Semalam berlangsungnya himpunan rakyat bersama exco kerajaan negeri Selangor di TTDI Jaya,Shah Alam.Bertujuan memberikan penerangan dan maklumat terkini untuk rakyat.Ingatkan ceramah berakhir setelah PR menawan lima negeri.Rupanya,ceramah ada seperti biasa.Bezanya mood dan suasananya yang berbeza.Kalau dulu hanya dibuat di markaz tetapi sekarang Dewan PBT menjadi venue utama.Hinggakan Stadium Melawati yang dulunya tempat budak AF terkinja dan melompat tak tau malu,tetapi sekarang ia boleh dilangsungkan munajat perdana.Kerana apa?Kerana negeri ini,rakyat yang punya dan bukan hak milik abadi juak UMNO-BN punya.
Lebih tertarik untuk mengulas ucapan Dato Dr. Hassan Ali,kerana ruang waktu ketika ini.Beliau meminjam kata-kata IR.Khalid Samad,MP Shah Alam.MP Shah Alam bagitau rakyat malam itu,UMNO-BN dah berjaya membuat proses pembodohan terhadap rakyat selama 50tahun lamanya.Proses pembodohan ini terlalu lama dan panjang.Baik dalam bidang pendidikan,ekonomi,sosial dan siasah.Kata Dr. Hassan,bidang sukan pun kalau boleh mereka nak bodohkan rakyat.
Dr. Hassan menyebut,dalam bidang pendidikan sahaja,sistem pendidikan di Malaysia gagal kalau dibandingkan dengan negara lain seperti di India,Syria,Jordan.Apa lagi kalau dibandingkan dengan negara maju di negeri yang ada ramai orang Melayu yang namanya Saleh.Kerana apa gagal?Kerana proses pembodohan yang sangat berjaya,melahirkan manusia yang ada pendidikan tetapi dalam masa yang sama rendah akhlaknya.Macam mana boleh gagal?Gagal kalau mutu dan tahap pendidikan yang sangat lemah,baik bermula di peringkat rendah sampai peringkat pengajian tinggi.Mahasiswa lesu,graduan menganggur,hak bersuara di sekat,AUKU,dasar pendidikan yang berubah-ubah - sekejap ajar budak-budak mengira pakai bahasa Melayu, esoknya suruh menghafal sifir matematik dengan bahasa Inggeris,tulat nya nak tukar bahasa Melayu semula.Antar isu yang menggambarkan proses pembodohan tersebut.Aduhai,agaknya sistem pendidikan pondok zaman Tok Janggut lagi sistematik dan tersusun dibandingkan dengan sekarang.
Tidak hairanlah,mahasiswa sekarang lebih suka bermain friendster,myspace,download anime,tengok naruto,mengurat awek cun fakulti lain,lepak mapley sampai malam,tengok bola tiap minggu.Tahniah kerajaan,sebab berjaya melahirkan golongan yang tidak cintakan ilmu.Yang hanya suka menerima tetapi tidak pandai untuk menjualnya kepada orang ramai.
No comments:
Post a Comment