twitter
    Find out what I'm doing, Follow Me :)

Wednesday, July 29, 2009

Utusan UMNO - Utusan Kambing



Source:Utusan Malaysia 28 Julai 2009

Islam sangatkah UMNO??

Orang gila talak memang lagu tu.Orang tak hendak,dia terhegeh-hegeh.

Demi perpaduan Islam ke demi sokongan politik??

Tuesday, July 28, 2009

Pro-ISA pendukung ketuanan Melayu



Gambar atas ehsan malaysiakini


Gambar ehsan PEWARIS

Sampai sekarang saya tertanya apa motif sebenar pendokong ISA.Apakah bermotif politik?Apakah demi survival bangsa?Demi Hidup Melayu,Hidup Islam (Baca:Tak ada langsung bukti tahanan tanpa bicara dibolehkan dalam Islam).

Kurang 3 hari demontrasi MANSUH ISA dan demo Pro-ISA akan bertembung di ibu kota.GMI awal-awal telah menggerakkan kempen mansuh ISA.Pada awalnya perhimpunan ini dirancang akhir tahun 2008 tetapi atas sebab tertentu ditunda beberapa kali.Sejak bila Pewaris merancang demontrasi pada hari yang sama??Ini betul-betul provokasi.

Tiba-tiba hari ini jadual asal Pewaris yang mahu berhimpun bermula pukul 11pagi ditukar pada masa yang sama dengan MANSUH - pukul 2ptg.Kenapa?Takut tak ramai sambutan?Kot-kot nanti kena sembur dengan gas boleh menyelinap masuk celah-celah MANSUH.

Ini tema Pro-ISA:

1Malaysia, Selamatkan Malaysia, Kekalkan ISA dan Pertahankan Hak Keistimewaan Orang Melayu

Apa kena mengena hak istimewa orang Melayu dengan ISA?Kalau mansuh ISA,orang Melayu boleh mati kebulur ke?Kalau mansuh,orang Melayu nanti kena bunuh ramai-ramai ke?

ISA belum dan tak pernah dimansuhkan.Napa ceghdik sangat nak pegi berhimpun mati-matian sokong-ISA???

Monday, July 27, 2009

Gila talak!




"Hidung tak mancung,pipi tersorong-sorong!"- Nik Aziz on Harakahdaily

Cukup ringkas.Itu ungkapan yang dikeluarkan oleh tok guru Nik Aziz.Sekali lagi UMNO (baca:Timbalan Presiden UMNO) memutar belit atau sengaja merayu-rayu marilah kita bersatu,marilah kita bersatu demi perpaduan melayu.Demi perpaduan Islam.

Nampaknya Timbalan PM ni tak faham beza antara parti dengan kerajaan.Nik Aziz bercakap atas kapasiti beliau selaku Menteri Besar Kelantan.Bukan atas kapasiti Mursyidul Am PAS.Ini soal hubungan federal - kerajaan negeri.Bukan soal UMNO - PAS.Nik Aziz cuma mahu kerajaan persekutuan berlaku adil.Berbelas tahun kerajaan negeri Kelantan dinafikan hak oleh federal.

Apa yang beriya-iya sangat nak dekat dengan PAS??Niat UMNO cuma satu.Mahu merosakkan hubungan PAS dalam PR.Nak rosakkan imej tok guru Nik Aziz agar dia dibenci macam Nasharudin dibenci ahli PAS sendiri!

Sunday, July 19, 2009

Eksklusif - Live from Mecca



Kalau minggu lepas kita tengok Najib turun Ijtimak Tabligh - kali ni kita tengok raja 1Malaysia ni kat Mekah pulak.Ok tak??

Harga sebijik tayar




Apalah ada pada tayar.Sebab sebijik tayar aku tak dapat makan nasik minyak arini!

Apalah ada pada tayar.Sebab sebijik tayar orang jadi singkat otak,jadi pencurik!

Lokasi kejadian:TESCO Shah Alam
Masa:130-200opm
Jenis kereta:Myvi SE

Melampau sungguh.Baru plan nak pegi putrajaya makan nasik minyak.Kawan aku ni baru beli kereta.Tak sampai sebulan pun.Konon-konon singgah tesco nak beli hadiah kawin.

Pung pang pung pang,nak reverse kete tak boleh.Tiba-tiba gedegang!Senget sebelah.Org depan tu cakap,bang!tayar sebelah dah takde sebelah.Bodoh sungguh!

Kalau nak curik,curik la satu kereta.Senang kawan aku nak claim.

Untuk brader pencurik - esok-esok kalau nak curik,curik la satu kereta ok.Jangan jadi bodoh nak curik sebijik tayar je.

Malaysia (2) - Man Utd (3)


Bryan Robson,david Gill & Co


Game over


Hadith - New kid on the block

Dasyat!Amri yayah memang dasyat.Seperti kata SAF:-

"It was great vision from the lad [Yahyah] to get them back into it. As soon as he got the ball he spotted Edwin was a bit off his line and hit a lovely little chip over him."-ManUtd.Com

Peluang datang sekali.Aku mana ada duit nak pegi terbang pegi old trapot!

Tuesday, July 14, 2009

Saya akan potong lan**u

"Kalau BN menang Manek Urai - aku nak potong lan-**u!!"

Itu apa yang saya dengar daripada seorang lelaki yang macam berbangsa India ketika makan tengah hari.Jujur.Saya tak tau dia penyokong BN atau PR.

Mesti org akan kata - ahhh, India mesti sokong Hindraf.Aku tak tau!

Siapa yang terburai??

Kurang 2 jam pengumuman rasmi PRK Dun N41 manek Urai.

Ketika jam ini saya menonton Astro Awani.Keluar tajuk berita Penyokong PAS Bertindak Kasar , Penyokong PAS Ditahan Polis.Wah,jahat betul orang PAS masa ni.UMNO baik belaka.Maklumla.UMNO memang baik sangat.Paling baik sebab bagi duit nak balik ngundi!

Di Manek Urai mungkin ada tanda-tanda atau simptom awal siapa yang terburai,siapa yang terbungkang.

Tanda -tanda awal UMNO dijangkiti sindrom H1N1 Terburai ialah Najib bertolak ke Mesir hari ini.

he he he he he.....

1Malaysia - Rakyat Didahulu kan, Kekalahan Di utamakan

Saturday, July 11, 2009

Najib datang Ijtimak Tabligh 2009

Najib datang sebagai tetamu ..

TSMY pun datang sebagai tetamu...

Harap-harap la dah tua-tua nanti Najib ni jadi karkun.Hapuskan dosa-dosa altantuya..hehehe

Wednesday, July 8, 2009

PPSMI batal!

1.Menteri Pelajaran - Muhyiddin Yassin membuat keputusan membatalkan PPSMI.(source BERNAMA)

2.Tetapi ia hanya akan berkuat kuasa sepenuhnya pada tahun 2012.

3.Adakah ini dinamakan motif politik (baca:menarik kembali sokongan rakyat yang menolak dasar PPSMI).Adakah ini strategi baru Muhyiddin?Adakah ini satu cubaan menderhaka Mahathir?

4.Itu semua tak penting.Yang paling penting Muhyidin telah membuat satu keputusan yang terbaik untuk anak cucu saya.

5.Bayangkan sekiranya dasar bodoh ini diteruskan - apakah kita yakin Siti tahu sifir 12 dengan betul?Apakah kita yakin Mamat boleh membuat hipotesis Biologi dengan betul?

6.Selepas ini mesti anak-anak kita akan biasa dengan pendaraban,punca kuasa dua,persenyawaan,habitat,kamiran dan ayat-ayat yang sesuai dengan bahasa ibunda mereka.

7.Yang sangat penting - perjuangan rakyat yang menuntut Dasar PPSMI dihapuskan pada 7 Mac 2008 diterjemahkan dengan keputusan ini.Anda semua adalah pejuang bahasa!

8.Ingat Michael Jackson mati - ingatlah PPSMI yang terhapus.

Saturday, July 4, 2009

Ceramah Perdana:Anwar ke Penjara??

Tempat:Dewan MBSA Sec 19 Shah ALam

1.Tadi saya mendengar ceramah sulung Zaid Ibrahim di selangor selepas jadi ahli PKR.

2.Tiada gambar yang boleh di upload.Apa pun Zaid punya prinsip sendiri.Prinsip bekas UMNO yang menolak rejim ganas UMNO.

3.Secara terbuka - Zaid mengakui Pakatan rakyat wajib menumbangkan UMNO yang dianuti sekian lama - tapi itu cerita dulu.

4.Buat Zaid - Selamat berjaya!

Wednesday, July 1, 2009

Babi Punye Pasal

1.Babi punya pasal, satu dunia kecoh dengan swine flue atau selsema babi.

2.Babi punya pasal rais yatim berkeras mahu pakai istilah selsema babi berbanding Liow Tiong Lai yang mahu mengikut terminologi yang digunapakai WHO - H1N1.

3.Babi punya pasal, penduduk Kuala Langat berarak membantah Khalid Ibrahim - jangan buat kandang babi moden.

4.Babi punya pasal - DAP kedah mahu keluar pakatan rakyat Kedah.Gara-gara tak puas ati kandang babi kena roboh MBAS.

5.Semuanya babi pasal.

6.Padahal babi itu makhluk Allah.Kalau mencarut pun, babi yang jadi mangsa.

7.Semuanya babi punya pasal!