Malam tadi berlangsungnya satu peristiwa penting dalam sejarah politik negara. Seorang manusia yang digelar Rajawali oleh MB Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dalam puisinya malam tersebut, telah bebas sepenuhnya dan berhak untuk aktif dalam politik seperti biasa.
Black 14 - bertujuan mengenang kembali bagaimana Rajawali telah dipecat dalam kerajaan dan dihumban dalam penjara Sg Buluh selama 6tahun, terasing dalam dunia manusia. Tidak mahu mengulas lanjut bagaimana dan mengapa orang ini yang sangat ditakuti Tun Mahathir, dicampak di jadikan lauk si pemangsa yang sangat lapar pada masa itu.Pentingnya malam tadi bukan kerana untuk mengimbas sejarah hitam tersebut. Mustahak ia kerana politik bebas buatnya. Bebas untuk bertanding, bebas untuk memegang jawatan dalam parti dan tak mustahil bebas menjadi ahli yang bersuara di parlimen.Mungkin bebas menjadi Perdana Menteri??
Satu perkara yang menarik pada malam tersebut ialah ia berlangsung di Kelab Sultan Sulaiman, tempat berlakunya banyak peristiwa penting sejak sebelum merdeka lagi. Baik melibatkan negara, raja, merdeka, parti UMNO, dan orang Melayu. Penentangan Malayan Union juga pernah berlangsung di kelab tersebut. Ribuan rakyat datang memberi sokongan, mungkin 20-30ribu. Satu fenomena yang sangat dahsyat untuk menggambarkan kebangkitan rakyat sejak reformasi 1998 hingga PRU12 berakhir. Langsung tsunami politik memukul teruk parti yang memerintah sekarang. Parti yang dipimpin oleh Hj Dolah - dan anak menantu nya.
Menarik juga malam itu kerana turut serta menyambut kemenangan rakyat pada PRU12. Hadirlah ahli parlimen dan ahli DUN yang menang di salah sebuah 82kerusi. Mungkin nombor 82 itu bertambah menjadi satu nombor yang bisa menumbangkan pimpinan Hj Dolah dan anak menantu di masa yang terdekat.Mungkinkah???
Yang tidak menarik pada malam itu, Rajawali telah disekat oleh orang yang berkuasa menjaga dan keamanan negara daripada terus berucap sehingga minit terakhir. Takut agaknya dengan pemidato seorang ini. Rakyat menghormati tugas mereka dan biarkan polis melakukan tanggungjawab. Kerana mereka hanya mendapat arahan dan mencari sesuap rezeki.
Selepas hari ini, mungkin berlakunya perubahan dalam iklim politik Malaysia. Kita tunggu dan lihat kesudahan dan klimaks cerita rajawali ini.Suara rakyat, suara keramat. Hidup rakyat, ALLAHUAKBAR!
No comments:
Post a Comment