twitter
    Find out what I'm doing, Follow Me :)
Showing posts with label isa zalim. Show all posts
Showing posts with label isa zalim. Show all posts

Sunday, May 27, 2012

Soladiriti Bebaskan Fadzullah



Fadzullah Ab Razak (sumber wikipedia) telah ditahan 2010 atas tuduhan terlibat dengan aktiviti keganasan menurut kamus Amerika Syarikat pimpinan Barack Obama dan Bush sebelum itu.

Fadzullah Abd Razak adalah anak sulung daripada enam orang adik beradik dan merupakan pelajar pintar satu ketika dulu.Graduan kejuruteraan,seorang yang mempunyai kepimpinan yang bagus dan dihormati ketika sekolah.Fadzullah atau Fad adalah manusia biasa seperti kita.Beza nya, dia sedang berada dalam tahanan ISA dan kita sedang enak di rumah bersama keluarga,anak isteri dan kawan kawan.Dua tahun dipisahkan daripada ibu bapa dan adik beradik tanpa bicara adalah sesuatu yg pedih.

Fad sedang meringkuk di penjara.Fad sedang ditahan di bawah undang-undang zalim ISA.Menurut laporan berita tempatan, Menteri Dalam Negeri Hishamudin berkata Fad dan beberapa tahanan ISA yang ditahan sebelum pembentangan  Rang Undang-undang Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012., akan terus ditahan  menurut budi bicara kerajaan.

Sama-sama kita berdoa saudara Fad akan dibebaskan dengan kadar segera.Tunjukkan profile picture di laman sosial anda.Sokong.Please. 

Saturday, August 1, 2009

Demo ISA - Kurang 4jam

Orang cakap benda paling best dalam dunia ni sakit.Bila sakit orang akan hargai.Orang akan datang bawak epal,jus,hamper,buah tangan.Time sakit la baru nak bagi hadiah.

Baru-baru ni aku pi melawat kawan aku yang disahkan kena kanser stage 3.Datangla kami berempat singgah kedai kat HKL.Nampak hamper yg dalam tu ada buah-buahan.Kawan aku pegi beli.Rupanya bila sampai wad tempat kawan aku yg sakit tu,dia tak makan buah.Dia teringin minum air sejuk je.Cerita ini takde kaitan dengan ISA.

Tapi nak dipendekkan cerita,kita kena besusah-susah dulu baru nak dapat mudah.Kena sakit dulu,baru masa tu org akan hargai.Ingat lagi BERSIH?Ingat lagi demo PPSMI?Hangpa ingat senang ke nak pegi berdemo kalau takde kederat?Nak main cak kun cak dengan abg baju biru lagi.Nak main kejar-kejar dgn FRU lagi.Nak harap kan rayuan pemuda UMNO?Jangan harap!

Pak Janggut A.Samad Said yang saya rasa kederat dia dah tinggal 10 persen je berbanding saya yang muda ni.Pun boleh join demo PPSMI.

Hasilnya - Timbalan PM Pak Din umumkan PPSMI akan dimansuhkan.Biarpun org cakap itu political milage BN sebelum PRK Manik Urai & PRU 13, tapi sekurang-kurangya tambang bas,tambang masuk toilet,segala-gala modal peserta demo ppsmi aritu berbaloi-baloi dengan pemansuhan PPSMI.Dapatlah anak-anak kat Ulu Tembeling,Sg Tengi,Ulu Luit belajar Math dengan tenang.Saya bukan kata cikgu atau murid kat kampung tak bagus bahasa Inggeris, tapi sekurang-kurangnya itu bukan menjadi beban kepada mereka.

Untuk pendokong Ibrahim Ali,Rahimuddin Harun,Maamor Osman - teruskan berdemo.Tapi jangan buat provokasi petang ni.Nasihatkan sikit anak buah korang.