twitter
    Find out what I'm doing, Follow Me :)

Monday, April 13, 2009

Analisis PRK Bukit Gantang - DUN Trong

Data di bawah diambil dari salah satu forum



Jelas.DUN Trong menunjukkan peningkatan undi sebanyak 36% untuk peti BN.Isu derhaka berjaya dimainkan dengan baik dan mempengaruhi pengundi untuk mengatakan memang betul Nizar penderhaka.

Sesuatu perlu dilakukan oleh untuk memberi kefahaman,kesedaran kepada rakyat marhaen di DUN Trong.Bukan orang kampung suka sangat dengan BN.Tapi mereka telah digula-gulakan dengan macam-macam nikmat BN - jalanraya,lampu jalan,balai raya,tadika kemas,bantuan baja.Hasilnya selama 50 tahun BN memerintah, tanda terima kasih orang kampung memangkah parti rasuah.

Satu tanda yang buat kemusykilan,macam mana undi di Pasir Hitam menunjukkan pola pengundian yang agak baik untuk BN.Sedangkan di sana pengundi majoriti adalah Cina.Rupanya orang Cina di situ masih terhutang budi dengan BN.Cina di Kuala Sepetang je yang tak berterima kasih dengan BN.Ini bukan saya yang kata.Timbalan PM yang baru kata orang Cina langsung tak terima kasih dengan BN.Klik Di Sini.Wah.BN ni siapa??Setau aku yang tak ngaji sampai madrasah tinggi,bersyukur layak untuk Allah je.

Saya hanya meminta satu.Kepada orang-orang kuat parti yang mahu menang PRU akan datang.Tolong gerakkan kerja yang lebih kuat untuk pengundi Melayu di kampung-kampung.Semangat perkauman mereka masih tebal.Selagi politik perkauman sempit diamalkan,selagi itu BN kekal berkuasa.

No comments: