twitter
    Find out what I'm doing, Follow Me :)
Showing posts with label Pilihanraya. Show all posts
Showing posts with label Pilihanraya. Show all posts

Tuesday, November 17, 2009

Kota Siputeh kosong - kata Mahkamah Tinggi

Dua bulan lepas,SPR mengumumkan kerusi DUN Kota Siputeh kekal milik BN.Tanpa berfikir panjang,SPR bertindak bijak walaupun hujah cukup kuat untuk mengatakan kelayakan ADUN tersebut gugur.

Semalam,keputusan SPR yang nampak semacam bijak dinafikan dengan keputusan mahkamah tinggi.Mahkamah tinggi menafsirkan dari sudut undang-undang,kerusi DUN Kota Siputeh perlu dikosongkan.Ini bermakna SPR perlu mengadakan pilihanraya kecil dalam masa 60 hari.

Ceritanya belum habis di situ.SPR dijangka akan merayu dengan hujah mereka.Aik.Kenapa SPR pulak yang nak merayu?Pelik bukan?

Saturday, February 14, 2009

Rashid takdak pun sama!

Saya masih ingat.Ketika Tan Sri Rashid memegang SPR,banyak salah laku,skandal,tindakan liar,tingkah laku buruk SPR dikatakan banyak orang.Semua keputusan SPR selalu memberi bola penalti kepada kerajaan yang memerintah.Dan penalti itu selalunya gol!

Cakap sahaja apa yang tak betul - pengundi hantu,ubah sempadan pilihanraya,pembatalan dakwat kekal pada PRU13,pemilihan tarikh pilihanraya yang tak masuk akal (Permatang Pauh dibuat pada waktu kerja 26 Ogos 2008).Gila.Hang ni memang gila la SPR.

Akhirnya Kuala Lumpur menjadi medan untuk SPR bertempur dengan ratusan ribu rakyat Malaysia yang menuntut BERSIH!!Anda boleh semak memo BERSIH kepada YDP agung di sini.

Keputusan SPR untuk menolak permohonan Speaker untuk mengadakan pilihanraya kecil di dua DUN di Perak,turut ditolak.

Terakhir, SPR mengumumkan tarikh pilihanraya bagi Dun Bukit Selambau dan Parlimen Bukit Gantang serentak pada hari bekerja.7 April 2009 - hari Selasa.Selepas katam pemilihan UMNO.Rashid takdak pun sama!

~ Jadi tak Rashid nak saman?