twitter
    Find out what I'm doing, Follow Me :)

Wednesday, April 15, 2009

Terengganu le ning

1.Bila Tuanku Sultan menerajang keluar Idris Jusoh dari kerusi empuk MB - ramai lah orang-orang yang marah.Dalam ramai-ramai tu pasti semuanya ada kepentingan.

2.Baik kepentingan keluarga.Ada talian darah dengan Deris Jusoh,pernah satu katil dengan Deris Jusoh,bersepupukan bekas MB itu atau lain-lain kepentingan.

3.Kepentingan yang lebih utama bila projek tak masyuuuk.Kuasa ilek.Soru pun miss.

4.Tak pelik kalau kuasa hilang - adalah umat yang menaikkan sepanduk "kami mau Deris Natang".Mereka kata itu tak derhaka.

5.Akhirnya Mat Said yang agak kurang hensem dari Deris Jusoh naik jadi ketua negeri.Dipilih istana jadi tonggak kerajaan Terengganu.

6.Rupanya dendam Deris bersambung selepas turunnya Pak Lah dari takhta kerajaan.

7.Deris Jusoh sebagai pengarah - Rosol Wahid sebagai pelakon utama menggerakkan watak-watak nakal dalam UMNO Terengganu cuba membuat satu lagi "penderhakan suci" versi UMNO.

8.Sepuluh orang ADUN BN di DUN Terengganu memboikot DUN memeriahkan lagi cerita politik pasca PRU12,PRK Permatang Pauh,Kuala Terengganu,Bukit Gantang,Bukit Selambau dan Batang Ai.

9.Biarkan mereka berebut duit Royalti.Klik di Sini.

No comments: