twitter
    Find out what I'm doing, Follow Me :)
Showing posts with label Mahathir. Show all posts
Showing posts with label Mahathir. Show all posts

Sunday, May 16, 2010

Hansard Parlimen 11 Aug 1965


"Tuan Yang di Pertua (TYP), saya bangun hendak chakap untok menantang usul di bawa Enche' Abdul Samad Gul, ia-itu bahawa Majlis ini mengambil keputusan meminda Perlembagaan Malaysia dengan maksud supaya terjamin hak2 bumiputra di-dalam lapangan politik, ekonomi, pelajaran dan kebudayaan. Sebab-nya saya menentang usul ini, ia-lah.......

Saya tidak perchaya, saya sebutkan lagi -- tidak perchaya -- denga di-adakan, dengan dichatitkan di dalam perlembagaan hak2 bumiputram maka ini akan membawa kapada kesenangan bagi orang2 Melayu. ...

Dan pada satu masa, kita AKAN BUANG SAMA SEKALI hak2 istimewa orang2 Melayu. Saya faham bahwa hak2 ini yang ada terchatit pada perlembagaan pada masa sekarang ini ialah satu tanda kehinaan bagi orang2 Melayu. Ini menyipatkan ornag2 Melayu saperti orang Red Indian di-dalam Amerika di-mana mereka itu mesti diberikan reserve supaya mereka dapat hidup di Amerika.

Kita di-sini juga ada Malay reserve dengan kerana orang2 Melayu selalulah bersandar kapada reserve2 ini dan kalau tidak ada, mereka ta' ada-lah tanah. Ini satu tanda kita ini ini sangatlah lemah. DAN SAYA HARAP HAK2 INI TAK TA' AKAN KEKAL, DAN KITA AKAN BERUSAHA, SAYA PERCHAYA PARTI PERIKATAN, BEGITU JUGA KERAJAAN PERIKATAN, AKAN BERUSAHA PADA SATU MASA KITA DAPAT MEMBUANG SAMA SA-KALI HAK2, JANGAN-LAH MENAMBAH LAGI HAK2 INI. Terima kaseh."

Ucapan Ahli Parlimen Kota Setar.


Aku sedang carik hansard dalam parlimen website.Yang atas ni aku copy paste dari tranungkite

Sebab tu sampai sekarang aku pelik,apa relevan nya mahathir bercakap soal ketuanan Melayu.Apa relevan Perkasa melantik mahathir yang bercakap soal KETUANAN MELAYU.

Untuk hansard penuh,klik tranungkite

Friday, April 23, 2010

Malaysian Maverick turun berkempen

Gambar ehsan:Amazon.com


Ceramah mahathir

PM ke-4 yang sama flip flop macam Pak Lah semalam turun jugak kempen di Serendah.Mula-mula cakap tak nak datang,tapi berubah fikiran mungkin takut kena kalungan selipar oleh budak-budak MIC.

Mahathir cakap zaid katak

“Dulu dia dalam Umno jadi menteri, lepas itu dia melompat ke pembangkang... kaki belakang dia cukup kuat kerana sekarang dia dapat jadi calon pembangkang.- Mahathir

Zaid letak jawatan sebagai menteri.Itu adalah realitinya.Sama jugak macam Mahathir letak jawatan sebagai PM atas desakan kuat rakyat yang mahu Mahathir berundur kesan Reformasi 98.Itu jugak adalah realiti.


Akhirnya dia dipecat dari UMNO dan menyertai PKR.Sekurang-kurang nya Zaid menjadi katak selepas dipecat.Itu lebih baik daripada Jamal Behrang bukan?Itu lebih ok berbanding Ezam Jakarta bukan?


Insya Allah BN kalah,lepas Mahathir turun kempen

Untuk rekod,bekas Pengerusi BN bernama Mahathir ni pernah turun berkempen di Dun Bukit Selambau dan Parlimen Bukit Gantang.

Akhirnya BN kalah di dua PRK ini.

Malaysian maverick

Malaysian Maverick:Mahathir Mohammad in Turbulance Times akan keluar di pasaran Malaysia minggu depan.

Tidak hairanlah Mahathir sanggup buat u-turn untuk turun kempen di P94.Mahathir tak nak orang Hulu Selangor beli buku ni.Nanti orang tau dia berkawan dengan Mugabe.

Boleh rujuk di MPH yang berdekatan.



Monday, April 6, 2009

Penat Bercuti

Saya baru pulang dari Langkawi.Melawat pulau yang dibangunkan oleh Maddey satu masa dulu.Sebut Langkawi - orang akan teringat susuk tubuh orang tua ini.

3 hari di sana,cukup satu pulau saya pusing.Cuma ada beberapa tempat yang saya tak dapat pergi macam Galeria Perdana dan Friendly Farms - tempat memproses mozarella cheese.Maddey ada menyebut hal mozarella cheese dalam blog nya.

Untuk terakhir kali nya,saya memuji susuk tubuh bernama Mahathir Mohammad sebab berjaya membangunkan Langkawi sebagai salah satu destinasi menarik yang wajib kita pergi.Selepas ini,susuk tubuh bernama Mahathir Mohammad akan kembali dibenci oleh saya sebab menganggotai semula parti yang rasuah.

"Saya rasa diri saya akan tercemar jika saya berada dalam majlis yang disertai oleh orang yang mendukung amalan rasuah."
Mahathir Mohammad Blog 27 Mar 2009