twitter
    Find out what I'm doing, Follow Me :)
Showing posts with label Perak. Show all posts
Showing posts with label Perak. Show all posts

Tuesday, April 7, 2009

Anwaribrahimdotcom Blog DS Anwar Ibrahim??

Dalam laporan sampah RTM,saya sempat melihat berita RTM yang menayangkan ucapan Anwar Ibrahim semasa menjadi Timbalan Perdana Menteri Malaysia tahun 1995.Apa relevan ucapan Anwar 14tahun lepas ketika mana masa itu dia memang benar-benar totok UMNO??

Dalam berita sampah RTM,berita itu turut memuatkan video Nga Kor Ming - Setiausaha DAP Perak yang membaca ayat al-Quran.RTM turut menyatakan "Video Nga Kor Ming itu turut disiarkan dalam blog DS Anwar dalam anwaribrahimdotcom.blogspot.com".

Setau saya blog di atas adalah blog anti anwar dan bukan blog Anwar Ibrahim.

Untuk hukum Nga Kor Ming membaca ayat al-Quran saya serahkan kepada mereka yang alim.

Monday, April 6, 2009

Rayuan Terakhir Calon P059 Bukit Gantang

Diambil dari Facebook DS Ir. Nizar Jamaluddin:

Asalamu'alaikum dan salam sejahtera

Setelah selamat hari penamaan calun , maka petugas telah membantu untuk saya menjelajah keseluruh pelusuk dan kawasan parlimen P059 Bukit Gantang.

Saya dapat melihat sendiri keadaan serta suasana kehidupan rakyat. Walaupun terpaksa berhadapan berbagai rintangan dan tohmahan serta tekanan, namun semuanya dapat dihadapi dengan tenang dan penuh kesabaran.

Selaku calun, saya mahu mengambil kesempatan melalui blog ini bagi memohon keampunan dan kemaafan dari seluruh pengundi, warga bkt gantang, petugas parti termasuk sahabat dan kenalan serta petugas dari umno-bn yang datang dari seluruh pelusuk tanah air, jika sekiranya ada dan wujud disepanjang kempen dan kehadiran saya dimana -mana majlis ceramah, kematian, tahlil, perkahwinan dan apa jua, saya menyentuh perasaan atau mengguris hati , maka saya merayu dan memohon untuk dimaafkan serta diampunkan kesemua kesilapan dan kesalahan saya. Jauh dilubuk hati saya tidak berniat negatif dan jahat, namun di sebaliknya hanya sekadar mengenengahkan haq dan kebenaran dan mengembalikan kestabilan politik di Perak dan Malaysia.

Kepada pimpinan Pakatan Rakyat peringkat negeri dan pusat terima kasih atas kepercayaan mencalunkan saya bagi mewakili Pakatan Rakyat dari PAS.

Kepada semua pengundi di Bkt Gantang, Bkt Selambau dan Btg Ai, selamat mengundi dan undilah Pakatan Rakyat. UNDILAH PAS UNTUK SEMUA. VOTE FOR PAS.

Kepada semua petugas parti PAS, DAP dan PKR, terima kasih tidak terhingga. Kepada Bloggers dan media, NGO tempatan dan luar negara, anggota keselamatan Pois dan perisik, terima kasih banyak-banyak! kepada semua penyumbang derma dan tenaga serta masa, selamat berjuang.

Kepada warga Bukit Gantang , selamat mengundi PAS.

Hidup Rakyat dan Wasalam

Monday, March 30, 2009

Saya Sokong Mail

Hot!!!Hot!!!Hot!!!

Daripada 22 bahagian,pemuda UMNO Selangor hanya menghantar 9 bahagian.
Setiap satu bahagian,4 wakil dihantar beserta tambang,duit hotel,duit kopi,duit top up,duit dobi dan elaun cola selama berada di bukit gantang.

Empat wakil untuk 9 bahagian ada sekitar 36 orang wakil yang membawa sepanduk Nizar Derhaka,PAS balaci DAP,Jangan Jadi Hang Jebat (Mungkin).

36 orang cukup ke nak bertempur?Mana pergi pemuda UMNO yang lain?Ni mesti ada kaitan dengan kekalahan idola ramai penggemar tempe.Orang yang dikatakan cantik sebab tempe kalah melobi jawatan ketua pemuda.Agaknya boikot sebab anak menantu naik jadi ketua - yang cantik sebab tempe kalah.

Atau pun mungkin Khairy dan budak-budaknya awal-awal lagi berkampung di Bukit Gantang - budak Mukriz dan budak Wak Tempe tak ingin berkampung dengan ketua yang di boo 2-3 hari kelmarin di PWTC.

Saya suka memetik ulasan Ketua Pemuda Selangor yang pernah sekali dua saya terserempak dengan nya di kedai char kuew teow TTDI Jaya Shah Alam.:

"Kempen menggunakan jentera tempatan (Umno negeri) lebih berkesan".

Sejak bila UMNO pandai berjimat cermat???Sejak bila UMNO reti tak bazir duit masa pilihanraya???Inilah yang di katakan Reform.Nak tau tanya Mat Ezam.

Berita Lanjut Klik Di Sini

Friday, March 27, 2009

Zambry!Bukit Gantang Satu!!!


Gambar dicurik dari pemudabesut

Lusa hari penamaan calon P059 Parlimen Bukit Gantang.

Muhyiddin yang baru diangkat sebagai Timbalan Presiden UMNO atau lebih sedap bakal menjadi orang nombor dua dalam kerajaan,dilantik sebagai pengerusi pilihanraya bagi 2 bukit dan satu batang.

Zahid Hamidi menggalas beban mengetuai jentera BN di Bukit Gantang.Hishamudin di Bukit Selambau manakala Shafie Afdal di Batang Ai (baca betul-betul).

Orang-orang ini selepas ini akan dipanggil orang Najib.Digunakan dan dihambat kot kalau-kalau kalah pun,Najib ada alasan sendiri.Nampak macam Najib nak mengelak.Takut malu macam kat Permatang Pauh ke???

Wednesday, March 4, 2009

Esok hari apa?

1.Genap sebulan kerajaan PR Perak terkubur dek kerakusan segelintir manusia rakus.

2.Betul - Nizar & Co masih mengakui MB yang sah - kerajaan yang sah.Tapi sampai bila harus bertahan?

3.Masih menunggu keputusan Mahkamah.

4.Kita hanya merancang.Allah yang menentukan.

Wednesday, February 18, 2009

MB Kudeta Perak & Exco Di gantung DUN

Panas!!Panas!!Panas!!!

MB Kudeta dan 6 exco haram yang lain digantung daripada menghadiri sidang DUN selama 18bulan dan 16bulan masing-masing.

Keputusan itu dibuat oleh Jawatankuasa Hak dan Kebebasan dipengerusikan oleh Sivakumar yang turut dianggotai seorang wakil BN (ADUN Temenggor) dan 5 Adun dari PR.

Mereka didakwa kerana menghina DUN sebab mengangkat sumpah sebagai exco dan MB selasa lalu.

Khabar angin juga tercetus bahawa ADUN Jelapang - Hee Yit Foong telah meletak jawatan sebagai ADUN Lompat Bebas.

Kah kah kah.......kalau dah kena gantung macam mana nak buat keputusan kerajaan???Kah kah kah

Source:Malaysiakini

Saturday, February 14, 2009

Nizar is in town (Jalan Duta-Kg Baru)

Antara gambar pilihan yang saya tangkap semalam.Terima kasih N70 saya!:

Mahkamah Jalan Duta






Kampung Baru






Maaf gambar ni kurang jelas sebab pakai hp buruk



Dr. Lo'Lo'