twitter
    Find out what I'm doing, Follow Me :)

Tuesday, April 7, 2009

Terkini Pilihanraya Kecil Dua Bukit dan Satu Batang

Report and Pic Credit to The Malaysian Insider and Malaysiakini

Bukit Gantang




RASMI!!
PAS menang kerusi Bukit Gantang dengan Majoriti 2,789.

Peningkatan majoriti sebanyak 1,223 undi.

Mohd Jamaluddin Nizar (PAS) 21,860
Ismail Saffian (BN-Umno) 19,071
Kamarul Ramizu Idris (Ind) 62

845pm

Abang songkok tinggi Pekida menambah 5 lagi undi.Mungkin kawan-kawan masa carik burung masa kecik-kecik dulu.Pas 20,021; BN 17,076; Bebas 56; Undi rosak 318. Majoriti 2,945.

837pm

Dengan pengiraan undi berjumlah 83%,Nizar semakin menghampiri garis penamat.Mail Pian kehabisan minyak di Tol Ipoh Selatan.PAS 18,881, BN 15,859, Bebas 51. Majoriti 3,022.

825pm
Nampaknya Nizar semakin laju membiarkan mail tercungap-cungap. PAS 18,275, BN 15,101, Bebas 47. Majoriti 3,174.

Ada lagi 8ribu kertas undi yang belum dikira.


820pm

Nizar memecut lagi.PAS 17,427, BN 15,001, Bebas 46. Majoriti 2,426.

815pm

Nizar mendahului Mail Pian.PAS 16,316, BN 14,061, Bebas 40. Majoriti 2,255.

740pm





Bukit Selambau

RASMI!!!



1010pm

Setakat jam ini,ada percanggahan fakta.Malaysiakini melaporkan pengiraan undi selesai dengan 22 kotak undi telah dikira dan PKR menang.Dalam Astro Awani menyebut ada lagi 16 kotak belum dikira.Pelik!Setau aku Mat Ezam ada 6 kotak sahaja.Mana datang lagi 10 kotak lagi??

858pm

Keputusan TAK RASMI.PKR mengekalkan kerusi Bukit Selambau dengan Majoriti 2,396.Meningkat sebanyak 34 undi.Parti kapal terbang,parti payung,parti kunci,parti ayam kalah teruk.

850pm

Ada baki 1 kotak belum dikira sebab kotak itu masih di tangan Mat Kotak Ezam.Dari awal pengiraan undi,S Manikumar mendahului 14 calon yang lain.Tanpa dipotong.PKR mendahului.Majoriti 2,092.

810pm

PKR mendahului 2,311 undi.Ada 5 kotak lagi belum dikira.1 kotak peti hilang dipercayai dicurik Badut Pilihanraya - Mat Kotak.

750 pm

Bukit Selambau PKR mendahului 1,294 majoriti.Dipercayai ramai calon bebas akan melelong seluar dalam masing-masing sebab kehilangan deposit.Ada 7 kotak lagi yang belum dikira tak termasuk 6 kotak Mat Ezam.

RASMI!!! Batang Ai kekal di tangan BN.


750pm

Batang Ai kekal stim di tangan BN dengan majoriti 1,854.

No comments: