twitter
    Find out what I'm doing, Follow Me :)

Friday, April 11, 2008

Isu babi

Menginjak sebulan usia pilihanraya berlalu.Cakap-cakap politik segar lagi di mana-mana pun.Baik di pejabat waima di rumah urut barangkali.Nenek pun tahu siapa yang turun, siapa yang naik. Budak kecik pun mula nak menghafal MB baru mereka.Kisah Tok Lim Kit Siang membelakangkan istana, kisah Shahidan yang akur dengan kuasa raja, juak-juak UMNO yang diketuai Tun Mahathir “melastik bola getah" pada dolah, pengumuman kabinet kartun oleh dolah, isu mintak maaf pada hakim yang dipecat tahun 1988 dan yang paling hangit mungkin “KAMI MAU DERIH NATANG” disebabkan seorang yang namanya Idris Jusoh. Tinggalkan pok deris dengan pengapitnya Rosol Wahid – yang ditolak bulat-bulat Tok Said dalam exco baru nya.

Cakap politik makin suam.Sesuam air panas yang lama ditinggalkan peminumnya.Yang terbaru, Babi jadi sohor namanya.Makhluk Allah yang namanya babi a.k.a khinzir jadi bahan bualan. Jadi artis segera kini. Disebut-sebut dalam TV, dalam blog, dan tak mustahil dalam al-jazeera.Kadang-kadang babi orang panggil lembu pendek jadinya. Tidak tahu macam mana seekor lembu boleh pendek kakinya, lalu dikaitkan dengan babi. Babi kalau tak dikacau tidak boleh mendatangkan musibah pada tukang yang mengacau. Tapi kalau sawan babi tu kena pada si polan, bahaya kalau didekati si polan itu kalau si polan sawan babi itu datang pada waktunya.

Orang mengamuk dengan babi kerana kerajaan selangor mahu memodenkan ladang babi di kampung mereka. Datanglah mereka ini, unjuk rasa di depan bangunan SUK selangor. Sepanduk di angkat mempromosikan nama “babi” sekejap.Marah orang ini memang betul marah. Marah takut-takut jalan yang ada berbau najis babi bawaan lori babi. Angin sepoi-sepoi bahasa jadi angin sepoi-sepoi babi. Muncul lah utusan melayu,RTM, TV3 jadi bahan untuk memukul Tan Sri Khalid dan Teresa Kok. Teresa Kok dibelasah habis. Tan Sri Khalid dilondehkan di dada akhbar. Isu nya bukan babi haram di makan, isu nya kerana sensiviti orang Melayu, jugak isu alam sekitar. Bukan isu RM 100 juta, tetapi isu najis-najis babi mengalir ke pantai Morib.

Najis babi yang mengalir itu memang sudah lama mengalir ke pantai Morib. Semenjak Khir Toyo jadi ketua negeri lagi. Aliran nya memang laju dari dulu lagi, sejak Rahman Palil jadi exco agama negeri Selangor lagi. Khir Toyo kata “jangan kaitkan dengan kerajaan dahulu lagi”. Mengapa lontaran nya begitu??Takut kah beliau, rakyat tahu memang kerajaan sebelum ini yang meluluskan projek babi itu. Tidak menyalahkan Khir Toyo kerana meluluskan projek tersebut sebelum PRU. Tidak juga mahu menyalahkan kerajaan yang baru. Darah, najis dan seumpama yang ada kaitan dengan tuannya, dikatakan di kitar untuk menjana tenaga elektrik di ladang itu. Moden bukan??Moden sebab teknologi itu datang dari Jerman dan bukan datang dari Sepang. Moden kerana idea itu datang di zaman Khir Toyo memerintah lagi. Sehingga kini, MCA pun menyokong projek tersebut kerana memang daging babi itu “halal” untuk orang MCA. Tok Mufti pun kata projek itu boleh diteruskan atas sebab hak orang cina yang patut ditunaikan. Atas sebab daging babi itu memang menjadi salah satu sumber rezeki si penternak babi. Yang mungkin dan pasti si penternak bukanlah orang Islam.Zalim sungguh kalau-kalau hak orang lain disekat dan dihalang. Umpama bayi yang mahu kan susu, tetapi si ibu tidak mahu menyusukan bayi itu. Jangan marah kan babi sampai jadi sawan babi.

No comments: