twitter
    Find out what I'm doing, Follow Me :)
Showing posts with label Politik Perak. Show all posts
Showing posts with label Politik Perak. Show all posts

Wednesday, May 13, 2009

Nizar @ Dewan Sivik MBPJ malam ini


Panelis

Nizar is MB

Great DAP Maestro LKS

Audience - 3,000

True Color of Satu Malaysia
Gambar sekitar Forum From 513 to 1Malaysia



Sekadar makluman,

Dato Seri Nizar MB Perak yang sah akan turut serta dalam forum bersama Lim Kit Siang di Dewan Sivik MBPK malam ini 13 May 2009.Datang beramai-ramai!

Monday, May 11, 2009

Rileks,jangan suka sangat orang Perak

Saya memetik kata-kata orang yang mencetuskan konflik di Perak siapa lagi kalau bukan Najib Tun Razak.

"Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menasihatkan rakyat Perak supaya bertenang dan tidak terlalu teruja dengan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang mengisytiharkan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai menteri besar yang sah."

lagi berita dalam Malaysiakini

Wah.Senang betul suruh orang bertenang.Walhal PM Malaysia No 6 la pencetus kekecohan,kebobrokan,kekudisan politik Perak.Duit Osman Jailu dah abis bank in???Hee Yit Foong punya imbuhan dah berapa persen bayar??

MB haram adalah Zambry

Berikut saya turunkan pautan-pautan tertentu yang mengatakan zambry adalah MB Perak yang haram.Sudah haram lagi mau mengaku halal??

Court rules Nizar is legitimate MB (Malaysiakini)
Nizar menteri besar sah Perak (Malaysiakini)
Nizar is MB (The Malaysian Insider)
Nizar to Zambry:Vacate your post now (Malaysiakini)
Nizar minta zambry lepas jawatan MB (Malaysiakini)

Friday, May 8, 2009

1Malaysia tengkorak kau

1.1Malaysia adalah ajaran baru yang dijaja Najib Mongolia.1Malaysia menghalalkan polis ambik tugas speaker DUN,hakim jadi polis,SPR jadi hakim,kerani DUN boleh ambik alih tugas speaker dan macam-macam lagi pertindihan kuasa

2.Kalau Islam Hadari dibawak oleh Pak Lah, ajaran 1Malaysia lebih istimewa.1Malaysia boleh menjadi pelacur kepada perlembagaan.

3.Seorang pelacur yang menyediakan servis sebagai punca rezeki nya, semestinya rakus untuk mencari nafkah untuk dirinya.Setiap hari pasti ingin menambah hasil dengan menambah pelanggan.

4.Pelacur perlembagaan rakus untuk melacurkan dirinya demi melacurkan perlembagaan itu sendiri.Untuk apa?Untuk satu kuasa politik.Kuasa politik yang jijik.

5.Pelacuran perlembagaan lebih jijik.Dia melacurkan dirinya,melacurkan perlembagaan,melacurkan sidang dewan,melacurkan kuasa speaker - kesannya amat besar.Satu sistem politik dan entiti masyarakat terlacur dengan sendirinya bila perlembagaan itu dilacurkan.

6.Lebih jijik - orang yang menjadi pelacur perlembagaan itu lebih hina dan jijik dari pelacur lorong gelap.

7.Kalau begitu fahaman 1Malaysia itu hina sebab ia melahirkan pelacur perlembagaan.

Sunday, April 19, 2009

Bila kuli jadi bos

1.Politik Perak nampak tiada kesudahan.Yang jadi mangsa adalah Pak Ayob yang jual nasi lemak tepi jalan,Sany yang bawak bom tambang kat Hutan Melintang,Mak Munah yang buat ikan pekasam lenggong,seorang apek yang bawak teksi kat pekan mambang di awan.

2.Gesaan,desakan,rungutan,unjuk rasa langsung tidak dipedulikan.Bila SU Agung PAS kata suasana di Thailand akan berlaku di Perak - tiba-tiba bendahara mamak dari Pangkor membidas.

3.Orang ini secara istimewa dapat gelaran Dato Seri.Tahniah MB haramjadah.Teh tarik satu!!

4.Hari ini, Dollah Antong lebih berkuasa dari speaker.Seorang kerani DUN berlagak bagai bos segala bos.

5.Hari bersidang diumum 7 Mei - 6 hari sebelum tamat tempoh 6 bulan berturut-turut DUN Perak tidak bersidang.

6. Dan sekiranya DUN tidak bersidang, DUN secara automatik akan bubar.Lalu digunakan seorang kerani yang memandai-mandai menongkah kuasa speaker DUN.

7.Hasilnya sekali lagi Dollah Antong digantung tugas.Padan muka!!

Monday, March 23, 2009

Nizar Calon Bukit Gantang

Hot!!!Hot!!!!Hot!!!

Sebentar tadi Haji Hadi umumkan Dato' Seri Ir. Nizar Jamaludin sebagai calon pilihanraya kecil P059 Parlimen Bukit Gantang.

Satu percaturan bijak untuk memungut referendum sama ada seorang Jurutera masih sah jadi MB Perak atau seorang mapley tu jadi MB.Zambry!!Teh tarik satu!!!

Saturday, February 14, 2009

Sivakumar Masih Speaker yang Sah

Kerajaan Kudeta Perak bakal menghadapi masalah besar April ini.Kenapa?Kerana V.Sivakumar - Speaker DUN Perak masih sah memegang jawatan tersebut.

Aku ni bukan pakar undang-undang.Bukan pakar perlembagaan.Bukan bekas ketua hakim negara.Bukan jugak profesor kangkung yang tahu membuat persepsi songsang.

Mengikut bacaan undang-undang aku,speaker akan hilang jawatan hanya dengan dua kaedah:

1.Hilang kelayakan sebagai seorang ADUN yang sah.
2.Meletak jawatan.

Sekiranya suatu DUN atau Parlimen dibubarkan dan setelah kerajaan yang baru terbentuk melalui proses demokrasi yang ada,biasanya speaker baru akan dilantik.Tapi dalam kes Perak,DUN tidak dibubarkan.Maka,speaker berhak dengan jawatan itu.

Ada beberapa kemungkinan yang terjadi bulan April ini.Ini bacaan politik aku:

1.Sidang DUN berjalan.V.Sivakumar masih sah dan mengendalikan sidang dewan.
2.Speaker berhak menggantung 3 orang DUN Lompat Bebas sebab "disorderly conduct" .Perlu diingat,menggantung seseorang ADUN tidak memerlukan sebarang usul atau perbahasan.
3.Kedudukan BN(25) - PR(27).Speaker tiada dalam kuota.
4.Nizar membuat usul tidak percaya dalam DUN.
5.Speaker terima usul dan dibahas.
6.Pung pang pung pung pang....
7.Zambry mohon sultan bubarkan DUN
8.Pilihanraya DUN Perak.
9.Kerajaan baru terbentuk lagi.

Terima kasih The MalaysianInsider