twitter
    Find out what I'm doing, Follow Me :)

Monday, April 20, 2009

Elizabeth Wong masuk PAS

Hot!!!Hot!!!Hot!!!

SMS yang baru saya terima - ADUN Bukit Lanjan yang sensasi dan kontroversi dikhabarkan masuk PAS.

Berita ini benar-benar mengejutkan pimpinan PKR pusat.Selang beberapa hari selepas penerimaan kerajaan negeri Selangor terhadap Eli Wong - hari ini Eli Wong masuk PAS.Sebagai bukti sila lihat gambar di bawah.


Gambar ehsan Idhamlim

Berita lanjut sila baca dalam Eli Kunjungi Nik Aziz

Sunday, April 19, 2009

Bila kuli jadi bos

1.Politik Perak nampak tiada kesudahan.Yang jadi mangsa adalah Pak Ayob yang jual nasi lemak tepi jalan,Sany yang bawak bom tambang kat Hutan Melintang,Mak Munah yang buat ikan pekasam lenggong,seorang apek yang bawak teksi kat pekan mambang di awan.

2.Gesaan,desakan,rungutan,unjuk rasa langsung tidak dipedulikan.Bila SU Agung PAS kata suasana di Thailand akan berlaku di Perak - tiba-tiba bendahara mamak dari Pangkor membidas.

3.Orang ini secara istimewa dapat gelaran Dato Seri.Tahniah MB haramjadah.Teh tarik satu!!

4.Hari ini, Dollah Antong lebih berkuasa dari speaker.Seorang kerani DUN berlagak bagai bos segala bos.

5.Hari bersidang diumum 7 Mei - 6 hari sebelum tamat tempoh 6 bulan berturut-turut DUN Perak tidak bersidang.

6. Dan sekiranya DUN tidak bersidang, DUN secara automatik akan bubar.Lalu digunakan seorang kerani yang memandai-mandai menongkah kuasa speaker DUN.

7.Hasilnya sekali lagi Dollah Antong digantung tugas.Padan muka!!

Jangan membazir - buat pengundi DUN Penanti

1.Gelihati.Cukup gelihati.Seorang PM yang baru naik jadi PM,angkat bendera putih tak nak bertanding Pilihanraya.

2.Sejak bila parti karat yang dah lama menimbang-nimbang dacing mengaku kalah??

3.Untuk mengelak cakap-cakap orang,dia kata kalau masuk bertanding pilihanraya DUN Penanti - akan membazir duit rakyat.Dia salahkan pihak lawan.Dia kata itu mainan politik pembangkang.

4.Kong kali kong.Terbongkar cerita rupanya selama lebih berpuluh-puluh pilihanraya termasuk pilihanraya kecil, BN menggunakan taxpayer money untuk kempen BN ( tidak termasuk kos langsung etc Polis,SPR).

5.Bini Rosmah kata jangan membazir.Beli kapal selam tak pa!!Shopping kat Harrods takpa!!

Wednesday, April 15, 2009

Terengganu le ning

1.Bila Tuanku Sultan menerajang keluar Idris Jusoh dari kerusi empuk MB - ramai lah orang-orang yang marah.Dalam ramai-ramai tu pasti semuanya ada kepentingan.

2.Baik kepentingan keluarga.Ada talian darah dengan Deris Jusoh,pernah satu katil dengan Deris Jusoh,bersepupukan bekas MB itu atau lain-lain kepentingan.

3.Kepentingan yang lebih utama bila projek tak masyuuuk.Kuasa ilek.Soru pun miss.

4.Tak pelik kalau kuasa hilang - adalah umat yang menaikkan sepanduk "kami mau Deris Natang".Mereka kata itu tak derhaka.

5.Akhirnya Mat Said yang agak kurang hensem dari Deris Jusoh naik jadi ketua negeri.Dipilih istana jadi tonggak kerajaan Terengganu.

6.Rupanya dendam Deris bersambung selepas turunnya Pak Lah dari takhta kerajaan.

7.Deris Jusoh sebagai pengarah - Rosol Wahid sebagai pelakon utama menggerakkan watak-watak nakal dalam UMNO Terengganu cuba membuat satu lagi "penderhakan suci" versi UMNO.

8.Sepuluh orang ADUN BN di DUN Terengganu memboikot DUN memeriahkan lagi cerita politik pasca PRU12,PRK Permatang Pauh,Kuala Terengganu,Bukit Gantang,Bukit Selambau dan Batang Ai.

9.Biarkan mereka berebut duit Royalti.Klik di Sini.

Carlsberg:Part of Melayu

Bila saya terbaca satu blog dari Tulang Besi - ternyata benar apa yang di kato.3 orang Melayu dilantik menjadi BOD dalam Carlsberg Malaysia.Sila Klik Di Sini.

Laporan Reuters juga ada menyebut.Klik Di Sini.

Bila kita sebut Melayu.Akan terkait lah Melayu dengan Islam.Bila teringat Melayu,kita akan terbayang seorang Melayu itu pasti boleh mengucap kalimah tauhid.Itu tanggapan umum masyarakat.Saya ada pengalaman bagaimana seorang kristian (baca:orang India) bertanyakan hal solat dengan saya.Dia kata kenapa orang Melayu mesti solat.Saya betulkan statement dia - orang Melayu tak wajib solat.Yang diwajibkan solat orang Islam.Nah.Itu tanggapan biasa.

Soalnya siapa yang merestui 3 orang Melayu masuk dalam BOD Carlsberg??Bersyukurlah orang Negeri 9 tidak beraja kan Tunku Naquiyuddin.Sembah derhaka!!

Monday, April 13, 2009

Analisis PRK Bukit Gantang - DUN Trong

Data di bawah diambil dari salah satu forum



Jelas.DUN Trong menunjukkan peningkatan undi sebanyak 36% untuk peti BN.Isu derhaka berjaya dimainkan dengan baik dan mempengaruhi pengundi untuk mengatakan memang betul Nizar penderhaka.

Sesuatu perlu dilakukan oleh untuk memberi kefahaman,kesedaran kepada rakyat marhaen di DUN Trong.Bukan orang kampung suka sangat dengan BN.Tapi mereka telah digula-gulakan dengan macam-macam nikmat BN - jalanraya,lampu jalan,balai raya,tadika kemas,bantuan baja.Hasilnya selama 50 tahun BN memerintah, tanda terima kasih orang kampung memangkah parti rasuah.

Satu tanda yang buat kemusykilan,macam mana undi di Pasir Hitam menunjukkan pola pengundian yang agak baik untuk BN.Sedangkan di sana pengundi majoriti adalah Cina.Rupanya orang Cina di situ masih terhutang budi dengan BN.Cina di Kuala Sepetang je yang tak berterima kasih dengan BN.Ini bukan saya yang kata.Timbalan PM yang baru kata orang Cina langsung tak terima kasih dengan BN.Klik Di Sini.Wah.BN ni siapa??Setau aku yang tak ngaji sampai madrasah tinggi,bersyukur layak untuk Allah je.

Saya hanya meminta satu.Kepada orang-orang kuat parti yang mahu menang PRU akan datang.Tolong gerakkan kerja yang lebih kuat untuk pengundi Melayu di kampung-kampung.Semangat perkauman mereka masih tebal.Selagi politik perkauman sempit diamalkan,selagi itu BN kekal berkuasa.

Wednesday, April 8, 2009

Semalam kecoh,Malam ni Diam

Bila saya on TV malam ni.Tajuk utama berita bukan nya keputusan PRK Di dua bukit & Satu Batang.Tajuk utama bas masuk parit,lembu mati eksiden,babi menang lumba lari dan berita-berita yang tak patut jadi berita utama.

Cerita Malcom Mussen Lamoh menang di Batang Ai pun tak jadi hot.Diandaikan Nizar kalah,PKR kalah - tentu TV pengampu BN menayangkan berita itu berulang-ulang.Semua nak cakap.Semua nak puji.BN dapat mandat rakyat,UMNO kembali diterima rakyat,Najib bawak harapan baru,Mahathir membakar semangat UMNO - itu kata-kata Pak Bodek dan Mak Bodek.

Dulu liabiliti UMNO adalah Pak Lah & family.Sekarang liabiliti UMNO adalah Si Tua Nyanyuk yang balik kandang rasuah....puiiiii