twitter
    Find out what I'm doing, Follow Me :)

Tuesday, March 31, 2009

No More Altantuya

Polis menegeluarkan arahan untuk melarang sebarang kempen yang menyebut,memanggil,menjerit nama altantuya.Dibimbangi tindakan itu akan menaikkan nama altantuya seterusnya akan memenangi sebarang pilihanraya di 2 Bukit dan satu batang.

Untuk rekod,altantuya tidak tercalon dalam pilihanraya kecil parlimen Bukit Gantang

Syabas akan di saman kerajaan Selangor

Hot!!!Hot!!!Hot!!!

Pertikaian dan beberapa siri krisis air antara kerajaan Selangor,kerajaan Persekutuan, dan Syabas berakhir dengan tindakan saman yang akan diambil.

Antara sebab mengapa tindakan sedemikian diambil ialah:

1.Susulan kerajaan Persekutuan membenarkan Syabas terus beroperasi.
2.Susulan tindakan kerajaan membenarkan Syabas menaikkan tarif air.(Baca:Syabas adalah kantung duit Tan Sri Rozali Ismail).
3.Akan memberi kesan buruk atas kepentingan awam sekiranya Syabas dibenarkan terus beroperasi mengurus air.
4.Syabas tidak layak diberikan lesen.
5.Tak layak dapat lesen sebab gagal menunjukkan prestasi yang baik di bawah Akta Perkhidmatan Industri Air 2006.
6.Gagal mencapai tanda aras yang ditetapkan dalam Perjanjian Konsesi (CA).
7.Audit yang dilakukan terhadap Syabas masih ada kepincangan.

Saya yakin dan percaya sekiranya Syabas terus dibenarkan beroperasi, rakyat negeri yang duduk di Selangor tidak akan dapat air 20m padu percuma lagi.

Boikot Syabas!!Boikot Syaziman Abu Mansur!!Boikot Rozali Ismail!!

B. Kalaivanan berotak MIC

Bubarnya PKR Bahagian Jerai adalah signal yang sangat bagus untuk PR dan PKR khususnya.Just leave and collect the goodies.Well done,Samy.

Sehingga berita ini ditulis,Kalai hanya menyatakan tidak percaya dengan kepimpinan PKR.Saya yakin dalam masa terdekat Kalai & Co. akan masuk BN dengan Samy Vellu sebagai tok kadi.

Dia masuk mana pun tak penting.Yang penting orang seperti Kalai ni duri dalam daging dalam PR.Dah dua kali pilihanraya dia kalah dengan BN.Jelas.Kalai bukan lah calon yang hebat.

Buat pengundi Bukit Selambau.Kalai bukan lah manusia hebat.

Dan jangan lupa,dia pernah dituduh menipu di Mahkamah Majistret Sg Petani tetapi tidak mengaku bersalah.Hakim telah menetapkan jaminan sebanyak RM3,00 setiap kes dengan satu penjamin setiap kes.Kalai telah dijamin tapi ditahan tidak berapa lama selepas perbicaraan kerana satu laporan diterima berkait kes yang sama di Bahau beberapa tahun lepas.

Apa guna menyimpan pemimpin penipu macam Osman Jailu dan Abang Posmen bernama Jamal.Sama lah dengan B.Kalaivanan.

Saya cukup yakin kalau B.Kalaivanan menjadi calon N25,wajib PR akan kalah sebab rekod menunjukkan Kalai pernah 2 kali kalah di DUN Gurun.Langsung tak menang!!

Klik Di Sini untuk berita Kalai penipu. Utusan Online June 20088
Klik Di Sini Malaysiakini June 2008
Click Here The Star Online June 2008
Click Here The Malaysian Insider 2008

Monday, March 30, 2009

Saya Sokong Mail

Hot!!!Hot!!!Hot!!!

Daripada 22 bahagian,pemuda UMNO Selangor hanya menghantar 9 bahagian.
Setiap satu bahagian,4 wakil dihantar beserta tambang,duit hotel,duit kopi,duit top up,duit dobi dan elaun cola selama berada di bukit gantang.

Empat wakil untuk 9 bahagian ada sekitar 36 orang wakil yang membawa sepanduk Nizar Derhaka,PAS balaci DAP,Jangan Jadi Hang Jebat (Mungkin).

36 orang cukup ke nak bertempur?Mana pergi pemuda UMNO yang lain?Ni mesti ada kaitan dengan kekalahan idola ramai penggemar tempe.Orang yang dikatakan cantik sebab tempe kalah melobi jawatan ketua pemuda.Agaknya boikot sebab anak menantu naik jadi ketua - yang cantik sebab tempe kalah.

Atau pun mungkin Khairy dan budak-budaknya awal-awal lagi berkampung di Bukit Gantang - budak Mukriz dan budak Wak Tempe tak ingin berkampung dengan ketua yang di boo 2-3 hari kelmarin di PWTC.

Saya suka memetik ulasan Ketua Pemuda Selangor yang pernah sekali dua saya terserempak dengan nya di kedai char kuew teow TTDI Jaya Shah Alam.:

"Kempen menggunakan jentera tempatan (Umno negeri) lebih berkesan".

Sejak bila UMNO pandai berjimat cermat???Sejak bila UMNO reti tak bazir duit masa pilihanraya???Inilah yang di katakan Reform.Nak tau tanya Mat Ezam.

Berita Lanjut Klik Di Sini

PKR Bahagian Jerai Bubar

Hot!!!Hot!!!Hot!!!

PKR Bahagian Jerai bubar beserta 500 orang ahli yang kebanyakan nya India di bubarkan.Rata-rata mereka tak setuju dengan pemilihan calon oleh Anwar dan mungkin ada umpan oleh Samy Vellu.Samy Vellu kan banyak duit.

Betul.B Kalaivanar tak puas hati dengan Anwar sebab calon pilihan tak terpilih.Senario di Perak berbeza.Bermula PRU12,semakin ramai kaum India yang berani menyokong PAS.Kalau dulu mereka di takutkan kononya kalau nak pangkah PAS dan kalau-kalau PAS memerintah negara, punai mereka akan dipotong.Tapi hari ini ternyata dongengan punai dipotong sengaja ditimbulkan.Hari ini Kumar,Raju,Jeya,Samy Vellu (baca:Samy Vellu ex-kutip tol jangan nak perasan) dah bangga pakai baju PAS for All.Hang tak caya tengok gambar kat Bukit Gantang semalam.Credit to Perisik Rakyat.

Saturday, March 28, 2009

Mahathir Masuk UMNO semula??



Picture taken from The Malaysian Insider

Hot!!!Hot!!!Hot!!!

Maddey keluar dari tempat persembunyian nya dan memunculkan diri dalam penutup perhimpunan agung UMNO 2008.Dengan berkemeja ungu dan bercelana hitam,tiba-tiba Maddey mendapat tepukan gemuruh perwakilan termasuk orang UMNO yang membenci nya.Berjalan ke atas pentas dan disambut oleh gedebe UMNO.Ada yang mencium tangan,ada yang cium pipi,ada yang peluk termasuk Pak Lah.Najib pun tiba-tiba mencium pipi Siti Hasmah yang juga telah keluar UMNO.Ada apa-apa ke??(Untuk Makluman berita najib cium pipi Hasmah tak keluar dalam berita RTM)

Tiba-tiba tanpa disangka Pak Lah memeluk Maddey dan berakhir dengan Najib,Maddey,Pak Lah,Wak Botox,Hot Mama Lembah Pantai mengangkat tangan.Maddey memegang tangan Pak Lah semacam tak ikhlas.Betul ke??

Semalam Maddey jelaskan kenapa dia tak hadir perasmian perhimpunan.Katanya pemuda UMNO merestui politik rasuah.Klik Di Sini.

Tiba-tiba hari ini nak masuk UMNO semula.Hari ini dah restu politik rasuah pulak.Klik di Sini.

Dalam UMNO semua nya boleh.Janji masyuuukkkkk....

Satu persoalan yang bermain.Kenapa waktu Mahathir naik atas pentas, Ketua Pemuda yang baru menyorok kat belakang??Jangan takut dengan orang tua tu.Pak Mentua kan ada.Maddey bantai ko dalam media je,dia tak berani nak luku kepala ko depan perwakilan.Ka ka ka ka kah!!

Buletin Tengah Malam

Gempa Bumi

Saatu gempa bumi kecil bermagnitud 3.0 skala Ritcher telah berlaku di Jerantut,Pahang pada pukul 0946 pagi 27 Mac 2009.Pusat gempa bumi tersebut terletak di latitud 3.8 utara longitud 102.4 timur 65km dari timur laut Bentong,Pahang.

Klik Di Sini

Friday, March 27, 2009

Zambry!Bukit Gantang Satu!!!


Gambar dicurik dari pemudabesut

Lusa hari penamaan calon P059 Parlimen Bukit Gantang.

Muhyiddin yang baru diangkat sebagai Timbalan Presiden UMNO atau lebih sedap bakal menjadi orang nombor dua dalam kerajaan,dilantik sebagai pengerusi pilihanraya bagi 2 bukit dan satu batang.

Zahid Hamidi menggalas beban mengetuai jentera BN di Bukit Gantang.Hishamudin di Bukit Selambau manakala Shafie Afdal di Batang Ai (baca betul-betul).

Orang-orang ini selepas ini akan dipanggil orang Najib.Digunakan dan dihambat kot kalau-kalau kalah pun,Najib ada alasan sendiri.Nampak macam Najib nak mengelak.Takut malu macam kat Permatang Pauh ke???

Thursday, March 26, 2009

Wak Botox Tersungkur di PWTC

Sensaoil

Anak menantu menang jawatan Ketua Pemuda Keris UMNO.

Gelihati

Kak Pidah kalah teruk jawatan Ketua Wanita Tua UMNO.Di kalahkan dengan model bollywood Lembah Pantai.

1.Jika benar dikata,anak menantu bakal meneruskan legasi Pak Lah.Dengan kemenangan Khairy,segala kemungkinan boleh berlaku.Kemungkinan Pak Lah tak akan meninggalkan kerusi empuk perdana menteri.

2.Tewasnya Khir Toyo,menunjukkan silapnya ramuan tempe yang menjadi simbol perjuangan Wak Botox.

3.Bila Mukriz tewas di tangan anak menantu,tandanya Pak Lah menang melawan Mahathir dalam peti undi.Lantak pi la anak lawan anak menantu pun.

4.Benarkah legasi rasuah akan terus memimpin UMNO??

Monday, March 23, 2009

Nizar Calon Bukit Gantang

Hot!!!Hot!!!!Hot!!!

Sebentar tadi Haji Hadi umumkan Dato' Seri Ir. Nizar Jamaludin sebagai calon pilihanraya kecil P059 Parlimen Bukit Gantang.

Satu percaturan bijak untuk memungut referendum sama ada seorang Jurutera masih sah jadi MB Perak atau seorang mapley tu jadi MB.Zambry!!Teh tarik satu!!!

Awas!!!




1.Awas!!Najib dah mula mengganas.Belum pun diangkat dan mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-6,gigi siung Najib dah mula tumbuh.

2.Awas!!Sesiapa yang cuba menggugat kedudukan Najib,bakal menerima padah.

3.Awas!!Sila patuhi had laju yang ditetapkan.Cakap jangan sebarang cakap bila Najib dah jadi PM.

4.Awas!!Jangan memfitnah bik mama.Jangan tanya bik mama shopping handbag kat mana.Jangan tanya bik mama kat mana bik mama beli ikan.Itu rahsia bik mama sahaja.Siapa yang sibuk bakal kena penampar Najib.

5.Awas!!!Harakah dan suara keadilan dah terima penampar pertama Najib.Buktinya sila Klik Sini.

6.Awas!!Jangan mengadu domba di kala Najib menjadi PM.Patut pun semalam AMK melancarkan kempen Say NO to Najib.

7.Awas!!Sila matikan telefon bimbit ketika Najib sedang berucap.Sesiapa yang degil,bakal dikenakan tindakan keras.

Saturday, March 21, 2009

Timbalan KM Pulau Pinang Letak Jawatan

Hot!!!!Hot!!!!Hot!!!!

Setelah berbagai spekulasi,khabar angin,krisis akhirnya Mohamad Fairus Khairuddin meletak jawatan.Tapi bukan sebagai ADUN.Bukan letak jawatan lepas tu jadi katak lompat.Sebagai Timbalan KM Pulau Pinang dan exco kerajaan negeri.

Beliau masih lagi ADUN Penanti dan ahli PKR.Klik Di Sini.

Begitu lah resam politik.Politik ada seni dan gaya.Kalau silap langkah,memang payah nak masuk.Tak semua orang boleh berpolitik.Seperti Tok Guru Nik Aziz, walaupun dia dah berumur,dah tua,kadang-kadang sakit tapi dia pandai memainkan seni politik.Dan bertahan sampai hari ini.

Mahathir,Sanusi Joned,Pak Lah,Allahyarham Tun Razak,Karpal Singh,Lim Kit Siang,Haji Hadi,Allahyarham Yusuf Rawa,Allahyarhham Fadil Noor - orang-orang ini memang hebat berpolitik sebab ada seni politik.Semua dah tua.Semua dah berumur.Kadang-kadang sakit.Dan ada yang berpolitik akhirnya mati berjuang dalam politik.

Rasulullah adalah model politikus yang paling berjaya.

Friday, March 20, 2009

PNGK di sekolah rendah - Utusan

PNGK di sekolah rendah

PUTRAJAYA 18 Mac - Mulai tahun depan penilaian murid-murid darjah satu akan dibuat berasaskan Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) seperti yang diguna pakai di universiti.

Hasil program perintis sistem tersebut yang dilaksanakan di 50 buah sekolah tahun lalu mendapati ia sesuai dilaksanakan.

Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Alimuddin Mohd. Dom (gambar) berkata, mengikut Pelan Induk Pembangunan Pendidikan, peperiksaan yang berasaskan sekolah akan bermula tahun depan selaras dengan transformasi pendidikan.

Klik Di Sini

Sibuk nak transform sana sini.PPSMI pun tak selesai lagi.Bingai!

Thursday, March 19, 2009

Melaka Bandaraya Berasuah



Gambar ehsan Malaysiakini

Hot!!!!Hot!!!!Hot!!!!

Penyokong Pak Ali mengamuk dan berbaring di atas jalanraya di Melaka.Perbuatan itu dipercayai didorong oleh sifat ingin mencuba kenikmatan berbaring atas jalanraya seperti yang dibuat oleh penyokong PR di Perak tempoh hari.Bezanya penyokong PR membawa bendera Palestin.

Menurut sumber sahih,mereka terlalu taksub dengan pemimpin idola mereka - Ali Rustam kerana dikhabarkan perbuatan rasuah yang Pak Ali buat adalah mulia dan tak salah.Mereka juga beriya-iya mempertahankan tindakan Pak Ali merasuah perwakilan UMNO di seluruh negara.Klik Di SiNi

Padanlah bakaq kata UMNO celaka kan UMNO.Bila pemuda UMNO di Melaka (segelintir mungkin) melawan Lembaga Disiplin UMNO.Begitu juga halnya yang berlaku sebelum khabar angin yang pak Ali akan diambil tindakan.Klik Di SiNi.

Baru aku tau!!

Wednesday, March 18, 2009

Thanks to the Edge

Sila layari The Edge.Thanks to Lam Jian Wyn and The Edge for your concerns.

Like Father,Like Son

The father-son duo of Karpal and Gobind Singh was hit with a double whammy when Puchong rep Gobind was handed a 12-month suspension after implicating Deputy Prime Minister Datuk Seri Najib Razak in the Altantuya Sharibuu murder case last week, while Karpal was charged with sedition for saying that the Perak Sultan can be sued for his role in the removal of the state’s menteri besar.

The blogosphere appears divided on this issue. Some reckon that it’s their mouths that got them into trouble. Pencak_Silat is smug about their predicament. “Well, they have paid their prize (sic) as they do not adhere to one principle of Rukunegara; that is ‘Kesopanan dan kesusilaan’.”

Cybercdo feels that the moral of this story is to hold your tongue. “Watch what you say so that you don’t regret it in the future.” Meiyen also holds a similar and practical opinion, writing that “the suspension will also act as a deterrent to other MPs to keep a lid on their totally out of sync behavior,” adding that MPs should focus on more pressing issues instead of “playing blame games and making wild and disparaging statements.”

Others such as Jarod are on the side of the father-son duo. Applauding their dynamics and their outspokeness, he gushes: “The last time I seen this combination, it was in between Lim Guan Eng and Lim Kit Siang. To Karpal, you have my respect even some time I may not agree with your straight forwardness. To Gobind, you are people's YB. I do not need to say anything. Remarkable. ”

Klang MP Charles Santiago urged the soon-to-be-premier to focus on the economy instead of Gobind and Karpal. “ ...Najib must be reminded that he is set to take over the leadership of the country when Malaysia is faced with the worst possible recession since the 1998 Asian financial crisis,” he writes.

Finally, Cakap-Lepas playfully warns Datuk Zambry Kadir and his exco members not to mess with the Perak speaker. “If you end up without salaries, then you’ll know.”

Politik wang atau politik durjana?

Bila saya meyebut beberapa nama dikaitkan dengan tindakan Lembaga Disiplin UMNO - 3 daripadanya betul.Ali Rustam,Khairy Jamaludin dan bekas MB saya dulu - ketua pembangkang DUN Selangor sekarang.

Ali Rustam dan KJ didapati bersalah tetapi Pak Ali sahaja yang menghadapi tindakan keras - dilarang bertanding jawatan Timbalan Presiden UMNO.KJ hanya mendapat kad kuning.Manakala Khir Toyo mungkin diberi gula-gula oleh Tengku Ahmad Rithauddeen.

Datuk Norza yang menghadapi tuduhan politik wang di mahkamah Temerloh tidak diambil sebarang tindakan.Selamat juga untuk Azalina.

Senarai yang menghadapi tuduhan dan didapati bersalah ialah:

1.Ketua Umno bahagian Bandar Tun Razak, Datuk Mokhtar Samad dan Ketua Wanitanya, Salmah Pin.Mokhtar digantung keahlian selama setahun manakala Salmah digantung keahlian selama tiga tahun, berkuatkuasa 12 Mac lalu.

2.Empat pemimpin dan ahli Umno Umno bahagian Paya Besar, Pahang. Mereka ialah ahli biasa Datuk Abdul Manan Ismail yang digantung keahlian selama setahun,kerana mengadakan majlis dan pertemuan serta membuat kenyataan akhbar.Manakala tiga lagi pemimpin bahagian tersebut diberi amaran atas kesalahan yang sama, iaitu Timbalan Ketuanya, Datuk Md Sohaimi Mohamed Shah; Naib Ketua bahagian, Mohd Shohaimi Jusoh dan AJK bahagian, Mohd Zaili Besar.

3.Turut digantung keahlian Ketua Pemuda bahagian Maran, Pahang, Mohamad Najuib Mohamad Shahaimi (digantung tiga tahun mulai 13 Mac); Timbalan Ketua bahagian Kuala Krai, Kelantan, Amran Mat (digantung setahun mulai 12 Mac) dan ketua cawangan di Gua Musang, Mohd Zuki Mohd Zain (digantung setahun mulai 12 Mac).

Bagi penyokong Ali Rustam - dia adalah hero,dia boleh merubah UMNO,Ali boleh bawak reform untuk UMNO.Anda boleh rujuk dalam Malaysiakini.Silapnya hanya 15penyokong yang datang berhimpun di depan pejabat UMNO.Lain kali buat la macam himpunan BERSIH atau himpunan PPSMI.Himpunkan seramai yang mungkin penyokong Ali dan buat demo besar-besaran.

Dulu bila Isa Samad disabit dengan politik durjana pada pemilihan UMNO 2004, dia digantung keahlian selama 6tahun tetapi dikurangkan selama 3tahun sahaja selepas membuat rayuan.Bezanya Isa Samad telah memenangi jawatan Naib Presiden UMNO dan kemudian memegang jawatan Menteri Wilayah Persekutuan.Berbanding Ali yang mahu mencuba nasib bertanding.Tekanan yang kuat menyebabkan Isa Samad meletak jawatan sebagai Menteri.

Begitulah politik durjana.Bila si politikus itu menang dalam pemilihan sebab politik durjana hasilnya orang bawahan mendapat pemimpin durjana.Di andaikan seorang itu menang kerusi Timbalan Presiden UMNO sebab menghulur duit,merasuah,menyogok,memberi hadiah kepada perwakilan.Tak lama kemudian kerusi Timbalan Perdana Menteri kosong.Secara tradisi kerusi itu milik orang nombor dua dalam parti. Begitulah seterusnya,menang lagi dan akhirnya menjadi PM Malaysia.Apa akan jadi dengan Malaysia?Dapatlah PM Durjana.

Benarlah kata seorang Cina Muslim - Ann wan Seng - Rasuah menjadi punca kekayaan negara tidak akan teragih sebagai contoh Indonesia yang kaya dengan sumber dan hasil bumi tidak maju kerana mempunyai sejarah pemimpin yang korup.

Dirgahayu Dr. Mahathir



Pengarang : A Samad Said
Penerbit : Wira Bukit
Genre : Kumpulan Puisi
Mukasurat : 88 halaman
Cetakan Pertama : 2004
ISBN : 9834119615

Dirgahayu Dr. Mahathir merupakan nukilan A. Samad Said atau Pak Samad.Mengandungi genre puisi yang merangkumi tulisan Pak Samad mengenai PM nombor empat ini.

Agaknya orang yang dimaksudkan dah baca habis buku ni??

"Kau pengingat bangsamu yang sering benar pelupa;
penyedar satu perjuangan yang belum selesai;
juga penghayat tanah airmu yang sungguh damai.
Kau sempat menjadikan ramai manusia gigih,
di alaf damai, mereka menyemai benih ilmu;
di musim permai, mereka membisik kasih syahdu.
Kau gelorakan kejutan yang sebesar-besarnya
dan mendorong rakyat menjerit "boleh" segalanya!
Kutahu, kau sentiasa benci kerja yang bebal,
lebih kau sanjung tiap pencapaian yang global
."

- Dirgahayu Dr. Mahathir -


Tuesday, March 17, 2009

Lebih panas dari sidang bawah pokok

Hot!!!Hot!!!Hot!!!!

Mereka ini bakal(baca:Mungkin) dikenakan hukuman oleh Lembaga Disiplin UMNO dan mungkin dirujuk kepada SPRM untuk tindakan selanjutnya.Semuanya calon MT UMNO dan bukan calon ketua cawangan atau ketua kampung.

1.KJ
2.Khir Toyo
3.Azalina
4.Ali Rustam
5.Mat Taib

Lain-lain sumber:
Panas-panas from Zul4kulim
Calon Timbalan Presiden akan digantung from Idham Lim Titi Serong


Monday, March 16, 2009

Gobind Digantung 12bulan

Usul menggantung MP Puchong - Gobind Singh Deo digantung 12bulan diterima serta tidak dibayar gaji dan elaun sebagai ahli Parlimen.

Walaupun si bapak - YB Karpal Singh turut serta berbahas dan membela anaknya - ia tetap gagal untuk menghalang Mp Puchong ini daripada digantung.

Pengajaran, kepada Zambry & Co. ingat tu kuasa speaker macam mana.Kang teman tak merasa gaji ADUN baru tau.

Friday, March 13, 2009

Cara Untuk Menyucikan Najis Dalam Phone

Handphone menjadi alat penting hari ni.Sama ada SMS,panggilan,video call,baik menangkap gambar bahkan menangkap gambar nakal dan lucah.Yang jadi masalah bila tiba-tiba handphone kita rosak dan perlu dihantar ke kedai.Dalam masa yang sama,kita lupa yang satu masa dulu kita pernah ambik gambar nakal,video XXX bersama girlfriend,amik gambar sendiri dalam keadaan seksi etc.

Dipendekkan cerita,tiba-tiba gambar yang ada dalam handphone yang rosak itu menjadi tajuk penting dalam Harian Metro.

Sebenarnya untuk menyimpan sebarang file yang tidak perlu dalam handphone adalah tindakan kurang bijak.Sepatutnya file yang berbentuk privacy tidak disimpan dalam phone atau dalam simkad.Cukuplah sekadar phone book dan SMS.Yang pasti,bila kita menyimpan satu-satu data dalam phone dan tiba-tiba kita buang data yang kita rasa bahaya kalau tersebar - belum tentu data itu telah musnah keseluruhannya!!

Di sini, saya tinggalkan satu link untuk memadam file dalam phone tanpa rasa bimbang data itu masih ada atau tidak.

Pemadam File Handphone

Ketua Pembangkang Selangor Main Tarik janggut

Saya tergelak besar bila mendapat tau calon ketua pemuda UMNO Malaysia - bermain tarik-tarik janggut.Diceritakan bekas MB Selangor yang semakin cantik rupanya ini naik angin bila salah laku nya selama menjadi MB satu masa dulu dilondehkan dalam sidang DUN.

Agaknya itulah gimik sebelum pemilihan UMNO berlanngsung akhir Mac ini.

Baca berita dalam Harakah

Sunday, March 8, 2009

Setahun setelah PRU12

1.Setahun lepas PRU12.

2.Banyak keputusan ajaib,pelik, - semuanya atas takdir ALLAH.

3.Apa pun,saya mahu melihat Malaysia terus aman dan stabil.

4.Untuk Pak Khalid - jaga selangor baik-baik.

5.Untuk Pak Lah-jaga Malaysia baik-baik.

6.Untuk Pak Najib - ada baik ke?

Bahasa Jiwa Bangsa


Beg saya pun sama kena tembak


Ini bukan kurap atau kudis.Ini kesan terkena tembakan peluru bom asap di belakang badan.Bayangkan kalau kena muka atau mata.


Pak Samad @ Masjid Negara after asar

"Rupa-rupanya begini caranya untuk menyelamatkan bahasa," - Pak Samad
(source:Malaysiakini)

1.Saya begitu kagum dengan semnagat dan jiwa yang ada pada Pak Samad.Dan lain-lain pejuang bahasa yang sudah melangakaui zaman saya.Semuanya lewat usia.Mereka bukan ahli politik.

2.Kagum juga dengan semangat yang ada untuk segelintir rakyat Malaysia semalam.

3.Tua,muda,kakak,makcik,budak,orang muda,orang tua,petani,nelayan,doktor,peguam,miskin,kaya,Cina,India,Melayu,Iban,Islam,Kristian,Buddha,berjalan kaki,berkereta besar - semuanya datang dengan satu matlamat yang sama.

4.Saya tidak kisah ditembak-disembur-lebam terkena peluru bom asap - ramai lagi yang lebih teruk - ditangkap,didakwa dan dihadapkan ke mahkamah kerana alasan menyertai perhimpunan haram.

5.Benarlah apa yang Pak Samad luahkan dengan kata-kata di atas.

6.Jika beginilah caranya kamu(Baca:sang penguasa UMNO) melayan kami (Baca:Rakyat),jangan marah kami kalau kamu (Baca:Polis) dibaling dengan batu atau kayu ketika demontrasi.

7.Bahasa Jiwa Bangsa!

Wednesday, March 4, 2009

Esok hari apa?

1.Genap sebulan kerajaan PR Perak terkubur dek kerakusan segelintir manusia rakus.

2.Betul - Nizar & Co masih mengakui MB yang sah - kerajaan yang sah.Tapi sampai bila harus bertahan?

3.Masih menunggu keputusan Mahkamah.

4.Kita hanya merancang.Allah yang menentukan.

Tuesday, March 3, 2009

Laksamana Do Re Mi

Laksamana Do Re Mi

1.Filem ini adalah filem terakhir P Ramlee dan pada tahun berikutnya P Ramlee kembali menemui Rabbul Jalil pada usia 44tahun.

2.Tikar pandan terbang dijadikan Toyota Camry untuk P Ramlee pergi ke negeri pasir dua butir.

"Dengar sini rakyat semua.Besok ialah hari keputeraan duli YMM Sultan Damsyik Jani,Sebagaimana biasa,Tuanku akan memilih orang-orang yg handal-handal untuk dijadikan laksamana negara.Barang siapa yg ingin jawatan itu sila ke gelanggang negara."

3.Laksamana Do Re Mi menyahut seruan Sultan Damsyik Jani untuk menjadi Laksamana Negara.

4.Saya tak berminat nak mengulas cerita ini bagaimana dan macam mana jalan ceritanya.Semua orang tahu.Yang orang tak tahu mesej dalam cerita ini.

5.Apa hubung kait nya dengan keadaan politik semasa di Perak.

6.Siang tadi bila Sidang Dun Perak berlangsung di bawah pokok.Dunia menyaksikan satu sejarah tercipta.Bakal tertulis dalam tulisan-tulisan sejarah Malaysia akan datang.

7.Mungkin boleh dimasukkan dalam silibus Sejarah di Perak untuk menunjukkan krisis perlembagaan yang berpanjangan di Perak.

8.Yang pasti - sidang DUN bawah pokok itu tidak sah bila injuksi yang di pohon oleh Zambry berpihak kepadanya.Baca dalam Malaysiakini.

9.Kita tengok apa cerita selepas ini...

[Updated]


Persidangan DUN Pasir Dua Butir

"Sungguh kejam menteri pasola.Akai takdak"

Monday, March 2, 2009

Perak yang terberak

Bila Sivakumar mengedarkan surat memanggil sidang tergempar pada 3 Mac 2009, ramai gerombolan melatah.Tak sah,derhaka,melanggar undang-undang - semua yang salah dilihat bagi gerombolan UMNO.

Tapi kalau betul tak sah - kenapa mesti mengunci pintu utama.Baca dalam Peral Assembly Lock-Out.Kerja menghalang ni bukan benda baru.Tahun lepas ketika ada ura-ura pembangkang ingin membuat usul undi tak percaya terhadap Pak Lah,semua jalan utama ke Parlimen ditutup di KL - mengakibatkan kesesakan trafik yang maha dahsyat di sekitar KL.Baca dalam Sidang Dewan Rakyat terganggu 45minit.

Kita tengok kesudahan Perak esok.