Azamin Amin Wed | Apr 23, 08 | 9:16:44 am MYT | |
KUALA LUMPUR, 23 April (Hrkh) - Penulis, aktivis dan penganalisis politik serta blogger, Rustam Abdullah Sani telah kembali ke Rahmatullah jam 2:30 pagi tadi dalam usia 63 tahun. Demikian sistem pesanan ringkas (sms) yang dimajukan oleh Timbalan Presiden KeADILan Dr Syed Husin Ali kepada Harakahdaily sebentar tadi. |
Dalam pada itu menurut suara-ummah.blogspot.com yang turut menyiar berita pemergiaan Allahyarham menyatakan beliau meninggal dunia setelah terkena serangan jantung dan menurut anaknya, Ariani doktor juga mengesahkan bapanya mengalami paru-paru berair.
Allahyaraham difahamkan sedang dalam persiapan untuk pelancaran dua buku barunya; Faile Nation? Concerns of Malaysian Nastionalist dan Social Roots of The Malay Left, oleh Anwar Ibrahim yang bakal berlangsung pada 26 April, Sabtu jam 3:00 petang di Di Dewan Seminar Perpustakaan Raja Tun Uda, di Shah Alam.
Allahyarham juga merupakan seorang kolumnis dalam akhbar Siasah yang muncul setiap minggu di bawah kolum 'Pandangan Rustam' dan sentiasa menyumbangkan artikelnya di dalam Harakahdaily.net serta akhbar Harakah.
Beliau yang dilahirkan di Tanjung Malim Perak, 1944 merupakan anak kepada bapa pejuang kemerdekaan dan Melayu, Ahmad Boestaman.
Dalam politik jawatan tertinggi yang pernah disandangnya ialah Timbalan Presiden Parti Rakyat Malaysia (PRM). Hasil penggabungan PRM dengan Parti Keadilan Nasional (Keadilan) beliau dilantik sebagai Ketua Penerangan.
Rajawali
- WS RendraSebuah sangkar besi
tidak bisa merubah
seekor rajawali menjadi seekor burung nuri.Rajawali adalah pacar langit
dan didalam sangkar besi
rajawali merasa pasti
bahwa langit akan selalu menantiLangit tanpa rajawali
adalah keluasan dan kebebasan tanpa sukma.
Tujuh langit tujuh rajawali,
tujuh cakrawala tujuh pengembaraRajawali terbang tinggi
memasuki sepi memandang dunia
Rajawali di sangkar besi
duduk bertapa
mengolah hidupnyaHidup adalah merjan-merjan kemungkinan
yang terjadi dari keringat matahari
Tanpa kemantapan hati rajawali
mata kita hanya melihat fatamorganaRajawali terbang tinggi
membela langit dengan setiaDan ia akan mematuk kedua matamu
wahai kamu pencemar langit yang durhakaW.S Rendra, Kumpulan Puisi ” Perjalanan Bu Aminah “, Yayasan Obor Indonesia - 1997
Isu babi tidak perlu diperbesar- besarkan kerana dalam konteks Islam, kita disarankan agar menjaga kepentingan bangsa lain untuk keharmonian serta kesejahteraan masyarakat setempat.
SHAH ALAM - Umat Islam di negeri ini dinasihati agar tidak terlalu emosi, sebaliknya bertolak ansur berhubung tindakan Kerajaan Negeri Selangor meluluskan projek ternakan babi berkelompok di Sepang bernilai RM100 juta.
Mufti Selangor, Datuk Mohd Tamyes Abd Wahid berkata isu ladang babi tidak perlu diperbesar-besarkan kerana dalam konteks Islam, kita disarankan agar menjaga kepentingan bangsa lain untuk keharmonian serta kesejahteraan masyarakat setempat.
“Sebagai umat Islam yang hidup dalam masyarakat berbilang kaum, kita seharusnya menjaga hati umat Islam dan bukan Islam supaya tidak berlaku sesuatu yang boleh memecahkan perpaduan antara kaum terutamanya perkara yang melibatkan perasaan mereka,” katanya ketika dihubungi, semalam.
Kelmarin, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim membuat kenyataan bahawa kerajaan negeri telah meluluskan projek penternakan babi moden bernilai RM100 juta di Ladang Tumbuk, Mukim Batu, Kuala Langat memandangkan kawasan tersebut telah menjadi tapak utama ladang babi di negeri ini.
Menurut Tamyes, rakyat perlu mengambil kira matlamat kerajaan negeri dalam melaksanakan projek berkenaan untuk kepentingan bersama terutama bagi bagi memudahkan kawalan dan penyeliaan ternakan itu yang kini berselerak.
“Jika matlamat kerajaan negeri adalah untuk keperluan masyarakat bukan Islam, kita tidak seharusnya menyekat hasrat itu. Ini merupakan kepentingan bagi mereka. Mereka (golongan bukan Islam) mempunyai hak untuk menikmati keperluan tersebut. Masing-masing mempunyai hak mereka sendiri,” katanya lagi.
Tambah beliau, walaupun perkara ini menjadi sensitif pada sesetengah pihak kerana masing-masing beranggapan cadangan berkenaan akan memberi kesan negatif seperti pencemaran yang berlaku sebelum ini kepada mereka namun secara saintifik ia mendatangkan faedah kepada semua pihak terutama kepada penternak terbabit.
“Projek ini boleh dilaksanakan sekiranya diuruskan dalam keadaan bersih seperti yang dibuat di negara Denmark dengan menjadikan kumbahan serta sisa-sisa najis haiwan berkenaan sebagai baja serta tidak melibatkan kawasan berhampiran penduduk terutamanya masyarakat Islam kerana akan menimbulkan perkara yang tidak diingini.
“Jika perkara sebegini tidak berlaku, tentu masyarakat setempat termasuk umat Islam dapat menerima pelaksanaan projek ini dengan baik,” ujarnya.
Beliau turut menasihati kepimpinan negeri agar melaksanakan segala program dengan dengan adil dan saksama di samping mengambil kira keharmonian hidup berbilang kaum di Selangor.
“Walaupun isu ini terlalu sensitif di kalangan umat Islam, tidak salah jika kita bertolak ansur dan cuba memahami sesuatu itu dengan rasional," katanya.
Kelmarin, Mufti Perlis, Profesor Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin, turut bersetuju tindakan kerajaan negeri Selangor meluluskan projek ternakan babi berkelompok kerana bertujuan untuk menyatukan semua ladang ternakan haiwan itu.
Memetik laporan dari sebuah akhbar harian, beliau dilaporkan berkata tindakan berkenaan adalah salah jika ia bertujuan untuk menyumbang kepada kepesatan industri ternakan haiwan berkenaan yang jelas salah di sisi agama.
“Sebaliknya jika niat mereka (kerajaan Selangor) ingin memelihara alam sekitar dengan menyatukan semua ladang ternakan itu di Selangor, maka ia boleh diterima kerana dapat mengelak pencemaran berlaku.
“Oleh kerana projek ini hanya untuk bekalan domestik, mungkin jumlahnya tidak begitu besar dan boleh dikawal sekiranya ia benar-benar bukan untuk dieksport dan dengan niat menjaga persekitaran,” katanya sebagaimana dilaporkan
Menginjak sebulan usia pilihanraya berlalu.Cakap-cakap politik segar lagi di mana-mana pun.Baik di pejabat waima di rumah urut barangkali.Nenek pun tahu siapa yang turun, siapa yang naik. Budak kecik pun mula nak menghafal MB baru mereka.Kisah Tok Lim Kit Siang membelakangkan istana, kisah Shahidan yang akur dengan kuasa raja, juak-juak UMNO yang diketuai Tun Mahathir “melastik bola getah" pada dolah, pengumuman kabinet kartun oleh dolah, isu mintak maaf pada hakim yang dipecat tahun 1988 dan yang paling hangit mungkin “KAMI MAU DERIH NATANG” disebabkan seorang yang namanya Idris Jusoh. Tinggalkan pok deris dengan pengapitnya Rosol Wahid – yang ditolak bulat-bulat Tok Said dalam exco baru nya.
Cakap politik makin suam.Sesuam air panas yang lama ditinggalkan peminumnya.Yang terbaru, Babi jadi sohor namanya.Makhluk Allah yang namanya babi a.k.a khinzir jadi bahan bualan. Jadi artis segera kini. Disebut-sebut dalam TV, dalam blog, dan tak mustahil dalam al-jazeera.Kadang-kadang babi orang panggil lembu pendek jadinya. Tidak tahu macam mana seekor lembu boleh pendek kakinya, lalu dikaitkan dengan babi. Babi kalau tak dikacau tidak boleh mendatangkan musibah pada tukang yang mengacau. Tapi kalau sawan babi tu kena pada si polan, bahaya kalau didekati si polan itu kalau si polan sawan babi itu datang pada waktunya.
Orang mengamuk dengan babi kerana kerajaan selangor mahu memodenkan ladang babi di kampung mereka. Datanglah mereka ini, unjuk rasa di depan bangunan SUK selangor. Sepanduk di angkat mempromosikan nama “babi” sekejap.Marah orang ini memang betul marah. Marah takut-takut jalan yang ada berbau najis babi bawaan lori babi. Angin sepoi-sepoi bahasa jadi angin sepoi-sepoi babi. Muncul lah utusan melayu,RTM, TV3 jadi bahan untuk memukul Tan Sri Khalid dan Teresa Kok. Teresa Kok dibelasah habis. Tan Sri Khalid dilondehkan di dada akhbar. Isu nya bukan babi haram di makan, isu nya kerana sensiviti orang Melayu, jugak isu alam sekitar. Bukan isu RM 100 juta, tetapi isu najis-najis babi mengalir ke pantai Morib.
Najis babi yang mengalir itu memang sudah lama mengalir ke pantai Morib. Semenjak Khir Toyo jadi ketua negeri lagi. Aliran nya memang laju dari dulu lagi, sejak Rahman Palil jadi exco agama negeri Selangor lagi. Khir Toyo kata “jangan kaitkan dengan kerajaan dahulu lagi”. Mengapa lontaran nya begitu??Takut kah beliau, rakyat tahu memang kerajaan sebelum ini yang meluluskan projek babi itu. Tidak menyalahkan Khir Toyo kerana meluluskan projek tersebut sebelum PRU. Tidak juga mahu menyalahkan kerajaan yang baru. Darah, najis dan seumpama yang ada kaitan dengan tuannya, dikatakan di kitar untuk menjana tenaga elektrik di ladang itu. Moden bukan??Moden sebab teknologi itu datang dari Jerman dan bukan datang dari Sepang. Moden kerana idea itu datang di zaman Khir Toyo memerintah lagi. Sehingga kini, MCA pun menyokong projek tersebut kerana memang daging babi itu “halal” untuk orang MCA. Tok Mufti pun kata projek itu boleh diteruskan atas sebab hak orang cina yang patut ditunaikan. Atas sebab daging babi itu memang menjadi salah satu sumber rezeki si penternak babi. Yang mungkin dan pasti si penternak bukanlah orang Islam.Zalim sungguh kalau-kalau hak orang lain disekat dan dihalang. Umpama bayi yang mahu
C.a.k.a.p L.e.p.a.s All Rights Reserved. Blogger Template created by Deluxe Templates
Free Blogger Templates andWordpress Theme by Skinpress, download Free Wordpress Templates