twitter
    Find out what I'm doing, Follow Me :)

Tuesday, April 15, 2008

Puteri Reformasi


Blogger with Nurul Izzah Anwar - MP Lembah Pantai @ Black14,Kg Baru



Malam Black 14, sempat snap gambar dengan YB Nurul Izzah Bt. Anwar - Ahli Parlimen Lembah Pantai.Menang kerusi tersebut dengan mengalahkan Datuk Shahrizat dengan majoriti 2,000+++.

Kagum dan teruja tak terkata.Selama ini hanya melihat dari jauh.Di atas kertas,dalam TV,blog,akhbar arus perdana,baik utusan melayu,baik suara keadilan.Mula mengenali tokoh muda ini sejak reformasi 1998.Semenjak ayahnya meringkuk dalam penjara.Ketika itu, saya baru berusia 16tahun.Kagum dengan usia semudanya,mempunyai semangat pejuang.Persis Aung San Suu Kyi di Myanmar.

Setelah 10tahun bergusti dengan reformasi,tergolek melambung dek ombak kezaliman,berjuang kerana si ayah yang tak bersalah, Nurul Izzah menjadi simbol sebuah perjuangan seorang wanita.Nadi kekuatan si ibu dan adik-adik satu masa dulu.Kini,beliau adalah Ahli Parlimen Lembah Pantai.

.......................................................................

Buat anak-anak gadis di luar,bangkitlah kalian.Bangunlah dari tidur.Bohsia,hamil luar nikah,seks bebas,dadah,pelacuran,perzinaan,tangkap khalwat,buang anak,minah rempit - terlalu sinonim untuk menggambarkan situasi anak remaja wanita saat ini.Perbaiki maruah diri.Apa guna menjadi manusia yang pandai, yang ada berkeping-keping sijil kalau maruah diri tergadai??Lagi tak guna kalau bodoh,menambahkan celoreng kat mak ayah korang.Jaga diri,hiasi peribadi.

No comments: