benda macam ni ketika mana UMNO ditentang.Ketika mana UMNO mesti dihumbankan.Tapi ia berlaku ketika rakyat Pahang melawan projek Lynas.Tiba-tiba muncul susuk bernama pakar nuklear ini, membidas Fuziah Salleh,PKR,Harakah termasuk rakan-rakan dalam PAS Pahang.

Dr Che Rosli mesti bertanggungjawab.Kalau mau berhujah, jangan gunakan media fitnah TV3.Hujah lah dalam bahasa yang sopan di belakang UMNO dan bukan di depan UMNO!

Syawal 1432H 2011

Selamat hari raya aidilfitri buat umat islam di Malaysia dan seluruh dunia.Eid mubarak to all muslemen all around the world.

Kullu Amin Wa antum bil Khair.

Tahun ni aku raya AWAY.Main kat away ni,suasana dia lain macam sikit.Tak ada bara'aan.New envi tapi tetap jawa.Jawa tetap jawa.Pasti ada lontong.

Notakecil:Tidak lupa untuk penyokong pakatan rakyat.Penyokong UMNO.DS Najib,Rosmah Mansur.Tahun ni makan le ketupat banyak-banyak.Insha allah ini syawal terakhir kamu wahai UMNO.

Ucapan raya dari Boulahrouz

RT @ khalid boulahrouz

Monday, August 29, 2011

Arsenal kami berdiri

berita gembira:Esok hari raya

berita sedih:Arsenal tewas delapan bijik berbalas dua nentang setan merah di trafford tua.gampang

berita gembira lain:Arsenal ladies menang 3-1 menentang liverpool untuk menjulang trofi FA Women Super League buat pertama kali

Friday, August 26, 2011

UCL 2011/2012

Arsenal diletakkan dalam Grup F bersama:

Olympiakos
Dortmund
Lille