twitter
    Find out what I'm doing, Follow Me :)

Wednesday, April 8, 2009

Si Tua Nyanyuk

1.Esok PM Malaysia ke-6 akan membariskan kabinet baru.

2.Esok juga mungkin dalam sejarah, Ketua Pemuda UMNO yang baru tidak akan dapat apa-apa jawatan dalam kabinet.

3.Itu antara syarat yang diminta Maddey sekiranya Maddey masuk parti rasuah.Tulisan Maddey yang terbaru,menampakkan ada syarat yang perlu Najib penuhi sekiranya taknak Maddey keluar lagi parti rasuah.

Dari Blog Maddey

4. Ini tidak bermakna saya terima amalan rasuah dalam UMNO. Rasuah mesti dihapuskan. Saya berpendapat Dato Seri Najib Tun Razak lebih mungkin berusaha menghapuskan rasuah daripada Abdullah. Saya percaya dia tidak akan pilih perasuah yang terkenal dan diketahui umum seperti Khairy dan beberapa lagi sebagai Menteri atau anggota Kerajaan.

13. Oleh kerana sebab-sebab ini saya berpendapat Najib akan cuba bersihkan parti dan Kerajaan daripada rasuah dan perasuah. Tanda-tanda ini akan diperlihat apabila beliau menubuh Kabinetnya pada 8 April, iaitu esok. Walaupun Abdullah tidak lagi memimpin UMNO, jika ternampak kuasanya keatas UMNO masih ada, saya akan anggap syarat saya tidak dipenuhi.

4.Apakah benar si tua ini sudah nyanyuk??

Tuesday, April 7, 2009

BN hanya dapat batang

Tahniah untuk PAS,Nizar dan Pakatan Rakyat.

Kalau dah 2-1 nak kata apa lagi.Masih nak kata pengundi undi PR sebab tak suka Pak Lah??

Pengundi pangkah PR sebab tak suka Najib.Yang ni baru betul.Betul betul betul.

Terkini Pilihanraya Kecil Dua Bukit dan Satu Batang

Report and Pic Credit to The Malaysian Insider and Malaysiakini

Bukit Gantang




RASMI!!
PAS menang kerusi Bukit Gantang dengan Majoriti 2,789.

Peningkatan majoriti sebanyak 1,223 undi.

Mohd Jamaluddin Nizar (PAS) 21,860
Ismail Saffian (BN-Umno) 19,071
Kamarul Ramizu Idris (Ind) 62

845pm

Abang songkok tinggi Pekida menambah 5 lagi undi.Mungkin kawan-kawan masa carik burung masa kecik-kecik dulu.Pas 20,021; BN 17,076; Bebas 56; Undi rosak 318. Majoriti 2,945.

837pm

Dengan pengiraan undi berjumlah 83%,Nizar semakin menghampiri garis penamat.Mail Pian kehabisan minyak di Tol Ipoh Selatan.PAS 18,881, BN 15,859, Bebas 51. Majoriti 3,022.

825pm
Nampaknya Nizar semakin laju membiarkan mail tercungap-cungap. PAS 18,275, BN 15,101, Bebas 47. Majoriti 3,174.

Ada lagi 8ribu kertas undi yang belum dikira.


820pm

Nizar memecut lagi.PAS 17,427, BN 15,001, Bebas 46. Majoriti 2,426.

815pm

Nizar mendahului Mail Pian.PAS 16,316, BN 14,061, Bebas 40. Majoriti 2,255.

740pm





Bukit Selambau

RASMI!!!



1010pm

Setakat jam ini,ada percanggahan fakta.Malaysiakini melaporkan pengiraan undi selesai dengan 22 kotak undi telah dikira dan PKR menang.Dalam Astro Awani menyebut ada lagi 16 kotak belum dikira.Pelik!Setau aku Mat Ezam ada 6 kotak sahaja.Mana datang lagi 10 kotak lagi??

858pm

Keputusan TAK RASMI.PKR mengekalkan kerusi Bukit Selambau dengan Majoriti 2,396.Meningkat sebanyak 34 undi.Parti kapal terbang,parti payung,parti kunci,parti ayam kalah teruk.

850pm

Ada baki 1 kotak belum dikira sebab kotak itu masih di tangan Mat Kotak Ezam.Dari awal pengiraan undi,S Manikumar mendahului 14 calon yang lain.Tanpa dipotong.PKR mendahului.Majoriti 2,092.

810pm

PKR mendahului 2,311 undi.Ada 5 kotak lagi belum dikira.1 kotak peti hilang dipercayai dicurik Badut Pilihanraya - Mat Kotak.

750 pm

Bukit Selambau PKR mendahului 1,294 majoriti.Dipercayai ramai calon bebas akan melelong seluar dalam masing-masing sebab kehilangan deposit.Ada 7 kotak lagi yang belum dikira tak termasuk 6 kotak Mat Ezam.

RASMI!!! Batang Ai kekal di tangan BN.


750pm

Batang Ai kekal stim di tangan BN dengan majoriti 1,854.

Anwaribrahimdotcom Blog DS Anwar Ibrahim??

Dalam laporan sampah RTM,saya sempat melihat berita RTM yang menayangkan ucapan Anwar Ibrahim semasa menjadi Timbalan Perdana Menteri Malaysia tahun 1995.Apa relevan ucapan Anwar 14tahun lepas ketika mana masa itu dia memang benar-benar totok UMNO??

Dalam berita sampah RTM,berita itu turut memuatkan video Nga Kor Ming - Setiausaha DAP Perak yang membaca ayat al-Quran.RTM turut menyatakan "Video Nga Kor Ming itu turut disiarkan dalam blog DS Anwar dalam anwaribrahimdotcom.blogspot.com".

Setau saya blog di atas adalah blog anti anwar dan bukan blog Anwar Ibrahim.

Untuk hukum Nga Kor Ming membaca ayat al-Quran saya serahkan kepada mereka yang alim.

Monday, April 6, 2009

Rayuan Terakhir Calon P059 Bukit Gantang

Diambil dari Facebook DS Ir. Nizar Jamaluddin:

Asalamu'alaikum dan salam sejahtera

Setelah selamat hari penamaan calun , maka petugas telah membantu untuk saya menjelajah keseluruh pelusuk dan kawasan parlimen P059 Bukit Gantang.

Saya dapat melihat sendiri keadaan serta suasana kehidupan rakyat. Walaupun terpaksa berhadapan berbagai rintangan dan tohmahan serta tekanan, namun semuanya dapat dihadapi dengan tenang dan penuh kesabaran.

Selaku calun, saya mahu mengambil kesempatan melalui blog ini bagi memohon keampunan dan kemaafan dari seluruh pengundi, warga bkt gantang, petugas parti termasuk sahabat dan kenalan serta petugas dari umno-bn yang datang dari seluruh pelusuk tanah air, jika sekiranya ada dan wujud disepanjang kempen dan kehadiran saya dimana -mana majlis ceramah, kematian, tahlil, perkahwinan dan apa jua, saya menyentuh perasaan atau mengguris hati , maka saya merayu dan memohon untuk dimaafkan serta diampunkan kesemua kesilapan dan kesalahan saya. Jauh dilubuk hati saya tidak berniat negatif dan jahat, namun di sebaliknya hanya sekadar mengenengahkan haq dan kebenaran dan mengembalikan kestabilan politik di Perak dan Malaysia.

Kepada pimpinan Pakatan Rakyat peringkat negeri dan pusat terima kasih atas kepercayaan mencalunkan saya bagi mewakili Pakatan Rakyat dari PAS.

Kepada semua pengundi di Bkt Gantang, Bkt Selambau dan Btg Ai, selamat mengundi dan undilah Pakatan Rakyat. UNDILAH PAS UNTUK SEMUA. VOTE FOR PAS.

Kepada semua petugas parti PAS, DAP dan PKR, terima kasih tidak terhingga. Kepada Bloggers dan media, NGO tempatan dan luar negara, anggota keselamatan Pois dan perisik, terima kasih banyak-banyak! kepada semua penyumbang derma dan tenaga serta masa, selamat berjuang.

Kepada warga Bukit Gantang , selamat mengundi PAS.

Hidup Rakyat dan Wasalam

Penat Bercuti

Saya baru pulang dari Langkawi.Melawat pulau yang dibangunkan oleh Maddey satu masa dulu.Sebut Langkawi - orang akan teringat susuk tubuh orang tua ini.

3 hari di sana,cukup satu pulau saya pusing.Cuma ada beberapa tempat yang saya tak dapat pergi macam Galeria Perdana dan Friendly Farms - tempat memproses mozarella cheese.Maddey ada menyebut hal mozarella cheese dalam blog nya.

Untuk terakhir kali nya,saya memuji susuk tubuh bernama Mahathir Mohammad sebab berjaya membangunkan Langkawi sebagai salah satu destinasi menarik yang wajib kita pergi.Selepas ini,susuk tubuh bernama Mahathir Mohammad akan kembali dibenci oleh saya sebab menganggotai semula parti yang rasuah.

"Saya rasa diri saya akan tercemar jika saya berada dalam majlis yang disertai oleh orang yang mendukung amalan rasuah."
Mahathir Mohammad Blog 27 Mar 2009

Thursday, April 2, 2009

Langkawi

Saya bercuti 3D2N ke langkawi bersama kawan-kawan.Menghilangkan penat semak asap kelabu KL.

Selamat Berkempen untuk calon-calon 2 bukit dan satu batang!!