twitter
    Find out what I'm doing, Follow Me :)

Sunday, April 19, 2009

Bila kuli jadi bos

1.Politik Perak nampak tiada kesudahan.Yang jadi mangsa adalah Pak Ayob yang jual nasi lemak tepi jalan,Sany yang bawak bom tambang kat Hutan Melintang,Mak Munah yang buat ikan pekasam lenggong,seorang apek yang bawak teksi kat pekan mambang di awan.

2.Gesaan,desakan,rungutan,unjuk rasa langsung tidak dipedulikan.Bila SU Agung PAS kata suasana di Thailand akan berlaku di Perak - tiba-tiba bendahara mamak dari Pangkor membidas.

3.Orang ini secara istimewa dapat gelaran Dato Seri.Tahniah MB haramjadah.Teh tarik satu!!

4.Hari ini, Dollah Antong lebih berkuasa dari speaker.Seorang kerani DUN berlagak bagai bos segala bos.

5.Hari bersidang diumum 7 Mei - 6 hari sebelum tamat tempoh 6 bulan berturut-turut DUN Perak tidak bersidang.

6. Dan sekiranya DUN tidak bersidang, DUN secara automatik akan bubar.Lalu digunakan seorang kerani yang memandai-mandai menongkah kuasa speaker DUN.

7.Hasilnya sekali lagi Dollah Antong digantung tugas.Padan muka!!

No comments: